Hidup mantan bujang...
#1
Juli: Awak, anthing I can do?
Romi yang sedang potong bawang...
Romi: Sure...
Juli: What?
Romi: Don't disturb me...
#2
Juli: Are you ok?
Romi: Sakit dada sikit. Tidur tak pakai baju.
Juli: Anything I can do?
Romi: Sure...
Juli: What?
Romi: Stop nagging.
#3
Juli: Dear, I rasa nak beli sofalah.
Romi: Ok.
Sofa dibeli. Seminggu berlalu...
Juli: Dear, we have to buy carpetlah. Kosong sangat hall ni.
Romi: Hmm ok...
Karpet dibeli. Seminggu berlalu...
Juli: Sayang, I ingat kena beli almarilah.
Romi: .....
Juli: Boleh tak? We need it.
Romi: Almari yang ada tak cukup?
Juli: Almari tu dah rosak...
Romi: Hmmmm ok...
Selepas beberapa minggu...
Juli: Darling...
Romi: Hah apa lagi nak beli?
Juli: I think we need a dryer...
Romi: Hah? Dryer?
Juli: Yes. Senang sikit kerja I. Tak payah jemur baju.
Romi: Macam-macamlah awak...
Juli: Ni last. Pleaseeeee...
Jadinya dryer dibeli. Beberapa minggu kemudian, Romi sedar Juli sugul dan tidak banyak cakap...
Romi: Anything wrong dear?
Juli: I was thinking about a dishwasher...
Dan Romi menggeleng sambil tersenyum... Men from Mars, Women from Venus... is the.
Rombongan Che Kiah 1.0...
Seperti biasa hampir setiap petang mereka akan bertandang. Saya tidak kisah sebenarnya, malah mengalukan kehadiran mereka. Rumah ini terlalu besar untuk didiami dua orang dan empat kucing dan kehadiran mereka meriuhkan dan sesekali ada rahsia kejiranan yang disampaikan mereka.
Namun, semalam saya ditanya seorang anak lelaki darjah dua semasa santai mereka memakan kerepek yang dihidangkan...
Darjah 2: Uncle...uncle ada awek?
Saya: Adaaaaaa (jawab mengusik).
Darjah 2: Uncle dah rogol dia?
Saya: Hahhhhh?
Zaman dahulu ibu bapa perlu berkata tentang burung dan lebah. Kini mungkin alam maya sudah mengambil alih dan saya syak mereka belajar ini dari alam maya dan tv...
Tak mengapa. Akan cuba ditarbiyah berdikit.

Selamat Hari Buku Sedunia...
Ada brader tanya saya, "Bang, hari ini Hari Buku Sedunia. Abang baca buku apa?"
Saya: Tak baca apa pun...
Brader: Hah? Biar betul?
Saya: Kenapa? Tak percaya ke?
Brader: A'ah. Abang orang baca buku. Abang juga penerbit!
Saya: Bang, ni nak pesta buku. Kalau penerbit buku masih baca buku hari ini, alamat esok. Gerainya tutuplah...
Brader: Abang ada booth di Pesta Buku?
Saya: Tak ada...
Brader: Habis tu?
Saya: Aku tumpang buku saja...
Brader: Haaa tumpang aje. Takanlah alasan tak baca buku?
Saya: Bang, hang dah kahwin?
Brader: Tahun depan bang.
Saya: Jangan lupa jemput...
Brader: Tapi abang tak jawab soalan saya...
Saya: Ni aku kat seksyen 7 Shah Alam dengan isteri. Dia cuti hari ini. Gaji pun dah dapat.
Brader: Habis tu?
Saya: Hang dah nikah nanti barulah hang tahu, hang tu pembasuh pinggan mangkuk, chef, pakar penyidai baju, plumber, gardener, driver, financier, penasihat undang-undang, pencetus ummah, imam tua, polis, bomba....
Brader: Cukup bang.... saya faham dah.
Saya: Hang tanya aku, hang tu baca buku apa hari ini?
Brader: Saya jarang baca buku bang. Tak minat...

Jika...
