header-photo

Pembakaran Terbuka 2.0...

Baiklah, sebelum saya tidur, dua filem hadir dalam kepala untuk hujung minggu ini:

1. Nur Kasih
2. Pirates Of The Caribbean: On Stranger Tides

Saya tahu ramai pilih Nur Kasih, tapi saya pilih POTC untuk hujung minggu ini.

Saya rasa gandingan Jack Sparrow (Johnny Depp) dan Angelica (Penélope Cruz) lebih menarik perhatian saya dari  Nur Amina (Tiz Zaqyah) & Adam (Remy Ishak).

"Not all treasure is silver and gold, mate." - Captain Jack Sparrow

Sekian. Terima kasih.


Romi & Juli 2.0...

Sms...

Romi: Awak tertinggal sesuatu...
Juli: Hah? Apa dia?
Romi: Hatimu...pada saya...

Telefon Romi berdering...

Romi: Hello...
Bapa Juli: Awak ni siapa?
Romi: Errr errrr sa saya Ro o o mi
Bapa Juli: Apa awak buat dengan hati anak saya?
Romi: Eh tak tak de appapapa
Bapa Juli: Apapapapapa? Cakap betul-betul!
Romi: Tak takk ada apa-apa pakcik...me memain saja
Bapa Juli: Kau jangan buat tak senonoh dengan anak aku tau!

Klik...

Romi hampir pitam. Nasib ada tembok untuknya bersandar.

Bapa Juli dan Juli "high five"...

*Ini pun fiksyen ya.

Romi & Juli...

Romi: Hello...
Juli: Hello...
Romi: Awak tertinggal sesuatu...
Juli: Hah? Apa dia?
Romi: Hatimu...pada saya...
Juli: ........hati awak juga dengan saya...

Maka hari bertambah cerah dengan sang pelangi muncul dihiasi burung-burung terbang berkicauan...

*Ini fiksyen ya.

Bisik...

Aku suka padamu.

Adakah rasa itu berbalas?

Kejujuran ini lahir dari seorang lelaki yang tidak lepas dari godaan...

Seni blogging...

Puan Kujie (Orang Lama/Guru) menyentuh tentang "Lain Padang Lain Belalang" dalam dunia blogging.

Baca

Pembakaran terbuka...

Sebelum saya tidur, saya hendak tanya, mana lebih buruk:

1. Seorang lelaki yang menonton bola dua tiga kali seminggu.

Atau

2. Seorang wanita yang menonton drama Korea/Jepun/Melayu/Indon + sitkom seperti SITC/DH hari-hari + AF kini.

Sekian. Terima kasih.

Zaman Dinosor saya...

Teringat zaman persekolahan saya di KL Polisains...

Dalam kelas yang bising, tiba-tiba seorang guru masuk.

Guru: Kamu semua macam monyet!
Murid Berani : Yang depan tu bapak monyet...


Teringat zaman "curi" mangga saya...

Operasi dijalankan ke atas sebuat rumah di mana sebelah siangnya permintaan kami ditolak tuan punya rumah walaupun dia ada tiga pokok mangga yang lebat berbuah.

Jam dua pagi. Kami di atas pokok dengan guni masing-masing. Tiba-tiba lampu dalam rumah sebelah atas dibuka. Kami semua bergegas turun pokok, panjat "gate" dan lari...

Tuan rumah: Hoiiii buat apa tu!
Member "cool" yang ambil masanya turun dari atas pokok: Tarak apa...mangga jugak!

Awal pagi itu kami kenduri mangga dan menjelang petang hampir semua sakit perut.

Moral paling utama: Jangan makan mangga cicah kicap dengan cili api di awal pagi.
Moral lain: Jangan mencuri walaupun sudah minta.

Sunyi...

Bila anda kesunyian, ada tiga perkara yang akan datang:

1. Melakukan kejahatan
2. Melakukan kebaikan
3. Tidur.

Menulis...

Santai di kafe...

