header-photo
Showing posts with label luluhkan hatiku. Show all posts
Showing posts with label luluhkan hatiku. Show all posts

Pelangi...

Ini satu kisah benar.

Ada seorang insan. Hidupnya agak susah. Namun dia terus berusaha. Dia mengadu pada Tuhan setiap kali dia kesepian - selalunya waktu malam. Sering dia terlena semasa bercerita. Esoknya, sinaran pagi memberi dia kekuatan dan harapan. Dia teruskan usahanya. Begitulah hari demi hari hingga satu hari dia dibentangkan dengan satu peluang di mana ia akan menyelesaikan banyak masalahnya. Dia bersyukur. "Akhirnya...." bisik hatinya.

Namun, ia tidaklah semudah yang disangka. Peluangnya itu perlu modal. Dia berusaha mencarinya. Cariannya berakhir dengan jalan buntu. Dan setiap masa dia kesepian - selalunya waktu malam, dia akan bercerita atau mengadu kepada Tuhan. Tercari-cari jawapan dan mana silapnya itu hingga terhalang akan peluang yang ada itu. Berulang...ulang...ulang...

Saya sering berkata kepadanya, "Kadang-kadang Allah mahu menduga. Ada sesuatu untukmu. Sabarlah."

Dia menggeleng, "Entahlah. Terkadang hatiku berbisik jahat dan anehnya aku mula percaya."

Sesuatu yang merbahaya. Manusia sering kecundang dalam dugaan. Saya mahu membantunya, tetapi tidak mampu. Saya juga lihat dia dikecewakan oleh orang-orang yang "kononnya" menyayangi dia. Bukannya mereka tidak mampu, tetapi saya kira mereka lebih tidak percaya kepadanya. Dalam dunia kini, saya faham, manusia itu pentingkan wang dan harta. Mungkin mereka tidak sedar, ada sebab mengapa mereka "diberi" semua itu...

Saya doakan kawan saya itu terus tabah dan sabar. Pastinya ada pelangi buatmu akhirnya...itu janjiNYA kepada mereka yang tabah dan sabar.

Anugerah...

Kadang-kadang saya tidak percaya dengan anugerah-anugerah yang ada di Malaysia ini...tetapi itu hak merekalah.

Apapun, anugerah yang paling penting dan mulia datangnya dari Tuhan. Itu jangan kita lupa dan berjual-beli ya.

Ramadan...

Akhir ini satu perkara kerap bermain dalam kepala dan selepas itu turun ke hati...ia sesuatu yang tidak mahu saya lalui sebenarnya.

Ramadan sudah dirasai. Saya tidak sabar mahu melaluinya. Namun, insan seperti saya ini akan jauh menggelamun (ada kawan kata Aquarius memang begini, tetapi bintang yang saya percaya hanyalah bintang-bintang di langit). Saya akan fikirkan tentang apa yang akan saya lakukan pada Ramadan dan saya akan tersentak bila tiba Syawal...

Bagaimana harus saya lalui Syawal kali ini? Keseorangan...bayangkan...

Anak...

Saya habiskan hujung minggu lalu bersama anak. Banyak yang diceritakannya kepada saya. Kami juga bergurau "kasar". Maklumlah anak lelaki.  Dia tidurpun sekitar jam 3 pagi. Namun, ada beberapa tabiat yang sangat ketara - dia akan belek buku atau majalah sebelum tidur. Dia juga akan menyilangkan kakinya semasa membaca! Ini sangatlah saya!

Selama beberapa bulan akhir ini saya rasakan semakin kehilangannya, tetapi rasa saya itu terseliuh. Kini saya tahu, ada "magis" dalam hubungan anak dan bapa - walaupun lama tidak bertemu.

Sunyi...

Bila anda kesunyian, ada tiga perkara yang akan datang:

1. Melakukan kejahatan
2. Melakukan kebaikan
3. Tidur.

Selamat...

Selamat Hari Guru!

Mereka ini banyak berjasa. Kena pula pada zaman begini di mana saya kira terkadang peranan mereka lebih besar dari ibu dan bapa.

Tetapi, jika anak gagal, salah guru. Bila anak lulus cemerlang...haaa itu sebab ibu dan bapa pandai didik anak. Ini senario manusia zaman kini.

Ya, benar. Ada guru yang "busuk", tetapi saya kira lebih lebih lebih ramai murid yang "busuk" dari guru yang "busuk".

Apapun, saya ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru. Semoga Kementerian Pelajaran hargai jasa-jasa anda dan naikkan gaji, elaun serta ganjaran yang sepatutnya. Semoga kita sebagai ibu dan bapa juga hargailah jasa mereka ini.

Mirakel...

Saya sedang melayan CSI NY bila telefon berdering...

Saya: Hello...
Dia: Hello. How are you?
Saya: Siapa di sana?
Dia: Dia beri nombor kat hospital tak ingat pula...
Saya: Ooooo saya baik saja. Awak bagaimana?

Kami berbual dan akhirnya membuat temujanji.

