Malam Sabtu lalu saya duduk minum kopi sebelum pulang ke rumah. Restoran mamak ini tidaklah penuh sangat. Di tv sedang tayangkan Chelsea lwn Everton. Sedang santai minum kopi sambil balas emel dan tonton tv...
Begitulah hingga separuh masa pertama tamat. Mamat ini duduk depan saya seorang. Saya kira dia seorang jurulatih bolasepak...tidak, mungkin komentator...hmmm mungkin dia sedang bosan sangat. Entahlah sesetengah manusia memang 'loud' walaupun keseorangan, namun saya tak kisah. Dia menikmati perlawanan bolasepak itu...saya menikmati aksinya itu :)
Saya pernah ditanya seseorang, "Mengapa teman lelaki saya tak banyak bercakap semasa saya telefon?"
Jawapan mudah dan patut dihargai sebenarnya. Bukan komplen.
Kebanyakkan lelaki memang tidak banyak cakap kecuali yang ingin menjual sesuatu atau bila mereka berbicara mengenai bolasepak. Itupun sesama mereka sebab jika dia sokong Liverpool dan kebetulan teman wanitanya sokong Manchester United dan bila ditanya...
Romi: Kenapalah you sokong MU?
Juli: Oh I loikeee Cristiano Ronaldo!
Dengan muka macam bangga bagai dapat beg LV. Teman lelakinya senyap. Bukan apa, 1. Ronaldo sudah lama di Real Madrid dan 2. Anda ingat Romi anda suka sangat dengar Julinya tergilakan "jantan" lain? Cuba kalau...
Romi: I suka sangatlah kat Lisa tu!
Juli: Lisa Surihani? Alaaa biasa saja dia tu...
Romi: Tak, Lisa Wong anak boss I tu...
Juli: Hah? Awak jangan main-main ya. Nak cari nahas ya...
Nampak beza? Lelaki tidak suka sangat Julinya tergila "jantan" lain. Tak kiralah "jantan" itu selebriti. Pada mereka, Julinya hanya ada 1 lelaki. Dia, Romi - "Alpha Male".
Berlainan dengan Juli. Rominya boleh tergilakan selebriti mana-mana. Dia tak kisah. Dia seakan tahu macamlah Rominya berangan...tetapi, jika tergilakan wanita lain yang biasa..nahas!
Romi: Awak, siapa pengurus MU?
Juli: Errrr...
Romi: Awak suka Giggs tak?
Juli: Suka! Suka!
Romi: Dia pakai jeysi nombor berapa?
Juli: Errrr...
Berbalik kepada soalan, ""Mengapa teman saya tak banyak bercakap semasa saya telefon?"...
Sesetengah lelaki memang begitu. Mereka memang tidak suka bercakap banyak/bergayut melalui telefon.
Akhirnya saya kecundang juga setelah beberapa hari meredah beberapa hujan di beberapa tempat.
Selain banyak minum air suam, saya juga pastikan pemakanan vitamin C mencukupi. Sop ayam yang panas juga menjadi menu pilihan.
Doktor kata "Rehat, rehat dan rehat". Namun, saya resah tidak buat apa dalam bilik ini. Niat hendak keluar membara, tetapi terfikir juga jika saya akan menyebarkan "flu" ini. Jadi buat sementara, kopi dan blog ini menjadi tempat santai saya :)
Romi: Ok, take care...
Juli: Take care...
Romi: Love u...
Juli: Love u too...
Diam...
Romi: Awak...
Juli: Ya...
Romi: Letak laaa...
Juli: Awak dulu laaa...
Romi: Awak laaa...
Juli: Awak letak laaa...
Romi: Awak laaa...
Juli: Awak letak laaa...
Saya pasti ada lagi. Mungkin sekitar Selayang? Shah Alam? Kelang?
Seperkara menarik tentang Uptown/Downtown ini adalah jumlah orang-orang bangsa sendiri berniaga. Lagi satu, jangan datang awal. Masa terbaik selepas jam 12.
Ritual saya selalunya jalan-jalan melihat saja. Saya tinjau gelagat peniaga dan pembeli. Saya juga tinjau barangan yang dijual. Selepas itu saya akan duduk makan "steamboat" dan sebelum balik, aiskrim potong. Doa saya agar dari kalangan mereka yang berniaga ini, akan lahir peniaga-peniaga besar dan berjaya kelak. Doa saya juga agar akan lahir lebih banyak gerai-gerai yang berniaga...buku!