A: Aku tengok kau suka menulis ya...
Saya: Kau tengok macam mana?
A: Yelah, rajin kau update blog...
Saya: Oh...sebenarnya aku tak suka sangat menulis ni...
A: Hah?
Saya: Sesetengah menulis kerena mereka suka. Sesetengah terpaksa...
A: Terpaksa?
Saya: Cari makan beb.
A: Habis kau cari makan?
Saya: Tak. Walaupun aku tergolong dalam kategori terpaksa, aku menulis sebab aku perlu luahkan apa dalam kepala dan hati aku. Jika tidak mungkin aku dah gila...Sama seperti dia itu (sambil menunjuk ke arah seorang polis yang sedang saman sebuah kereta).

Menoleh kembali, kawan saya sudah hilang...

Festival Seni Aswara 2011

Jika kelapangan...

A+B...

Apa rasa anda jika apa yang anda katakan kepada (misalnya) A, diceritakannya walau sedikit kepada B? Kena pula peribadi? Dan anda kenal A & B?

Masalahnya seperti:

(a+b)^3 =?

Jawapannya:

a³ + 3a²b + 3ab² + b²
Ya, tidak?

Saya rasa terkilan sedikit, tetapi tidaklah sampai tersekat mahupun tersimpan rasa itu di hati. Hidup terlalu singkat untuk menilai hati-hati orang lain selain diri sendiri. Telan saja dan teruskan perjalanan hidup lebih senang.

Kucing Akrobatik

Sayangi kucing anda kerana mereka akrobatik! Klik SINI

Selamat...

Selamat Hari Guru!

Mereka ini banyak berjasa. Kena pula pada zaman begini di mana saya kira terkadang peranan mereka lebih besar dari ibu dan bapa.

Tetapi, jika anak gagal, salah guru. Bila anak lulus cemerlang...haaa itu sebab ibu dan bapa pandai didik anak. Ini senario manusia zaman kini.

Ya, benar. Ada guru yang "busuk", tetapi saya kira lebih lebih lebih ramai murid yang "busuk" dari guru yang "busuk".

Apapun, saya ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru. Semoga Kementerian Pelajaran hargai jasa-jasa anda dan naikkan gaji, elaun serta ganjaran yang sepatutnya. Semoga kita sebagai ibu dan bapa juga hargailah jasa mereka ini.

Hantaran...

"Dia mula-mula kata hantaran RM18,000, tetapi lepas beberapa minit dia "up" hingga RM24,000! Macam mana ni?" kata kawan saya.

Saya senyum saja.

"Macam artis!"

Wahai kawan, jika dia pujuaan hatimu, tentu sekali dialah intan payung, dialah baby, darling, Audi C7, artis bukan? Lagipun harga minyak dan gula naik tidak terkawal. Buat kenduri mahal kini. Hendak murah...sila emel saya hehehe.

Bukit Bintang...

Saya senaraikan perkara menarik perhatian saya sekitar Bukit Bintang petang semalam...

1. Banyak tempat mengurut hingga dijaja di bahu jalan.
2. Ramai budak-budak Melayu yang cucuk dan tindik sana sini di serata mukanya.
3. Ramai budak Melayu yang fesyen rambutnya hebat dan berwarna-warni.
4. Ramai budak Melayu yang fesyen pakaiannya "up-to-date".
5. Ramai budak Melayu yang berkepit dan ringan-ringan juga.
6. Ramai budak Melayu yang hisap rokok - seawal darjah 5
7. Ada dua atau tiga budak Melayu berniaga di sini (dalam beribu perniagaan yang dijalankan). Itu pun di tepi jalan - jual jagung bakar...eh budak Melayu ke Indon?
8. Ada budak Melayu yang duduk santai di kafe tepi Jalan Bukit Bintang dan melaporkannya hehe.

"Cool" dan hebatkan bangsaku ini dan Jalan Bukit Bintang?

Affogato...

Saya cuba santai di Wangsa Walk Mall petang ini, tetapi keadaan agak ribut - ramai sangat orang dan kenderaan. Hendak menonton pun ya ampun! Nasib jumpa satu sudut yang agak lengang. Bolehlah minum affogato dan bersantai sebentar di alam maya.

Affogato - aiskrim vanilla yang direndam kopi O pekat panas (expresso).

Pelayan: Minum apa encik?
Saya: Aiskrim Vanilla yang direndam kopi O panas.
Pelayan: Hah? Errr...
Saya: Affogato...
Pelayan: Oh ok.

Pukul 4.0...

Di YM...