Saya sedang duduk menikmati secangkir kopi dalam sebuah kafe di KLCC bila dia menyapa...Dia bukan misi itu!

Dia doktor yang merawat saya! Wow! Doktor huh...

Kami berbual dan berbual. Indah waktu itu dan jiwa saya sangat bahagia hingga telefon saya berdering...

Saya bermimpi rupanya. Hampa. Sedar, tadi saya tidur agak awal. Dan kini saya resah memikirkan mimpi indah itu.

Telefon berdering sekali lagi.

Saya: Ya, hello...
Dia: Encik Helmy...

Beritahu saya ini bukan satu mirakel!

Teka siapa telefon?

Amin...

Merinduinya...dan aku kira hak aku hanya kepada imbasan lalu aku bersamanya.

Diterima.

Amin.

Delete...

Jika boleh, saya mahu tekan kekunci delete di komputer lapuk ini dan minggu ini lenyap. Mungkin juga tekan dua kali kerana minggu hadapan juga nampak seakan perlu dilupakan. Dan semakin difikirkan banyak lagi delete yang diperlukan. Saya kira jika saya delete delete delete...mungkin diri ini jadi ringan bebas melayang-layang bagai debunga lalang di mana nasibnya ditangan angin yang bertiup.

Tapi saya dilahirkan seorang insan. Bukan lalang nampak menyemak tetapi berjasa mengisi semula dunia dengan O2. Tanggungjawab banyak, tetapi tidak ditunaikan. Sepanjang perjalanan, banyak yang tercicir...banyak juga yang dirampas. Dan minggu ini hampir dua hari hilang dalam hidup saya.

Hanya satu yang kerap saya terbayang dan rasakan - dia itu tawa dan tangis. Selepas apa yang saya lalui dua hari ini, saya mahu mudahkan. Tidak perlu melayan karenah mereka yang tidak mahu memahami. Tidak perlu juga melayani mereka yang sengaja (atau tanpa sengaja?) pentingkan diri sendiri lantas melangkah atau memijak hak saya. Sebenarnya tiada apa yang pelik, sememangnya jika hak saya, itu yang utama - sama dengan rasa dan hati. "Siapa peduli apa yang kau rasa?". Jadi sememangnya itu difahami.

Dalam saya berangan mahu delete delete delete, terfikir juga bagaimana jika diri ini terformat?

Ahhhh...bab diri ini diformat bukan keputusan saya...berhati-hatilah dengan apa yang anda impikan...

Pukul 2 (Jiwa)...

Kadangkala saya kira manusia ini pentingkan dirinya sendiri. Ambil contoh ini...

Dari kisah rumahtangga yang runtuh, bekas suami dan isteri cuba menonjolkan perhubungan yang baik antara mereka selepas berpisah - kerana anak. Namun, suasana aman tidak tahan lama.

Pernah:

Lelaki: Tak mengapa. Awak kalau ada hujung minggu, saya tak ambilnya.
Wanita: Eh, tak apalah. Dia perlukan seorang bapa bla bla bla...
Lelaki: Tak apa. Awak pun perlu habiskan masa dengannya bla bla bla...
Wanita: Betul? Tapi nanti awak ambillah dia juga atau waktu saya kena kerja hujung minggu dan bla bla bla...
Lelaki: Baiklah.

Selesai.

Tidak juga...

Wanita: Saya nak bawa dia balik kampung untuk hujung minggu ini sebab saya ada tugas di sana. Kesian dia di sini tak ada kawan bla bla bla...

Ah, manusia. Rupanya kawan untuk anak lebih penting dari seorang bapa...

Doa buat teman...

Doa seorang lelaki moga temannya sejahtera dan sedar atas kemahuan "gila" diri dan keluarganya itu...

Doa seorang bapa...

Semoga dia menjadi seorang insan yang berjaya dalam hidupnya...Selamat Hari Lahir Ali!
 Kasih seorang bapa hanya Allah yang Mengetahui.

Firdaus...

Ini Firdaus, anak saya yang sulung - abang Ali. Tak sedar bila dia jadi dewasa.
Sebagai bapa, saya tak dapat tahan diri dari merisik tentang kerja barunya itu.
Nasib dia ada masa untuk saya bila saya walaupun dengan notis spontan.
Bangga dengannya...masa berlalu sangat-sangat pantas...

Posisi...

Baru-baru ini saya buat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital. Darah saya perlu diambil. Saya phobia jarum. Semasa misi hendak cucuk, saya sedar posisi kedudukan saya agak tidak baik. Dia betul-betul hadapan.

Misi: Encik pandang apa tu?
Saya: Huh? Errr...maaf saya tidak boleh lihat jarum. Tiada tempat lagi nak lihat kecuali apa di depan.

Misi senyum

Misi: Tak apa.

Saya senyum. (Dalam hati, "Wow!")

Sebelum dia beredar..."Encik boleh tutup mata apa?"

Saya hanya boleh senyum. Benar katanya. Saya sepatutnya tutup mata. Mungkin posisi kedudukan saya sebenarnya baik...

