header-photo

Free...

Saya santai di kafe mamak PJU5 tadi - mengisi perut. Kafe agak penuh kerana berhampiran masjid. Dalam menikmati teh tarik dan roti banjir...

AM: Bang, boleh saya duduk sini?
Saya: Errr sila.

Anak muda ini segak bergaya dan ramah. Saya senang. Sejuk mata.

AM: Ramai orang ya bang.
Saya: Biasalah, hari Jumaat.
AM: Saya Amran (sambil hulur tangan).
Saya: Helmy...Amran kerja sekitar sini?
AM: Tak bang. Saya kerja di Kuala Lumpur. Kebetulan ada kawasan ini bertemu client.
Saya: Amran kerja apa?
Dia seluk saku baju dan hulur kad perniagaannya.
Saya: Wah akauntan! Hebat...
AM: Biasa saja bang.
Dia baru 24 tahun. Kami berbual sambil makan hingga azan. Dia bersungguh hendak belanja walaupun baru berkenalan lebih kurang 30 minit.
Saya: Terima kasih Amran.
AM: Biasa saja bang...abang hubungilah saya jika ada apa-apa hal.
Saya: InsyaAllah.
AM: Saya call abang kalau saya datang area sini lagi ok.
Saya: No problem. Solat sama jom.
AM: Tak apa. Abang teruskan.
Saya tercegat - hairan sikit.
AM: Sorry bang. Jangan marah. Saya free thinker.
Dia senyum dan berlalu.

Amran termasuk dalam doa saya tadi...benar, saya akan hubungi dia kelak.

3 reaksi:

emilayusof said...

loh...

Anonymous said...

Nauzubillah terjadi pada anak cucu cicit ye...

setiakasih said...

Adakah ini hasil produk pendidikan negara kita? Mesti kes tak pernah kena rotan di rumah dan apatah lagi di sekolah. Helmy, mohon hubungi Amran... pimpin dia.. aku mohon demi Allah SWT.