Ada persamaan dalam filem Transformer 3 dan Harry Potter (Deathly Hallows 2). Kedua-duanya bertahan menentang kuasa jahat yang jauh lebih ramai dan lebih hebat.
Kita tahu siapa menang/berjaya. Ini filem-filem fantasi. Avatar juga begitu. Battle L.A sama. Ngangkung pun begitu.
Ngangkung? Ya, bukan akhirnya mereka insaf dari melakukan kejahatan?
Dulu nenek cerita tentang datuk yang lewat balik kerja dikejar hantu...galah! Lepas itu mak pula cerita tentang pontianak yang mengilai di atas pokok Kekabu belakang rumah! Ada cuba kawan yang kena sakat masa menunggang motor di lebuhraya sekitar Sunway. Akhir ini anak pula bercerita tentang satu makluk yang mengetuk tingkap biliknya setiap bulan mengambang dan kemudian mengilai...
Saya bernasib baik agaknya kerana makluk yang paling ngeri mengejar saya adalah anjing jiran...
"Jadi ke tidak bukan persoalan sebenarnya. Sudah lama kita tidur, terbuai dengan dunia sendiri dan perkara ini sebenarnya membangkitkan pemikiran yang telah lama tidur. Kita lihat protagonis. Kita lihat Tirani. Terkadang terdengar juga bunyi katak yang anehnya mahukan api walaupun sifatnya lebih kepada air," kata Dol Kropok.
Wak Tempe dari tadi senyap saja. Difikirkan Dol, Wak Tempe setia mendengar dan cuba memahami. Dia seronok. Namun, fikiran Wak Tempe sebenarnya pada Kiah. Janda muda itu tak harus menjanda lama. Dia rasa dirinya sangat sesuai buat Kiah. Duda dan Janda...hah sangat sedap bunyinya...
"Tapi, dalam aku fikir tentang semua ini, kekadang aku terfikir juga tentang Kiah tu..."
Wak Tempeh tersentak, ternganga. "Hah? Kiah?"
"Ya, Kiah."
"Kenapa pula?"
"Ya lah. Semalam aku sudah bertanya kepada anak-anak. Mereka setuju."
"Setuju apa?"
"Aku masuk minang si Kiah tu. Kesian dia. Lagipun aku ni duda. Dia janda. Sesuai sangatlah...Duda dan janda..."
"Hah?"
Petang itu Wak Tempe menelefon anak-anaknya. Disuruh mereka semua pulang. Ada perkara penting yang perlu dia bincangkan. Wak tahu, dia tak boleh biarkan saja. Dia perlu bersaing. Dia perlu menang.
Dan bermulalah "perang" dua duda untuk seorang janda...
Kenapa bila kita santai, henfon aman, tetapi sebaik masuk tandas, ia ribut?
Kenapa dalam majlis atau acara atau menonton mahupun solat Jumaat, walaupun sudah diingatkan, mesti ada henfon yang berbunyi?
Kenapa kita boleh "bergayut" dengan teman, tetapi bila sudah nikah, kita cuma sms saja dengannya?
Kenapa kita tiap-tiap hari entah berkali hubungi teman, tetapi sebulan sekali baru hubungi ibu?
Kenapa kita marah bila nampak orang yang memandu menggunakan henfon sedangkan beberapa minit kemudian kita pun melakukan perkara yang sama?
Kenapa masih ada manusia yang sanggup beli henfon canggih dan hebat sebaik ada wang/gaji, padahal dia patut langsaikan hutangnya dulu? <<-- Ini kes benar dan banyak berlaku!
Kenapalah saya "mengarut" waktu sebegini tentang henfon sedangkan lebih baik tidur saja?
“Seorang muslim wajib mendengar dan taat (kepada pemimpin) baik dalam hal yang disukainya maupun hal yang dibencinya, kecuali bila ia diperintah untuk mengerjakan maksiat. Apabila ia diperintah untuk mengerjakan maksiat, maka ia tidak wajib mendengar dan taat.” [HR. Bukhari dan Muslim].
Di Atas Padang Sejarah
Antologi Puisi Perjuangan - Akan mula dijual akhir Februari 2013
Salina
Draf Akhir
Salina
Edisi Terhad
Salina
Naskhah Popular - kulit lembut
68 Soneta Pohon Ginkgo
RM40 Semenanjung Malaysia RM45 Sabah/Sarawak (Harga termasuk penghantaran melalui Poslaju) Setiap naskhah ditandatangani Pak Samad Emel: helmysamad@gmail.com untuk dapatkannya!