A: Kau ni dah nak kahwin ke?
Saya: Hah? Kahwin?
A: Ya lah.
Saya: Kenapa pula kata begitu?
A: Aku tengok ligat kau jual buku kat FB, Twitter dan Blog...
Saya: Oh tak sedar pula. Yang aku tahu aku ada banyak bil. Kau bila nak beli?
A: Errr aku tak bacalah buku BM...

Lu langsi lu mati...

Saya tonton "Kongsi" petang tadi. Sangat menghiburkan - tidak kering gusi terutama watak Tumulak (gangster Siam yang dihantar untuk membunuh) dan Mikail (gangster lokal yang berasal dari Utara). Tahniah buat sdr. Farid Kamil!

Jangan langsi tidak mahu tonton filem Malaysia ya...

Kelepet...

Tiga entri awal pagi semalam lesap.

Salah satunya tentang ada jenis kambing pengsan jika terkejut (klik -->>>

Yang lain mengenai:

1. Kumbang terbang bertarung dengan ikan berlaga.
2. Hantu insaf dan manusia pula hendak jadi hantu.

Ceritanya menarik, tetapi "hilang" sebab masalah yang dialami pelayar Blogger. Dan saya malas hendak tulis semula kerana ia lebih dari sembilan belas ribu patah perkataan. Jadi anda buatlah cerita sendiri tentang dua topik tersebut mengikut citarasa sendiri.

Baiklah, saya hendak tidur. "Kelepet" banyak sangat pun tak baik hehe...Selamat Malam Malaysia :)

* Yang italic itu kelepet ya.

Kambing Pengsan...

Selalu manusia pengsan, tetapi sebenarnya ada kambing juga boleh pengsan jika terkejut. --->>

Oh Malaysiaku...

Baru ini...

Blogger satu parti itu menulis. Akhbar lidah satu parti itu menyiarkannya. Kecoh. Presiden satu parti itu beritahu rakyat supaya bertenang. Satu parti itu keluarkan surat amaran.

Tiada masalah, dicipta masalah dan selepas itu sendiri cuba baiki masalah...oh Malaysiaku...apakah adengan lawak seterusnya?

Pukul 3.0...

Terdengar di kafe...

A: Aku kalau jumpa dia siaplah...
B: Releks la bro...
A: Mana boleh releks! Kurang ajar sangat!
B: Dia buat apa?
A: Dia sound aku.
B: Kenapa?
A: Dia kata aku tak buat kerja.
B: Kerja semalam tu?
A: A'ah...
B: Kau dah siapkan ke?
A: Belum sebab aku bengang dengan dia...

Saya yang duduk membelakangi mereka tersedak minum kopi...

Anonymous...

Sesuatu tentang "anonymous" atau "tanpa nama"; sepatutnya saya larang dari memberi komen di sini, tetapi anda-anda yang bergelar "anonymous" setakat ini boleh dikatakan terkawal dan tertib dalam memberi komen. Saya benar tidak tahu mengapa jika situasinya begitu, kenapa pula perlu "anonymous"? Jika kutuk "kaw-kaw" atau maki hamun tahap "gaban" atau komen yang "poyo" menggunakan "anonymous", itu masuk akal juga.

Jadi saya sarankan agar sekurangnya letaklah nama (nama palsu pun tak mengapa). Sekurangnya saya tahu anda menghargai nama anda (atau nama palsu anda) dan ada rasa bangga terhadapnya. Sejuk hati jika yang "kutuk" atau "perli" itu namanya Nor atau Devi atau Reen atau Angelina (1Malaysia!). Hendak marah pun susah...maklumlah "babe". Yang letak nama Sarip atau Kali atau Chin atau Jack Sparrow pun saya fikir 19 kali jika hendak marah. Maklumlah lihat nama saja meremang bulu roma satu badan hingga ada yang gugur.

Jadinya, saya mohon dan rayu agar beri saya "muka" sedikit dan letak nama anda jika beri komen. Kesian juga pada kawan saya yang baca blog saya dan beritahu saya ini ada peminat setia!

"Siapa?" tanya saya.

"Anonymous," jawabnya selamba.

Arghhhhhhhhh...

Dia...

Aneh dalam rasa yang sangat sepi ini aku sedar selama ini Dia tidak pernah meninggalkan aku...

