March 8 Judul Yang Bakal Diterbitkan WBSB Pada 2007
Edisi Seni Warisan Melaka: 1. Dari Salina Ke Langit Petang - Sudah Terbit! 2. Cinta Fansuri - Sudah Terbit! 3. Keledang - Sudah Terbit!
Pakej Novel Kanak-kanak 5 dalam 1: 4. Rumah Rahsia - (Mei) 5. Bendera Merah Di Atas Bukit - (Mei) 6. Mengejar Tetamu Di Waktu Senja - (Mei) 7. Yang Berat Sama Dipikul - (Mei) 8. Jangan Ikut Jalan Ini - (Mei)
Ini sesuatu yang tidak dirancang, tetapi menjadi salah satu "best-seller" WBSB. Produk pertama kami novel "Adik Datang" diterbitkan pada tahun 2003. Kehijauan kami dalam bidang penerbitan terserlah pada buku ini. Kini setelah hampir empat tahun, saya rasa kami perlu mematikan apa yang menghantui kami selama ini...
Yang mana satu?
Dengan bantuan rakan-rakan seperti naimisa (yang menggariskan kesalahan-kesalahan dan resensinya) dan emila (yang ada saja sentuhan emasnya), buku ini akan diterbitkan pada April 2007.
Saya ke PTS petang tadi dengan dua bekas "cafe latte".
Tujuan, merapatkan lagi silaturahim, mengenalkan produk baru WBSB, mencari maklumat yang berguna dan menimba ilmu.
Saya tidak pernah kecewa (lagi) apabila duduk bersama Encik Zaharin selama ini. Dan, rupanya dengan sebekas "Cafe Latte" (ini kopi susu saja kalau di gerai mamak) Encik Zaharin lebih bertenaga (mungkin dirangsang kafeina) dan banyak maklumat berguna serta "tips" yang saya perolehi.
Melihat PTS, saya bangga dan kagum ada sebuah syarikat penerbitan Bumiputera sebegitu. Ia bagai sebuah ladang yang dahulunya dibuka dan kini tumbuhannya (saya bayangkan durian!) sedang membuahkan hasil. Ini balasan "mereka" yang benar ikhlas dalam usahanya! Anehnya, mereka tidak lokek ilmu, mahu berkongsi maklumat dan mereka terus berkembang - ya, saya lihat stor yang ditambah nilai ruangnya itu!
Saya seorang yang suka berangan dan saya sudah dapat bayangkan bagaimana PTS sepuluh tahun dari sekarang...saya doakan apa yang saya bayangkan itu menjadi realiti. Amin...
Oh ya, saya dapat membekalkan buku DSKLP kepada PTS dan akan/sedang bekerjasama dalam beberapa projek buku...bawa dua bekas "cafe latte", dibalas sebegitu lumayan...alhamdulillah!
Nota: Ini bukan "kipas" (lagipun mereka tidak memerlukannya), ini entri hasil kunjungan-kunjungan saya ke PTS selama ini dan mungkin juga "cafe latte" tadi merangsang...
"Dari Salina ke Langit Petang" selamat diterbitkan - alhamdullillah. Inilah proses penerbitan yang paling mencabar buat Wirabukit (setakat ini). Bermula dengan pemilihan judul-judul, input bahan-bahan ke dalam komputer, rekabentuk grafik, urusan ISBN dan data pengkatalogan (proses menjadi panjang dan memakan masa - tidak mengapalah, asal mereka mencapai ISO), pemilihan kertas (diimport dari...ya, mana lagi jika tidak Singapura) dan pemasaran, saya benar tidak sedar kita kini di penghujung Januari 2007!
Rancangan menerbitkan 8 judul untuk tahun 2007 adalah satu usaha mengukuhkan kedudukan Wirabukit. Ia juga satu penyataan - "Kami serius!"
Dan kerana itu kami sengaja memilih "Dari Salina ke Langit Petang" sebagai buku kami yang pertama untuk 2007. Tentu ada yang tertanya kedudukan hakciptanya kerana DSKLP ada dijual dalam bentuk "e-buku" di sebuah laman web. Saya tidak kisah sebenarnya tentang implikasi ini. Pada saya DBP telah menyenaraikan 18 judul (yang hak penerbitan dipegang oleh mereka) dan 11 darinya "dikembalikan" kepada Pak Samad. DBP juga menyenaraikan 7 judul yang tidak mampu mereka "pulangkan" lagi oleh sebab-sebab tertentu (sehingga hari ini Pak Samad tidak tahu sebabnya walaupun berkali ditanya dan berkali dijawab "akan diberitahu kelak" - sudah lama sangat kerana saya sudah 3 kali potong rambut!). Apa yang saya rasakan adalah pihak DBP harus tidak memikirkan tentang implikasi negatif ke atasnya kerana "memulangkan" hak penerbitan saki-baki judul karya Pak Samad. DBP harus memikirkan apakah implikasi negatif ke atas Pak Samad jika mereka tidak "pulangkan". Seorang penulis seperti Pak Samad perlu hidup. Royalti buku penting! Jika karyanya tidak tercetak dan mengharapkan stok terjual dengan penumpuan jualan gudang setiap akhir tahun, itu satu penganiayaan. Soal "tidak laku" sebenarnya satu mitos. Stok buku-buku Pak Samad terbitan Wirabukit untuk tahun 2006 habis! Malah "Rindu Ibu" yang diterbitkan tahun 2004 dan diberi nafas baru pada 2006 telah diulangcetak 5 kali!
Dan berbalik ke implikasi yang "mungkin" timbul hasil dari penerbitan "DSKLP" oleh Wirabukit...aneh bukan, "DSKLP" tidak tersenarai dalam 18 judul dalam surat rasmi DBP itu...mungkinkah mereka tidak tahu tentang kewujudan "DSKLP"? Tetapi, mengapa pula ada dijual secara e-buku?
Harapan saya, DBP "kembalikanlah" kesemua judul-judul yang masih di tangan mereka. Mereka patut berasa bangga ada pihak (ya, WBSB) yang sanggup memikul tanggungjawab memelihara dan menyuburkan karya-karya Pak Samad. Implikasinya positif jika benar DBP berwibawa dalam usahanya memelihara dan menyuburkan dunia sastera negara.
Apakata pembesar DBP? Y. Bhg Dato' Dr. Pengarah, Y. Bhg Datuk Pengerusi, bolehlah...
“Seorang muslim wajib mendengar dan taat (kepada pemimpin) baik dalam hal yang disukainya maupun hal yang dibencinya, kecuali bila ia diperintah untuk mengerjakan maksiat. Apabila ia diperintah untuk mengerjakan maksiat, maka ia tidak wajib mendengar dan taat.” [HR. Bukhari dan Muslim].
Di Atas Padang Sejarah
Antologi Puisi Perjuangan - Akan mula dijual akhir Februari 2013
Salina
Draf Akhir
Salina
Edisi Terhad
Salina
Naskhah Popular - kulit lembut
68 Soneta Pohon Ginkgo
RM40 Semenanjung Malaysia RM45 Sabah/Sarawak (Harga termasuk penghantaran melalui Poslaju) Setiap naskhah ditandatangani Pak Samad Emel: helmysamad@gmail.com untuk dapatkannya!