Bagi seorang lelaki - sekurangnya pada saya yang berumur kini - nafkhah sangat penting. Jika bujang atau duda, nafkhah emak dan anak teratas sekali dan jika berkeluarga maka bertambahlah.
Terimbas semasa saya duda, anak dan emak utama pada mulanya. etelah itu saya sedar, tiga ekor kucing yang saya warisi itu nombor satu. Saya sering terlepas memenuhi nafkhah anak dan emak, tetapi tidak pernah terlepas jika dengan Velvet (abang), Chloe (kakak) dan Omar. Tidak pernah mereka tidak makan. Pernah sekali itu dalam poket saya ada RM10. Makanan kucing sudah habis. Saya lapar. Dalam kepala sedang timbang-timbang...akhirnya saya turun ke kedai bawah, beli makanan kucing sekitar RM7 lebih dan beli roti. Setelah memberi kucing makan, saya pula makan. saya tahu dalam poket tinggal beberapa sen sahaja. Bagaimana malam ini? Esok? Benar, saya menitiskan airmata mengenang nasib. Tawakal. Dalam kepala mencari-cari jalan keluar. Hendak minta kawan atau insan lain duit - berhutang - saya tidak mampu lagi kerana selalu sangat dan akhirnya rasa malu itu terlalu dominan. Masuk zohor, kembali saya mengadap dan mengadu kepadaNYA.
Telefon berdering... saya tidak kenal nombornya.
Saya: Hello...
Pemanggil: Assalamualaikum Encik Helmy. Saya Xxxxxxx dari Xxxxxxx. Kami hendak beli buku...
Petang itu dalam poket saya ada sekitar RM2,000 semasa saya ke kedai peliharaan haiwan. Saya beli makanan kucing dan pasir. Stoknya boleh tahan lebih sebulan. Selepas Isyak saya bersiap dengan kemas. Pertama ke bank masukkan duit untuk anak. dan akhirnya ke rumah emak. Itu yang selalu saya pastikan bila hendak berjumpa emak - kemas dan berduit. Emak sakit jantung dan menampilkan diri kemas, ceria dan berduit (yang akan diberikan (tidak banyak, selalunya RM50) sebelum balik) penting. Saya tidak mahu dia risaukan saya. Saya tidak mahu dia tahu saya susah.
Lewat malam setelah makan, minum dan berbual dengan Rahmat, saya mengimbas hari saya semasa santai berbaring...esok hendak bayar hutang si polan... bayar duit kereta... bil api dan air... dan akhirnya sedar sebelum esok berakhir dalam poket akan ada sekitar RM200. Begitulah putaran dan pembahagianNYA. Keadaan ini terlalu biasa sebenarnya buat saya yang tiada pekerjan tetap dan berniaga buku. Banyak kali terdetik dalam hati membayagkan betapa beruntung jika saya kerja tetap. Senang buat pembahagian/nafkhah setiap bulan kerana tahu jumlah tetap pendapatan. Namun, saya terima jalan yang saya laluinya. Boleh tahan hikmah sebenarnya (satunya baca sirah nabi) - lain kali saya cerita.
Jangan sesekali berputus asa dalam kehidupan. Tuhan tidak membebani hambanya dengan sesuatu yang kita tidak boleh atasi. Doa dan usaha banyak. In shaa Allah selagi kita bernafas selagi itu kta ada rezeki.
Jika anda baca ini, percayalah anda masih hidup dan berezeki.
Hasbunallah wa'nikmal wakil...

Romi & Juli 19.0...
Santai nikmati kopi dengan menulis blog menggunakan telefon pintar, isteri entah ke mana setelah ajakannya untuk "window shopping" saya tolak. Saya lebih aman begini dari bersesak dalam sana dan saya sebenarnya mengantuk ya amat walaupun kopi ini disuntik "4 shot" ekspresso dan airnya dikurangkan.
Juli: Awak, jom la jalan kat HomePro..
Romi: Saya mengantuklah.
Juli: Awak kan dah cukup tidur?
Romi: Kalau cukup tak kan la saya mengantuk...
Juli: Jom la...
Romi: Malaslah. Saya nak dok minum kopi saja...