Promoter Buku...

Hari saya yang ceria boleh saja jadi sebaliknya di sebabkan mereka ini. Hendak jual pakej pembelajaran bahasa pun tidak perlulah agresif sangat - hingga tahap paksaan.

Dan yang paling hebat, jika kita tak layan, mereka boleh keluarkan kata-kata seperti, "Encik tidak mahu anak encik pandai ke?"

Lebih-lebih hebat, mereka jual pakej bahasa Inggeris, tetapi BI mereka "fail".

Saya harap pihak yang menganjur sesuatu acara seperti PBAKL asingkan mereka ini. Letak di satu bahagian lain. Siapa hendak pakej pembelajaran bahasa boleh ke sana terus. Beri garis panduan kepada mereka. Lindungilah para pengunjung! Kenapa hendak dicampurkan bersama penerbit buku lain? Buatlah kajian wahai penganjur. Kasihanilah kami. Kita datang untuk lihat dan beli buku - masa kualiti bersama keluarga. Bukannya untuk diganggu dan diperkecilkan. Rosak "mood"! Dan bila ini berlaku, proses hendak beli buku terganggu. Jika ini berlaku, jualan akan terganggu. Penerbit lain teraniaya. Asingkan mereka ini!

Saya rasa penerbit-penerbit buku lain perlu protes juga kepada penganjur. Kami pelanggan anda!

Melankolik...

Setiap kali di waktu-waktu sebegini, dia baring mengenang peristiwa dan menilai diri. Bukan sesuatu yang indah sebenarnya, kecuali bila tiba anaknya muncul pada mata hati. Dia tersenyum.

Inilah waktu-waktu yang agak sukar bagi dirinya. Dia impikan yang baik-baik saja, tetapi itu hanya impian. Rasa di hati seorang bapa sangat kuat. Dia tercari bau anaknya itu. Dia cuba bayangkan tawa dan tangisan dan tentu saja boleh saja ramal aksi anaknya itu.

Inilah waktu-waktu jiwanya tersiksa. Anaknya itu jauh tetapi sebenarnya dalam hatinya. Tersimpan dan terkunci jauh. Ramai tidak faham dan itu sebenarnya tidak mengganggunya. Ini jiwanya. Hidupnya. Dan anaknya itu sebahagian dari kedua-duanya: Jiwa dan hidupnya.

Sering hatinya bertanya, "Sampai bilakah?" Tiada jawapan. Hidup benar tidak mudah. Terutama buat dirinya di waktu-waktu begini...

-bersambung-

Bilik ini...


Setiap kali dia ke sini, aku rasakan dia rindukan rumahnya. Seperti anak yang baik, dia cuba untuk menunjukkan bahawa dia selesa, tetapi tidak sebenarnya. Bilik sekecil ini sebenarnya penjara bagi seorang anak berumur empat tahun. Dia bukan dirinya yang sebenar setiap kali berada dalam bilik ini. Aku tidak mahu dia begitu. Dia berhak kepada sesuatu yang lebih. Dia berhak kepada siapa yang dia lebih sayangi.

Hakikat, pedih, duka dan siksa, tetapi yang benar tetap benar.

Aku merinduinya, tetapi aku tidak mahu dia begitu.

Lebih baik begini.

Aku terima.

Emel percuma...?

Inilah salah satu sebabnya mengapa aku tiada keyakinan atas pemerintah...

"All Malaysians who are 18 years old and above will be assigned an email account each in order to receive statements, bills and notices from the Government."

http://bit.ly/eMTiav

Emel percuma tapi kosnya RM50juta duit siapa? Kos penyenggaraan tiap tahun siapa bayar? Adakah kita akan di spam dengan program-program atau tawaran-tawaran atau propaganda?

Ini tweet Tuan KJ:
Khairy Jamaluddin
Here goes. *runs* RT etp_roadmap: 1Msia Email is private sector-led initiative by Tricubes, with investment from the company & NOT the govt.

Jadinya "...in order to receive statements, bills and notices from the Government." Tidak dibayar kerajaan atau ada peratus yang diberi? Data-data peribadi rakyat yang sewenangnya diberi kepada syarikat itu apa? Kata rakyat aset, kenapa beri begitu saja? :p

Ini tweet YAB PM kita sebelum dia tidur:
Mohd Najib Tun Razak
Before I sleep , let me clarify that the 1Malaysia E Mail is a private sector project. No public money is involved n entirely voluntary.

Berbeza bukan dengan:
"All Malaysians who are 18 years old and above will be assigned an email account each in order to receive statements, bills and notices from the Government."

Inilah yang kita panggil "screwup". Cukuplah, jangan ingat rakyat bodoh dan boleh dipermainkan. Berkhidmatlah dengan jujur, ikhlas dan telus untuk rakyat.

Protes di sini




Cinta...

Cinta itu pengorbanan...

Bersamamu...

Aneh, jika aku boleh menulis semula sejarah hidupku ini, aku pasti akan mengulangi kebanyakkan perkara yang sama - terutama bila bersamamu.