header-photo

Adam Azfar...

Beberapa malam yang lalu saya melawat anak seorang sahabat di hospital. Dia berumur hampir 6 tahun. Ada ketumbuhan di otaknya. Dia ada satu peluang sahaja untuk atasinya dalam dunia perubatan moden. Dengan wayar di merata, saya agak kaku. Melihatnya, terimbas beberapa kali pada Ali. Hidup saya tidak sama selepas itu. 
Doa buat anak Adam Azfar dan keluarganya. 
Saya hilang kata-kata bila mengenangkannya...

Maal Hijrah...

Maal hijrah ini saya doakan kebaikan untuk semua. 

Saya juga mahu ubah landasan dalam menjalani hidup ini.

Emak...

Aidil Adha lepas, saya bawa naskhah ini untuk disampaikan kepada emak...
Saya boleh nampak dirinya mula bersinar. Wajah emak menyatakan segalanya.
Alhamdullillah.

Ali Helmy...

Sudah lama saya tidak bercerita tentangnya. Banyak juga fasa-fasa dalam kehidupannya yang saya terlepas... 
Dari Barney dia beralih ke Ultraman. Kini dia lebih minat Spiderman day Ben 10.
Peralihan minatnya ketara dan mendalam - seperti biasa.

Salina...

Akhirnya Salina kembali...
Saya kira proses kali ini lebih manis dari kali pertama saya menerbitkan buku - Adik Datang.
Untuk kali ini, saya sengaja berikan 2 kulit untuk Salina.
 Saya cuma cetak 500 naskhah untuk edisi istimewa ini. 2 desain kulit berlainan, bernombor siri dan ditandatangani Pak Samad.

Wanita...

Teringat...

Seorang kawan datang melawat, "MasyaAllah! Bilik kau ni macam reban ayam!" katanya.
"Sebab itu aku perlukan seorang isteri," jawab saya tersenyum.
"Kau nak isteri supaya dia boleh kemas bilik yang macam ini?"
"Tidak," jawab saya sambil tersenyum lagi, "aku hendak isteri agar dia berleter mengarahkan aku agar kemas jika ada bilik seperti ini bang."

Siapalah lelaki tanpa wanita? :)

Salina - akhirnya...

Proses penerbitan Salina bermula dari awal 2011 lagi. Pelbagai rintangan yang saya hadapi - dari segi penyediaan teksnya, pruf, desain dan belanja menerbitkannya. Ada dua (2) versi yang diterbitkan. Versi kulit keras & kulit lembut.
Edisi kulit keras ini hanya dicetak 500 naskhah. Ia datang dalam dua kulit. Ditandatangani Pak Samad dan di beri nombor siri - 001 - 500.
Buat masa ini hanya tinggal 100 naskhah (nombor siri 401 - 500) yang sengaja tidak dijual lagi kerana tidak cukup tangan - saya seorang sahaja yang akan proses penghantarannya.
Edisi kulit lembut ini akan berada di pasaran (kedai buku) tidak lama lagi.

Salina akan mula bertemu peminat 15hb Oktober 2012.

Salina...

Salina
Edisi Khas
Edisi Khas - Cetak 500 naskhah sahaja.
Menerima tempahan kini: Siri 300-400.
RM65 Semenanjung / RM70 Sabah/Sarawak.
Kulit Keras/Ditandatangani Pak Samad
E-mel: helmysamad@gmail.com untuk dapatkannya!
(Penghantaran melalui Poslaju untuk siri ini bermula pertengahan Oktober 2012)
(Siri ini sudah HABIS!)
(Maaf atas kelewatan)
Penghantaran akan bermula hujung minggu hadapan - selepas 12hb Oktober 2012!

Terkini: Salina...

Semuanya sudah siap. Saya hanya perlu hantar ke pencetak. 
Namun, itu sesuatu yang tidak saya lakukan. Bapak masih buat pruf terakhir. Dia sangat teruja. Dia mahu Salina dipersembahkan sebaik mungkin...dan saya hanya boleh menanti.
InsyaAllah AKAN mula cetak minggu hadapan.
Maafkan saya.

