header-photo

Sana sini "naik"...tapi ada yang kena potong...

Akhir-akhir ini banyak perkara yang naik. Gaji kakitangan kerajaan yang naik "signal" untuk barangan lain naik juga...termasuklah air yang naik - banjir!

Tapi tak semua naik. Tahukah anda dalam kita mula menghargai mereka yang terlibat dalam dunia seni dengan pelbagai insentif, ada pihak tidak dihargai...

Akhir ini, karya Pak Samad ada tersiar dalam dua majalah terbitan "anda tahu siapa". Dahulu bayaran RM500, tapi kini kena potong - jadi RM300. Ini bukti yang nyata bahawa "anda tahu siapa" ini langsung tiada niat hendak memelihara dan menyuburkan dunia penulisan sastera. Pada saya, ini satu penghinaan. Pada saya, ini juga "signal" untuk Pak Samad dan saya memulakan proses pengambilan hak-hak terbitan karya yang masih "tersangkut" melalui jalan perundangan. Ini termasuklah kes "cetak rompak" Dosa Pejuang. Saya kira masyarakat patut tahu kes-kes sebegini. Jangan ingat yang "cetak rompak" itu "tokeh-tokeh" cd, vcd dan dvd saja. "Anda tahu siapa" pun boleh buat kerja begini!

Entah apalah yang hendak "anda tahu siapa" berjimat - jika ini kadar bayaran baru untuk hasil karya SN di majalah mereka. Ada berapa keratlah SN...

Aneh bukan cara mereka ini berfungsi?

3 reaksi:

:-) said...

Salam,

bila ada yang naik, mesti ada yang turun. kalau tidak, dunia tak balance. jadi:

bila yang keluar kocek naik,
yang masuk kocek turun.

it's all about the balance, my young one...
Yes, Master Dhukucikudurian, it's all very clear to me now...


(*Dalam salah sebuah filem "star wars", watak jahatnya dinamakan "Count Dooku". Bukan, bukan "Goondu"..)

Wassalam.
PPS: Do'a orang dianiaya/dizalimi mustajaab... Moga Pak Samad terus tabah!!!)

Puan Ainon Mohd. said...

Saya pun mati akal membaca entri ini.

zf_zamir said...

masyarakat yang faham sastera, sangat sedikit bukan?

'anda tahu siapa' juga dipenuhi oleh manusia2 sebegitu rupa..