Manis & pahit...

Perkara paling manis dalam kehidupan adalah keupayaan menelan kepahitan kehidupan...

Syukur...

Malam ini aku menangis kerana esok sesuatu yang aku pertahankan akan dirobohkan.

Syukur ya, walau duka...

#perempuansexybila...

Topik hangat di Twitter hari ini. Juga .

Tapi saya lelaki, jadi biarlah saya berterus-terang. Pada saya #perempuansexybila kata-katanya penuh berhemah. Kena pula jika suaranya itu merdu dan bersopan. Dan andai bertemu, senyumnya itu boleh getarkan jantung berkali ganda. Campur semua itu, pasti luluh dan saya akan tahu dialah orangnya. Ini "#perempuansexybila" buat saya kini di usia begini.

Jika ada misi atau doktor atau guru atau anak menteri atau kerani pos atau pegawai bahagian penilaian atau siapa sajalah, pasti saya akan lontarkan diri saya kepadanya.

Dan selepas terlontar dan jika lontaran itu diterima,  #perempuansexybila dia setia dan percaya kepada lelakinya.

Gatal 1.0...

Saya tak tahu mengapa ada manusia yang tahu dirinya alah (alergi) kepada sesuatu, dalam perkara ini makanan laut, degil dan sengaja terus makan makanan laut. Implikasinya, selalunya dia akan bersin tanpa henti dan tergaru-garu kerana gatal.

Tunggu! Saya tahu kenapa!

Saya orangnya itu. Saya terus makan kerana...bukan saya gatal ya...kerana tadaaaaaaa! Ada ubatnya - Zyrtec!

Mirakel...

Saya sedang melayan CSI NY bila telefon berdering...

Saya: Hello...
Dia: Hello. How are you?
Saya: Siapa di sana?
Dia: Dia beri nombor kat hospital tak ingat pula...
Saya: Ooooo saya baik saja. Awak bagaimana?

Kami berbual dan akhirnya membuat temujanji.

Saya sedang duduk menikmati secangkir kopi dalam sebuah kafe di KLCC bila dia menyapa...Dia bukan misi itu!

Dia doktor yang merawat saya! Wow! Doktor huh...

Kami berbual dan berbual. Indah waktu itu dan jiwa saya sangat bahagia hingga telefon saya berdering...

Saya bermimpi rupanya. Hampa. Sedar, tadi saya tidur agak awal. Dan kini saya resah memikirkan mimpi indah itu.

Telefon berdering sekali lagi.

Saya: Ya, hello...
Dia: Encik Helmy...

Beritahu saya ini bukan satu mirakel!

Teka siapa telefon?

Amin...

Merinduinya...dan aku kira hak aku hanya kepada imbasan lalu aku bersamanya.

Diterima.

Amin.

Pukul 3.0...

Dia: Aku nak pukul habis!
Aku: Hah?
Dia: Sebelum aku sibuk balik, aku nak pukul habis!
Aku: Pukul? Siapa? Apa?
Dia: Aku nak tengok semua wayang! Fast & Furious, Thor, Red Riding Hood, Priest, Pirates...
Aku tepuk dahi sambil tersenyum...

Misi...

Dia hulur pen...

Misi: Encik sign sini...sini...sini...
Saya: Hmmm...ok?

Dia belek fail...

Misi: Nombor telefon?
Saya: Oh kat mana nak tulis?
Misi: Sini...(sambil beri saya kertas kecil).
Saya: Huh?
Dia senyum.

Kenapa saya rasa seperti satu iklan semburan dari Indonesia?

Tapi dia memang kiut...

Delete...

Jika boleh, saya mahu tekan kekunci delete di komputer lapuk ini dan minggu ini lenyap. Mungkin juga tekan dua kali kerana minggu hadapan juga nampak seakan perlu dilupakan. Dan semakin difikirkan banyak lagi delete yang diperlukan. Saya kira jika saya delete delete delete...mungkin diri ini jadi ringan bebas melayang-layang bagai debunga lalang di mana nasibnya ditangan angin yang bertiup.

Tapi saya dilahirkan seorang insan. Bukan lalang nampak menyemak tetapi berjasa mengisi semula dunia dengan O2. Tanggungjawab banyak, tetapi tidak ditunaikan. Sepanjang perjalanan, banyak yang tercicir...banyak juga yang dirampas. Dan minggu ini hampir dua hari hilang dalam hidup saya.

