header-photo

Salina...

Salina
Edisi Khas
Edisi Khas - Cetak 500 naskhah sahaja.
Menerima tempahan kini: Siri 300-400.
RM65 Semenanjung / RM70 Sabah/Sarawak.
Kulit Keras/Ditandatangani Pak Samad
E-mel: helmysamad@gmail.com untuk dapatkannya!
(Penghantaran melalui Poslaju untuk siri ini bermula pertengahan Oktober 2012)
(Siri ini sudah HABIS!)
(Maaf atas kelewatan)
Penghantaran akan bermula hujung minggu hadapan - selepas 12hb Oktober 2012!

Terkini: Salina...

Semuanya sudah siap. Saya hanya perlu hantar ke pencetak. 
Namun, itu sesuatu yang tidak saya lakukan. Bapak masih buat pruf terakhir. Dia sangat teruja. Dia mahu Salina dipersembahkan sebaik mungkin...dan saya hanya boleh menanti.
InsyaAllah AKAN mula cetak minggu hadapan.
Maafkan saya.

Tiada dan Ada...

Ramai yang tidak tahu tentang Kod Perduaan (Binary Code) - 0 dan 1. Lihat pada telefon anda. Pastinya perlu sistem ini untuk berfungsi. Malam dunia kini sangat bergantung kepada kod ini - 0 dan 1. Untuk suka-suka boleh layari:
 http://www.roubaixinteractive.com/PlayGround/Binary_Conversion/Binary_To_Text.asp


Namun, sebenarnya perkara saintifik ini hanya luaran. Pernah dengar "Tiada" dan "Ada"? Hebat bukan Maha Pencipta kita :)

Sombong...

Sering kita dengar begini, " Dah la bodoh, sombong pula!"...
...kali terakhir saya dengar memang orang yang bijak tidak sombong, tetapi ada ketikanya dalam hidup, kita menjadi sombong - tanpa disedari - kerana tiada siapa dilahirkan terus jadi bijak...

Taubat...

Saya mengalami banyak masalah akhir ini dan doa-doa saya banyak berkisar memohon agar hari ini lebih baik dari hari sebelumnya...
...dan saya juga sedar bahawa Maha Pencipta sebenarnya ada perancanganya sendiri. Akhirnya memohon ampun dan bertaubat saya kira jalan terbaik.

Phuket...

Jika seorang wanita (atau ramai) mahu ke Phuket atau Bandung kita rasa biasa sahaja...
...Jika lelaki, tentu ada senyum sinis dan sang isteri (atau isteri-isteri) pasti tidak senang duduk...betapa pentingnya lelaki bukan?

Kajian...

Sebenarnya sudah lebih seminggu saya melakukan satu kajian. Ini adalah untuk bahan penulisan saya - sebuah cerita (mini novel agaknya) tentang dosa. Kajian ini melibatkan tentang tabiat segelintir manusia yang terjebak dalam...(biar dirahsiakan). Saya tertarik tentang siapa mereka ini. Mengapa mereka begitu? Bolehkah mereka diselamatkan?

Saya cuma berdoa kesejahteraan buat mereka...dan juga diri saya sendiri.

*Kajian ini untuk sebuah kisah yang dinamakan "Cermin".

Kehidupan...

Makna kehidupan adalah...
...menjalani kehidupan yang bermakna.

Iman...

Saya sering tertanya sekuat seteguh mana keimanan saya ini...
...dan selalunya pertanyaan sebegitu mendapat jawapan dari bentuk dugaan: Ia seperti benang biasa...

Mengadap...

Hari ini jam 3ptg dia pergi mengadap...
...semoga dia dilindungi dan sejahtera. Amin.

Takut...

Jika kita takut...
...pokok yang berbunga pun kita rasa membahayakan...

Ilham...

Dalam kesibukan kerja dan masalah, saya perasan lama sudah saya tidak buat entri di blog ini...
...di mana saya perasan juga bahawa sesetengah perasaan akan mematikan ilham.

Mimpi...