Tiada dan Ada...

Ramai yang tidak tahu tentang Kod Perduaan (Binary Code) - 0 dan 1. Lihat pada telefon anda. Pastinya perlu sistem ini untuk berfungsi. Malam dunia kini sangat bergantung kepada kod ini - 0 dan 1. Untuk suka-suka boleh layari:
 http://www.roubaixinteractive.com/PlayGround/Binary_Conversion/Binary_To_Text.asp


Namun, sebenarnya perkara saintifik ini hanya luaran. Pernah dengar "Tiada" dan "Ada"? Hebat bukan Maha Pencipta kita :)

Sombong...

Sering kita dengar begini, " Dah la bodoh, sombong pula!"...
...kali terakhir saya dengar memang orang yang bijak tidak sombong, tetapi ada ketikanya dalam hidup, kita menjadi sombong - tanpa disedari - kerana tiada siapa dilahirkan terus jadi bijak...

Taubat...

Saya mengalami banyak masalah akhir ini dan doa-doa saya banyak berkisar memohon agar hari ini lebih baik dari hari sebelumnya...
...dan saya juga sedar bahawa Maha Pencipta sebenarnya ada perancanganya sendiri. Akhirnya memohon ampun dan bertaubat saya kira jalan terbaik.

Phuket...

Jika seorang wanita (atau ramai) mahu ke Phuket atau Bandung kita rasa biasa sahaja...
...Jika lelaki, tentu ada senyum sinis dan sang isteri (atau isteri-isteri) pasti tidak senang duduk...betapa pentingnya lelaki bukan?

Kajian...

Sebenarnya sudah lebih seminggu saya melakukan satu kajian. Ini adalah untuk bahan penulisan saya - sebuah cerita (mini novel agaknya) tentang dosa. Kajian ini melibatkan tentang tabiat segelintir manusia yang terjebak dalam...(biar dirahsiakan). Saya tertarik tentang siapa mereka ini. Mengapa mereka begitu? Bolehkah mereka diselamatkan?

Saya cuma berdoa kesejahteraan buat mereka...dan juga diri saya sendiri.

*Kajian ini untuk sebuah kisah yang dinamakan "Cermin".

Kehidupan...

Makna kehidupan adalah...
...menjalani kehidupan yang bermakna.

Iman...

Saya sering tertanya sekuat seteguh mana keimanan saya ini...
...dan selalunya pertanyaan sebegitu mendapat jawapan dari bentuk dugaan: Ia seperti benang biasa...

Mengadap...

Hari ini jam 3ptg dia pergi mengadap...
...semoga dia dilindungi dan sejahtera. Amin.

Takut...

Jika kita takut...
...pokok yang berbunga pun kita rasa membahayakan...

Ilham...

Dalam kesibukan kerja dan masalah, saya perasan lama sudah saya tidak buat entri di blog ini...
...di mana saya perasan juga bahawa sesetengah perasaan akan mematikan ilham.

Mimpi...

Sebuah kisah cinta ada pelbagai jalannya laluan matinya. Tiga sebenarnya - yang terfikir dan pernah dilalui. Bahagia. Duka. Sengsara (tergantung - tiada kesudahan). Dari ini terdapat pelbagai kombinasi dalam prosesnya seperti: Bahagia, bahagia. Bahagia, duka. Duka, bahagia. Bahagia, duka, sengsara, bahagia...fikirlah sendiri. Saya pasti pembaca pernah melaluinya sendiri.
Apa yang cuba saya sampaikan adalah, laluilah ia walau terdapat pelbagai kombinasinya. Kita akan bahagia. Kita akan duka. Kita juga akan sengsara. Namun, apa yang penting, kita hadapinya, kita melaluinya, rasainya dan redha. Manusia dilahirkan lemah, tetapi Pencipta tidak beri sesuatu masalah kepada kita untuk kecundang atau tidak boleh atasi. Kita perlu hadapi, lalui, rasai dan redha. Jangan kita khianati DIA.

*Ini sebenarnya cerita mimpi saya sebelum terjaga digigit kesejukan pagi :)