Hanya satu yang kerap saya terbayang dan rasakan - dia itu tawa dan tangis. Selepas apa yang saya lalui dua hari ini, saya mahu mudahkan. Tidak perlu melayan karenah mereka yang tidak mahu memahami. Tidak perlu juga melayani mereka yang sengaja (atau tanpa sengaja?) pentingkan diri sendiri lantas melangkah atau memijak hak saya. Sebenarnya tiada apa yang pelik, sememangnya jika hak saya, itu yang utama - sama dengan rasa dan hati. "Siapa peduli apa yang kau rasa?". Jadi sememangnya itu difahami.

Dalam saya berangan mahu delete delete delete, terfikir juga bagaimana jika diri ini terformat?

Ahhhh...bab diri ini diformat bukan keputusan saya...berhati-hatilah dengan apa yang anda impikan...

Pukul 2 (Jiwa)...

Kadangkala saya kira manusia ini pentingkan dirinya sendiri. Ambil contoh ini...

Dari kisah rumahtangga yang runtuh, bekas suami dan isteri cuba menonjolkan perhubungan yang baik antara mereka selepas berpisah - kerana anak. Namun, suasana aman tidak tahan lama.

Pernah:

Lelaki: Tak mengapa. Awak kalau ada hujung minggu, saya tak ambilnya.
Wanita: Eh, tak apalah. Dia perlukan seorang bapa bla bla bla...
Lelaki: Tak apa. Awak pun perlu habiskan masa dengannya bla bla bla...
Wanita: Betul? Tapi nanti awak ambillah dia juga atau waktu saya kena kerja hujung minggu dan bla bla bla...
Lelaki: Baiklah.

Selesai.

Tidak juga...

Wanita: Saya nak bawa dia balik kampung untuk hujung minggu ini sebab saya ada tugas di sana. Kesian dia di sini tak ada kawan bla bla bla...

Ah, manusia. Rupanya kawan untuk anak lebih penting dari seorang bapa...

Pukul...

Petang itu...

Dia: Kau ok ke tak tu?
Aku: Tak...aku kena pukul...
Dia: Kau kena pukul kat mana?
Aku: Kat poket...
Dia: *&!@21%^**

Doa buat teman...

Doa seorang lelaki moga temannya sejahtera dan sedar atas kemahuan "gila" diri dan keluarganya itu...

Doa seorang bapa...

Semoga dia menjadi seorang insan yang berjaya dalam hidupnya...Selamat Hari Lahir Ali!
 Kasih seorang bapa hanya Allah yang Mengetahui.

Salina...

Sebenarnya sudah agak lama saya memikirkan tentangnya. Novel Salina dan mungkin beberapa karya lain Pak Samad mungkin agak sukar untuk diterbitkan oleh penerbit lain. Ada beberapa faktor sebenarnya dan saya tidak mahu menyatakannya di sini. Saya lebih senang ditanya apabila bersemuka.

Dan kerana kesukaran yang dihadapi, saya berkeputusan untuk menerbitkannya sendiri. Berisiko kerana saya perlu berhutang, tetapi saya percaya dengan produk yang mahu saya terbitkan ini. Ada beberapa perkara yang perlu saya selaraskan. Proses penerbitan Salina sudah bermula.

Semoga dipermudahkan...

Dari Salina & Ilham...

Harga kedua-dua buku ini:
RM30 Semenanjung Malaysia
RM35 Sabah/Sarawak
(Harga termasuk pos)
Setiap naskhah ditandatangani oleh Pak Samad
E-mel: helmysamad@gmail.com
untuk dapatkannya!
Dari Salina Ke Langit Petang
Esei / Autobiografi - 112 halaman - Kulit Lembut
Buku Dari Abad Lalu....

Dari Salina ke Langit Petang adalah satu-satunya buku saya yang tidak diulangcetak selama dua dekad. Sebagai sebuah autobiografi seni ia menekuni jalan awal saya ke dunia kesusasteraan sejak dekad lima puluhan abad lalu. Hampir tidak ada yang disembunyikan di sini sehingga jika seseorang rajin dan tekun menelitinya, ia akan sekali lalu dapat menyerapi dunia seorang sasterawan yang seniman dengan segala rahsia kehidupan dan seninya.