Sebuah kisah cinta ada pelbagai jalannya laluan matinya. Tiga sebenarnya - yang terfikir dan pernah dilalui. Bahagia. Duka. Sengsara (tergantung - tiada kesudahan). Dari ini terdapat pelbagai kombinasi dalam prosesnya seperti: Bahagia, bahagia. Bahagia, duka. Duka, bahagia. Bahagia, duka, sengsara, bahagia...fikirlah sendiri. Saya pasti pembaca pernah melaluinya sendiri.
Apa yang cuba saya sampaikan adalah, laluilah ia walau terdapat pelbagai kombinasinya. Kita akan bahagia. Kita akan duka. Kita juga akan sengsara. Namun, apa yang penting, kita hadapinya, kita melaluinya, rasainya dan redha. Manusia dilahirkan lemah, tetapi Pencipta tidak beri sesuatu masalah kepada kita untuk kecundang atau tidak boleh atasi. Kita perlu hadapi, lalui, rasai dan redha. Jangan kita khianati DIA.

*Ini sebenarnya cerita mimpi saya sebelum terjaga digigit kesejukan pagi :)

Pemandu...

Saya sedar perkara berikut bila memandu sekitar Lembah Kelang...
...jika ada yang memandu perlahan di hadapan, saya akan merungut seperti lembab atau "terhegeh-hegeh". Jika ada pemandu yang "memotong" kenderaan, besar kemungkinan dapat gelaran "gila!"
Tidak mudah bukan citarasa manusia ini :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri V...

Dalam kehidupan saya ini, salah satu rasa-rasa paling dominan adalah...
...dan saya baru mula hendak berhari raya...

Mini Kebun 2.0...

Ini pokok "Sambung Nyawa". Sangat baik untuk darah tinggi. Juga baik untuk apa-apa yang terseliuh, retak, patah atau luka - baik untuk hentikan pendarahan...
...ini pula Aloe Vera. Jika terkena apa-apa yang panas sangat baik disapukan...
Boleh sesiapa beritahu apa lagi keistimewaan pokok-pokok ini?

Mini Kebun 1.0...

Mini kebun...
...ada dua jenis belimbing...
...sangat mengalu-alukan sesiapa yang hendak :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri IV...

Saya sedar kali ini Kuala Lumpur tidaklah lengang sangat semasa Hari Raya Aidilfitri...
...juga kalau dilihat pada kenderaan yang ada di jalan raya, saya tertanya mengapa tidak banyak yang pasang bendera untuk sambut hari kemerdekaan?

Selamat Hari Raya Aidilfitri III - Cerah & "Tan"...

Saya berbual dengan seorang teman semasa dalam kereta tentang sifat manusia yang tidak pernah puas hati. Contoh paling ketara adalah orang-orang di dunia sebelah sini hendak jadi cerah/putih lantas berlambaklah produk-produk untuk mencerahkan/memutihkan. Dan di dunia sebelah sana mereka hendak "tan"...
...nasiblah saya ini cerah. Emak kata saya lahir semasa bulan mengambang...haha :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2.0...

Selepas balik dari rumah emak, saya duduk minum di sebuah kafe mamak di Bangsar dengan Rahmat. Saya pandang dia. Dia pandang saya. Saya tahu dia teringatkan keluarganya - emaknya lebih tepat. Saya pula teringatkan anak-anak. Cakap-cakap kosong kami akhirnya dicelah seorang pembantu kafe itu. Saya kira dia warga Bangla yang bertanyakan tentang fitrah...kami balik ke rumah selepas itu dan besar kemungkinan masing-masing tidur selepas layari laman maya seketika.
Saya akhiri hari dengan ini - menonton. Saya pasti ceritanya hebat, tetapi fikiran dan rasa saya sebenarnya melayang-layang ke tempat lain. "Ini bukan caranya merayakan sesuatu," bisik hati. Saya tahu dan sebab itulah saya juga teringatkan satu perkataan Rahmat petang tadi (petang Raya)..."Loser"... dan jiwa saya pun melayang-layang ditiup dimainkan bayu yang sayu...