Tapi kalau awak nak pergi, pergilah...
Juli: Betul?
Romi: Betul. Pergilah.
Juli: Ok, 20 minit saja ya. I love you... bye.
Tidak aneh sangat sebenarnya bila 20 minit itu sudah jadi 40 minit kini dan saya masih menanti... menanti... menanti...
Nampak permainannya bila isteri ajak ke suatu tempat dengan janji - dengan saya janji belanja kopi? Sebenarnya dalam kepalanya ada perkara lain. Kita telah diberi amaran - dalam soal saya di dalam alQuran dan hadis tentang wanita.
Dan saya biarkan saja kerana dalam perkara ini saya mengantuk dan mahukan keamanan jiwa...
Saya harap saya tidak tertidur di kafe ini...

Daerah...
Sudah dua hari saya santai sahaja di rumah dan jika keluar pun untuk tukar angin seperti minum kopi atau beli barang keperluan dapur. Tidak banyak yang dilakukan. Saya cuma membaca apa yang perlu, terkadang juga menonton tv, layan rombongan Che' Kiah,, beri kucing makan, sesekali buka e-mel dan menikmati masa bersama isteri.
Dalam satu e-mel saya akhirnya menerima grafik awal untuk penerbitan naskhah Daerah Zeni. Sebenarnya saya sudah tawar hati hendak terbitkan buku dan agak berat menjurus melakukan "one final act" sebelum saya undur diri.
Dan akhir ini saya seakan menunggu kata dari Rabb setelah melakukan istiqarah dan hajat dan apa yang perlu. Setakat ini tiada apa lagi - mungkin sebab dosa-dosa saya. Mungkin saja belum masanya. Jadinya saya selalu mengingatkan diri agar sabar menanti. saya percaya Dia tidak akan mengabai saya.
Saya suka kedua-dua desain ini. Ini hasil dari adik saya Rahmat Haron. Mulanya hendak saya kenalkan semasa perasmian pameran lukisan bapak, tetapi saya batalkan niat kerana sifat saya yang lemah ini - pegang janji. Saya tidak tahu sangat proses membuat pameran, jadinya adalah yang saya kecil hati bila tidak ikut perancangan awal. Bagaimanapun itu tidak penting. Apa yang terjadi ada hikmahnya sendiri.
Sementara itu biarlah saya cuba terbitkan naskhah ini dan kerja-kerja penerbitan novel emak saya yang lama sangat diusahakan. Doakan...

Raikan...
Alam maya ini adalah ciptaan manusia menyaingi alam ghaib dan manusia-manusia pun berbondong-bondong memasukinya. Ada berbuat baik dan ada sebaliknya.
Dan apabila tiba masanya kita berangkat ke alam seterus itu, maka aku pun tidak mahu berfikir tentang nasib-nasib mereka yang lebih mempercayai alam maya dari alam ghaib sebelum ini.
Raikanlah sebelum masa itu tiba kerana sememangnya aku ini manusia yang lemah.
*Coretan di buku nota sebelum ambil keputusan mengundur diri dari Mukabuku.
Romi & Juli 18.0...
Setelah bercerita tentang sahabat saya, saya ceritakan sedikit tentang hidup saya pula...
Setelah berkahwin, belajar hidup bersama itu sesuatu yang perlu. Dalam ini saya sedar kita boleh tahan juga perbezaannya. Saya tidur lewat, dia awal. Saya kerja sendiri, dia kerja tetap dan berpencen. Saya suka kopi, dia teh. Saya tidak suka Ayam Penyet, dia suka. Saya rasa saya tidak berdengkur (dia kata saya berdengkur), tetapi saya tahu dia kadangkala berdengkur. Saya suka memasak, dia suka makan masakan saya...jadinya anda tahulah siapa yang selalunya kena masak. Begitulah serba sedikit ceritanya.
Masalah? Tentu saja ada. Gaduh? Ada. Kasih sayang, manja-bermanja, usik-mengusik, cemburu (ini dialah, saya ok saja), merajuk (pun dialah juga), semua ada. Jadinya biasa-biasalah maknanya erti suami dan isteri itu.