Dalam buku ini secara tekun saya cuba menjejaki kembali tapak-tapak awal saya meredahi ? dan kemudiannya melestarikan ? dunia kehidupan dan seni. Sejak awal seorang ibu menyuapkan nasi ke mulut anaknya dengan iringan kisah Batu Belah Batu Bertangkup membawa kemudiannya kepada anak itu sendiri mencari dan memilih pula bahan-bahan bacaannya, segalanya dirakamkan semesra mungkin dalam Dari Salina ke Langit Petang.

Banyak rahsia asas saya sebagai penulis tertumpah secara bersahaja dalam buku cornel ini. Apa yang memancing saya untuk masuk ke dunia sastera; siapa yang mempengaruhi ghairah seni saya; buku-buku apa yang mematangkan saya secara bertingkat; apa yang dapat saya timba daripada samudera seni dalam dan luar negara ? semua ini terhimpun secara santun dalam buku yang sangat sederhana ini.

Tidak ada satu pun yang dirobah ? maksudnya, kandungan buku ini terhidang seperti seasal abad lalu ia ditulis. Sengaja saya lakukan ini untuk mengekalkan segala jalur fikir, lebih-lebih lagi ragam langgam bahasa, sasterawan abad lalu. Kerana pengekalan semangat itu jugalah maka akan tersualah kita beberapa kesilapan fakta kecil (antaranya, masih diperkekal nama Zuraidah dan Yazid dalam manuskrip awal Langit Petang, padahal Zuraidah telah bertukar menjadi Zakiah, sementara Yazid pula telah mengambil nama Hafiz).

Yang penting rasanya ialah jelas sekali Dari Salina ke Langit Petang terisi dengan sebanyak pengalaman dan pengetahuan penting bagi para pembaca, khususnya bagi para penulis.

Selama dua puluh tahun buku ini terbengkalai secara "sia-sia". Kini ia mendapat nafasnya kembali. Dan memang pun saya berharap buku yang tertulis dalam abad lalu ini akan lebih bererti kepada pembaca dan penulis abad ini.

A.SAMAD SAID

Ilham Di Tepi Tasik
Koleksi Esei - 166 halaman - Kulit Lembut

Buku Ilham Di Tepi Tasik ini adalah koleksi esei terpilih A. Samad Said selepas Tangan Yang Simpatik, Tema Dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman Awang) dan Antara Bulan Dan Wira.

Berbeza daripada antologi-antologi sebelumnya, Ilham Di Tepi Tasik ditangani dengan cermat, menghimpunkan esei-esei indah, bernas dan berisi.


Kali ini A. Samad Said tekun menyoroti aneka ragam dan sudut seni yang menyerlahkan keindahan dan misteri kehidupan seniman; menyerlahkan wajah dan hati sasterawan-sasterawan terpenting Cina dan Arab; mengamati sumbangan penulis-penulis penting tanah air, di samping menampilkan kisah-kisah tamsilan yang memujuk dan mengilhamkan.

Firdaus...

Ini Firdaus, anak saya yang sulung - abang Ali. Tak sedar bila dia jadi dewasa.
Sebagai bapa, saya tak dapat tahan diri dari merisik tentang kerja barunya itu.
Nasib dia ada masa untuk saya bila saya walaupun dengan notis spontan.
Bangga dengannya...masa berlalu sangat-sangat pantas...

Posisi...

Baru-baru ini saya buat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital. Darah saya perlu diambil. Saya phobia jarum. Semasa misi hendak cucuk, saya sedar posisi kedudukan saya agak tidak baik. Dia betul-betul hadapan.

Misi: Encik pandang apa tu?
Saya: Huh? Errr...maaf saya tidak boleh lihat jarum. Tiada tempat lagi nak lihat kecuali apa di depan.

Misi senyum

Misi: Tak apa.

Saya senyum. (Dalam hati, "Wow!")

Sebelum dia beredar..."Encik boleh tutup mata apa?"

Saya hanya boleh senyum. Benar katanya. Saya sepatutnya tutup mata. Mungkin posisi kedudukan saya sebenarnya baik...