Saya bersyukur saya ada isteri selepas ada emak, bapa, adik-beradik, saudara dan mara, sahabat. Maknanya lengkap tanggungjawab kekeluargaan saya. Penuh cabaran sebenarnya, tetapi saya terima. Saya tidak boleh harapkan isteri yang lebih baik lagi kerana dia terbaik (tentunya jika dia membaca ini hidungnya semakin kembang dan harapan saya mendapat layanan istimewa sangat baik). Syukur alhamdullillah.
Dia: Awak cantik tak tudung ini?
Saya: Ok...
Dia naik dan beberapa minit kemudian turun...
Dia: Yang ini?
Saya: Hmmm...
Dia: Tak ok?
Saya: Hmmmm ok kot?
Dia: Ok ke tak?
Saya: Not reallylah...
Pelajaran nombor satu hidup berumahtangga bagi suami yang tidak banyak songeh adalah "Ok"kan saja lain kali. Jika tidak...
Dia: Ini ok?
Naik...turun...
Dia: Ini?
Naik... turun...
Dia: What about this?
Berulang... ulang... ulang... lepas itu abayanya pula...
Lainlah kalau anda seorang yang berlainan sifat dengan saya, tentunya ia sesuatu yang anda suka... saya ok saja mulanya, tetapi kelamaan ada rasa menyesallah juga berterus-terang.
Namun dalam segala di atas, saya memang sayang dia dan gambar di bawah ini sesuatu yang (akhirnya) kami berdua setuju untuk SANGAT suka...

Rusuk biri-biri...
Yang bernama isteri...
Minggu lalu saya bertemu dengan seorang sahabat - yang lama tidak saya temui. Dia seakan seperti saya sebenarnya. Bapa tunggal dan dua tahun lalu berkahwin semula. Saya menulis kisahnya dengan izin dia kerana dia pasti ramai bapa tunggal di luar sana yang senasib dengannya, tetapi tidak ramai yang ambil peduli sebab menjadi lelaki, masyarakat umumnya beranggapan kita mampu atasi segalanya...walaupun ada sesetengah perkara langsung tidak masuk akal dan sangat berat sebelah.
Dia mengeluh kerana isterinya tidak percaya kepadanya. Telefon pintarnya sering diperiksa dan setiap rakan Mukabuku, ApaApps dan e-mel ditanya, siapa dan bila dijelaskan, perbualan berakhir dengan "Iya ke?" "Awak jangan..." dan apa saja yang menggambarkan komunikasi dengan orang ketiga itu mencurigakan.
Dia: Aku ini berniaga "online". Jadinya itu semua penting. Namun, "takkan" setiap e-mel dia perlu periksa dan bertanya? Lebih lagi jika pembeli itu seorang wanita. Aku dipandang serong berurusniaga dengan wanita. *hatsApps aku pun dia baca dan di sini yang paling menarik minatnya adalah perbualan aku dengan bekas isteri aku. Dia kata aku berbual lebih dari aku berbual dengannya di "*hatsApps". Maksud aku, "takkan" dia tidak nampak aku tinggal dengannya dan bercakap dengannya setiap kali kita bersama? Sudahlah satu hari telefon entah berapa kali dan aku perlu memberi "details" aku di mana, dengan siapa, buat apa, untuk apa dan selepas itu dia akan kata "Iya ke?" "Awak jangan...". Cuba kau bayangkan...
Saya senyum saja...
Dia: Dia juga akan timbulkan soal tidak puas hatinya kerana aku beri lebih nafkhah kepada anak aku sedangkan dia lupa sebenarnya aku berbelanja lebih dengannya seperti pergi ke mana sahaja, makan minum keperluan rumah dan kau sendiri tahu pendapatan aku bukannya banyak. Dia akan ungkit sejarah aku dengan si polan dan selalunya bila aku membantah dia akan kata aku ada hati dengan bekas isteriku atau teman wanitaku kerana tidak hargai dirinya. Apa sebenarnya dia nak lagi? Aku tinggalkan tanggungjawab aku terhadap anak aku?
Senyuman saya semakin tawar...
Dia: Dia juga akan gunakan hadis atau kata-kata nasihat guru-guru agama untuk menyerang aku. Dia kata aku kejar dunia, tetapi setiap pagi dia akan "surf" internet dan tunjuk kepada aku pakaian atau barangan yang dia suka. Dia akan ajak aku melancong ke mana saja yang dia rasa. Dia mahu pergi umrah denganku daan dia mahu rumah yang lebih besar. Maksud aku, semuanya tentang dia. Dia tidak pernah berhenti sejenak memikirkan tentang aku, suaminya. Dia lebih mendengar kata ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah atau kawan-kawan dari mendengar aku. Dia lebih akur kepada mereka daripada aku sedangkan kata-kata mereka itu terpilih saja, yaitu apabila dia fikir menyebelahi dirinya, seorang isteri, tanggungjawab seorang suami dan pekakkan telinga dan pemahamannya apabila ia berkenaan tanggungjawab seorang isteri atau tanggungjawab seorang bapa atau anak.
Saya sudah tidak senyum lagi, malah berkerut dahi dan merasainya.
Dia: Sampai aku hendak keluar bekerja pun aku perlu beri "details" dan jika ada yang tidak ada dalam "details" itu, dia akan timbulkan masalah. Jadi kalau kau ingat hidupku selepas berkahwin ini berubah, itu benar, cuma persoalannya berubah bagaimana? Aku ini mudah orangnya. Aku cari rezeki untuk penuhi tanggungjawab aku sebagai anak, bapa dan suami. Dia tidak sedar agaknya bagaimana aku berusaha dan sebagai seorang suami, Aku inginkan isteriku memahami, memberi sokongan, tidak menyusahkan atau beri masalah dan "at the end of the day, there's a place called home for me to rest and have comfort", tapi itu tidak berlaku. Jarang sekali aku dapat itu. Bila aku senyap dan tidak banyak bercakap itu menunjukkan aku ada masalah dan fikir sesuatu dan apa yang dikatanya benar. Sedangkan itu kadangkala menunjukkan aku sabar jika dia buat hal. Tetapi, bila aku begitu dia kata aku tak layan dia, fikirkan tentang orang lain - dalam hal ini seperti biasa dia cakap tentang ex aku. "Come on" la, macam dalam kepala seorang lelaki itu hanya wanita, wanita, wanita atau ex, ex, ex. Jika dalam kepala lelaki begitu gamaknya dunia ini akan berhenti berputar kerana lelaki berhenti jadi lelaki sebenar dan ke sana-sini kejar wanita... so how's your life now bro?
Saya terkejut dengan soalannya itu... dan senyum...
Pada saya, seseorang lelaki itu bila berkahwin mahukan kepercayaan dari isterinya. Isterinya perlu menyokong suaminya - dalam masa baik mahupun tidak baik. Ubati dan redakan masalah atau kesakitan suaminya. Bukan terus melukakan atau menambahkan masalah suaminya. Benar, ramai isteri "terkena" bila mereka percaya kepada suaminya, tapi pernah wanita terfikir sejenak ramai suami pun pernah "terkena" bila mereka percaya isteri mereka? Tidak semua lelaki sama. Tidak semua wanita sama, tapi bila mereka melepasi garisan bujang itu dan memasuki alam hidup bersama (berkahwin), percayalah seorang suami memerlukan kepercayaan isterinya. dia perlukan keselesaan. dia perlukan kasih sayang. Dia ingin berkongsi. Ini semua untuknya berehat sebelum dia mula berjuang kembali dalam kehidupannya esok hari setelah "letih" dari perjuangannya hari ini.
Tidak mudah menjadi seorang lelaki sebenarnya, tetapi aneh bukan, yang "kecundang" lebih ramai wanita dari lelaki. Jadi kepada yang bernama isteri, berikan kepercayaan anda kepada suami, buat dia selesa dan rasa intim dengan anda dan in shaa Allah anda akan dapat yang terbaik... tidak di dunia ini, in shaa Allah di akhirat kelak atau anda tidak percaya janji ini?