Promoter Buku...

Hari saya yang ceria boleh saja jadi sebaliknya di sebabkan mereka ini. Hendak jual pakej pembelajaran bahasa pun tidak perlulah agresif sangat - hingga tahap paksaan.

Dan yang paling hebat, jika kita tak layan, mereka boleh keluarkan kata-kata seperti, "Encik tidak mahu anak encik pandai ke?"

Lebih-lebih hebat, mereka jual pakej bahasa Inggeris, tetapi BI mereka "fail".

Saya harap pihak yang menganjur sesuatu acara seperti PBAKL asingkan mereka ini. Letak di satu bahagian lain. Siapa hendak pakej pembelajaran bahasa boleh ke sana terus. Beri garis panduan kepada mereka. Lindungilah para pengunjung! Kenapa hendak dicampurkan bersama penerbit buku lain? Buatlah kajian wahai penganjur. Kasihanilah kami. Kita datang untuk lihat dan beli buku - masa kualiti bersama keluarga. Bukannya untuk diganggu dan diperkecilkan. Rosak "mood"! Dan bila ini berlaku, proses hendak beli buku terganggu. Jika ini berlaku, jualan akan terganggu. Penerbit lain teraniaya. Asingkan mereka ini!

Saya rasa penerbit-penerbit buku lain perlu protes juga kepada penganjur. Kami pelanggan anda!

Al Amin...

Nantikannya!
RM50 Semenanjung Malaysia
RM55 Sabah & Sarawak
Ditandatangani Pak Samad!

Kasih...


Tidak dapat aku lupakan saat-saat sebegini di mana seorang bapa mengenalkan dan memberi pengalaman yang berdikit kepada seorang anak. Semoga dia ingat dan mengabdikan saat sebegini.

Melankolik...

Setiap kali di waktu-waktu sebegini, dia baring mengenang peristiwa dan menilai diri. Bukan sesuatu yang indah sebenarnya, kecuali bila tiba anaknya muncul pada mata hati. Dia tersenyum.

Inilah waktu-waktu yang agak sukar bagi dirinya. Dia impikan yang baik-baik saja, tetapi itu hanya impian. Rasa di hati seorang bapa sangat kuat. Dia tercari bau anaknya itu. Dia cuba bayangkan tawa dan tangisan dan tentu saja boleh saja ramal aksi anaknya itu.

Inilah waktu-waktu jiwanya tersiksa. Anaknya itu jauh tetapi sebenarnya dalam hatinya. Tersimpan dan terkunci jauh. Ramai tidak faham dan itu sebenarnya tidak mengganggunya. Ini jiwanya. Hidupnya. Dan anaknya itu sebahagian dari kedua-duanya: Jiwa dan hidupnya.

Sering hatinya bertanya, "Sampai bilakah?" Tiada jawapan. Hidup benar tidak mudah. Terutama buat dirinya di waktu-waktu begini...

-bersambung-

Bilik ini...


Setiap kali dia ke sini, aku rasakan dia rindukan rumahnya. Seperti anak yang baik, dia cuba untuk menunjukkan bahawa dia selesa, tetapi tidak sebenarnya. Bilik sekecil ini sebenarnya penjara bagi seorang anak berumur empat tahun. Dia bukan dirinya yang sebenar setiap kali berada dalam bilik ini. Aku tidak mahu dia begitu. Dia berhak kepada sesuatu yang lebih. Dia berhak kepada siapa yang dia lebih sayangi.

Hakikat, pedih, duka dan siksa, tetapi yang benar tetap benar.

Aku merinduinya, tetapi aku tidak mahu dia begitu.

Lebih baik begini.

Aku terima.

Emel percuma...?

Inilah salah satu sebabnya mengapa aku tiada keyakinan atas pemerintah...

"All Malaysians who are 18 years old and above will be assigned an email account each in order to receive statements, bills and notices from the Government."

http://bit.ly/eMTiav

Emel percuma tapi kosnya RM50juta duit siapa? Kos penyenggaraan tiap tahun siapa bayar? Adakah kita akan di spam dengan program-program atau tawaran-tawaran atau propaganda?

Ini tweet Tuan KJ:
Khairy Jamaluddin
Here goes. *runs* RT etp_roadmap: 1Msia Email is private sector-led initiative by Tricubes, with investment from the company & NOT the govt.