Dan menjawab tentang kehidupan saya kini dengan sahabat saya itu... saya hanya tersenyum dan kata baik-baik saja.
Dia: Kau beruntung!
Dalam hati saya, "Tidak, kaulah yang beruntung kerana terpaksa melalui kehidupan sebegitu... pastinya terbalas dengan sesuatu yang indah kelak."

52...
Lebih enam bulan agaknya saya tidak menulis di sini. Semenjak bernikah sekali lagi - bukan satu lagi ya - keutamaan saya agak dipaksa berubah. Tiada lagi hidup ala "bohemian" dan ia sesuatu yang sebenarnya saya perlu. Jadi masanya agak terhad dan padat dengan perkara lain. Dengan sekali ijab kabul, saya tercampak ke dunia lain.
Juga saya kurang menulis - di sini - kerana mencari sesuatu. Juga kerana takutkan sesuatu - berceita tentang sesuatu yang saya tidak suka, lantas menokok tambah kerana ikutkan nafsu. Fitnah sesuatu yang saya elakkan kerana ia lebih buruk dari membunuh. Jadinya dalam keutamaan lain itu, saya juga tercari-cari rentak dan matlamat kehidupan - maklum ini adalah babak akhir dalam kehidupan saya.
Sesuatu tentang bercakap atau menulis tentang sesuatu yang kita tidak suka adalah kita sebagai manuia - yang lemah - akan melakukannya dengan nafsu. Lebih buruk lagi bila kita lakukannya kerana kita dibayar. Boleh tahan juga keluarga - bapak dan saya - difitnah. Dan kini masih difitnah, tetapi saya memaafkan jika difitnah. Malah saya doakan agar lahir kesedaran perbuatannya dan insaf bertaubat. Tiada banyak yang boleh dilakukan jika kita difitnah. Jalan terbaik hanya doa. Biarlah Dia yang Maha Mengetahui menentukannya. Kita pun sering ucap mohon kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta dipelihara dari azab neraka. Jadinya semuanya telah diatur mengikut tindakan kita. Saya ambil sikap begini. Lebih mudah utuk jalani kehidupan dari buang masa melawan menangkis sesuatu yang tidak benar.
Harapnya blog ini tidak lesu kembali. saya akan cuba menulis tentang saya dan sesuatu yang saya tahu.
Selamat ulang tahun kelahiran ke 52!

Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakeel...
Malam ini saya duduk mendoakan yang baik-baik buat semua. Pasrah. Selagi saya hidup, saya tidak dapat lari dari merasai jiwa yang kacau. Teringat anak-anak. Teringat emak dan bapa. Teringat arwah datuk-datuk dan nenek-nenek. Teringat mereka-mereka yang pernah sama dalam hidup ini. tidak kurang kepada mereka yang sedang sama dalam kehidupan kini. Semua ini saya teringat, terimbas dan memohon kepada Allah kesejahteraan buat semua.
Dalam malam yang penuh magis ini, saya berserah kepada yang Satu. Doa agar jika masanya sudah tiba buat saya, agar Dia pelihara mereka semua ini. Diberi hidayah dan kehidupan yang penuh erti membawa ke jalanNya. Saya seorang yang tidak banyak kemampuan duniawi selain doa-doa buat mereka.
Dalam malam yang diselimuti keberkatannya, "Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakeel"
Benar, Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.

Ramadan ini...
Ramadan yang berlabuh membawa pelbagai makna dan pengajaran. "Perangai" manusia terserlah dan itulah yang sebenar-benarnya "kita" kerana ia tanpa campur tangan luar. Ambil saja peristiwa-peristiwa yang berlaku seharian. Manusia berlaga sesamanya. Masing-masing fikir apa yang mereka rasa. Rasa ini seperti biasa bersandarkan dialah yang lebih benar. Dialah yang lebih berkuasa. Dialah yang lebih berhak. Tidak dialah yang salah, dialah yang tiada kuasa atau dialah tidak berhak.
Ramadan kali ini, saya (seperti biasa) tidak terlepas dari pencarian makna dan pengajaran kehidupan. Ini kerap berlaku semasa Ramadan. Mungkin ini hanya perasaan, tetapi perasaan ini benar dan apa yang saya lalui benar sangat "menekan" jiwa. Sekeliling seakan mengembang dan ini menekan saya yang ditengahnya. Inilah yang saya rasa. Saya mahukan pemahaman dan kelonggaran, tetapi ini agak mustahil (agaknya) kerana sememangnya beginilah senario yang tersedia untuk saya. Saya diperlukan berfikir secara sendirian (tanpa gangguan si pengkhianat yang dipenjara) dan apa saja yang saya lakukan, ini adalah atas saya 100%. Tiada alasan lain. jadinya saya terima. Saya tidak harapkan pemahaman pihak lain akan keadaan saya. Mana mungkin mereka tahu 100%. Penghijrahan kehidupan bukan sesuatu yang mudah. Untuk membiasakan diri dengan suasana baru dengan pelbagai tanggungjawab yang bertambah satu cabaran. Untuk "survival" saya perlu berdoa dan berusaha. Saya yakin apa yang tersedia buat saya adalah yang terbaik buat saya. Jadinya saya perlu pendam apa saja yang menekan, berusaha lebih keras kerana doa-doa telah saya lafazkan dilafazkan. Dan melihat semua ini dengan hati yang tenang, saya sedar juga, dugaan-dugaan ini satu yang berhikmah - untuk kebaikan saya juga.
Jadinya Ramadan ini, seperti Ramadan-ramadan yang lalu, pengajaran saya tentang kehidupan ini berlanjutan. Cerminan diri penting bagi saya. Jadi maafkan saya jika saya salah. Syukur Allah menyayangi saya. Alhamdullillah. Ini benar rasa saya.

Manuskrip...
Akhirnya, saya berkeputusan untuk melepaskan beberapa manuskrip proses penciptaan beberapa puisi Pak Samad (A. Samad Said).
Usaha ini adalah untuk dana penerbitan buku.
Naskhah-naskhah yang mahu diterbitkan adalah...
Hujan Pagi, Langit Petang, Warkah Kepada Salmi Manja, Daun-Daun Berguguran, Daerah Zeni, Lazri Meon dan beberapa naskhah penulis lain.
Sudah ada beberapa pihak yang berminat, tetapi saya menanti untuk melihat dan merasai siapa yang saya fikir akan benar menjaganya.
Sesiapa yang berminat boleh e-mel saya: helmysamad@gmail.com
Keputusan sebelum Aidilfitri. Terbitan naskhah-naskhah ini sebaik selepasnya.
Selamat menyambut Ramadhan Mubarak.
Rutin...
Cuaca seperti yang sepatutnya. Panas terik dan saya kira lewat petang akan diredakan oleh hujan. Air dirumah sudah empat hari berterusan tidak dicatu. Namun disebelah bawah (Taman Watan) masih setia mengikut jadual catuan. Saya rasa bertuah.
Hari ini hari lahir Ali dan kebetulan giliran saya menjemputnya dari sekolah. Dia sudah besar sebenarnya dan ada pemikirannya yang tersendiri
Sebaik bertemu mata, dia akan meminta perkara yang biasa; "French Fries, Chocolate Sundae dan Happy Meal (mainannya). Ini rutin setiap kali saya menjemputnya. Saya tidak habiskan masa yang lebih dengannya walaupun hari ini hari lahirnya. Saya seorang bapa yang dalam krisis pertembungan rasa. Saya mengaku. Salah saya. "Bad Dad". Sebaik sampai rumahnya, saya ada memberinya sesuatu dan membisikkan sesuatu padanya dan dia seperti biasa menyatakan apa yang biasa dia kata setiap kali kami dalam adengan begini dan berlalu pergi. Ada sesuatu menusuk lubuk jiwa saya, tetapi saya tidak layan.
Hari ini cuaca bekerja seperti biasa. Terik panas dan kemudian hujan menyejukkan. Rutin. Seperti apa yang sepatutnya.
Dan menjadi begitu (rutin) terhadap Ali benar buat saya rasanya saya seorang bapa yang lemah.
#Entri Z10

Subscribe to:
Posts (Atom)