Jadinya "...in order to receive statements, bills and notices from the Government." Tidak dibayar kerajaan atau ada peratus yang diberi? Data-data peribadi rakyat yang sewenangnya diberi kepada syarikat itu apa? Kata rakyat aset, kenapa beri begitu saja? :p

Ini tweet YAB PM kita sebelum dia tidur:
Mohd Najib Tun Razak
Before I sleep , let me clarify that the 1Malaysia E Mail is a private sector project. No public money is involved n entirely voluntary.

Berbeza bukan dengan:
"All Malaysians who are 18 years old and above will be assigned an email account each in order to receive statements, bills and notices from the Government."

Inilah yang kita panggil "screwup". Cukuplah, jangan ingat rakyat bodoh dan boleh dipermainkan. Berkhidmatlah dengan jujur, ikhlas dan telus untuk rakyat.

Protes di sini




Cinta...

Cinta itu pengorbanan...

Durian...

Musimnya kembali...


Setelah beberapa minggu mengelak, akhirnya saya kecundang.


Durian "Musang King" ini RM9 se kilo.
Saya tewas di gerai durian tepi jalan kawasan Pandan Jaya.
Malam ini tentunya panas, tetapi siapa peduli bukan bila impian dipenuhi.

Keledang

RM25 Pos Biasa Semenanjung Malaysia Saja
RM28 Poslaju
RM30 Pos Laju Sabah/Sarawak

Email: Helmysamad@gmail.com
171 mukasurat - Kulit Keras
Ditandatangani oleh Pak Samad.
Novel Keledang - Keledang mengisahkan mengenai pengalaman getir dan cemas - tapi penuh harapan - sekumpulan penduduk kampung yang terjebak dalam cengkaman penjajahan Jepun.

Bersamamu...

Aneh, jika aku boleh menulis semula sejarah hidupku ini, aku pasti akan mengulangi kebanyakkan perkara yang sama - terutama bila bersamamu.

Setia...

Hujan yang turun
segarkan semula yang layu
bawa pergi segala debu
dan aku masih setia padamu.

Cinta...

Cinta, tidak pernah buta.

Yang buta hanya hati.

Kecelakaan...

Aku datang dari pengalaman yang menyatakan bahawa wang itu raja. Wang itu boleh membina dan tentu sekali boleh merobohkan apa yang terbina. Wang itu juga boleh meletakkan seseorang di tempat yang tinggi atau sebaliknya.

Kita di zaman logik. Kita dikabui nafsu. Manusia beli manusia dan akhirnya cuba beli kebahagiaan. Baik dari silaturahim hingga ke perkahwinan. Dan akhirnya bila semua dianggap boleh dibeli, jika terhadang sedikit atau melalui jalan yang sukar, kita buang - seperti material yang rosak, bukan cuba baiki kerana itu jalan yang mudah.

Itulah kecelakaan yang entah mengapa kita cari...

Orang kayangan...

Terus-terang, aku tidak memandang tinggi sangat akan pemerintah. Mereka bangga heboh dengan pencapaian, tetapi salahkan yang lain bila gagal.

Sebab itu aku kritikal dengan pemerintah, dulu, kini dan selamanya.

Tuhan...

Dua minggu lalu dia menyoal tentang Tuhan. - Agak keras.

Semalam Tuhan menjawab.

Hari ini dia bersujud taubat dan bersyukur.

Dan aku seorang insan yang paling gembira!

Ali! Yay 2!!!





Ali! Yay!!!





Hujan...

Hujan yang turun, bawalah pergi bersamamu resahku ini.

Kekasih...

Doaku buat kekasih yang pergi, "Semoga kau terpelihara dan sejahtera hingga akhir hayat."

Rasa...

Sesekali sengaja aku dedahkan hatiku ini untuk disakiti agar aku tahu, aku masih punya rasa...

Sunyi...

Sunyi itu racun bagi tidak berbuat apa-apa,
tetapi penawar hati dan jiwa yang luka bagi yang mengetahui.

Kebahagiaan...

Aku menggembara jauh dan luas dalam bilik sempit ini untuk mencari sedikit kebahagiaan...

Anak...

Aku hanya mahu,
memelukmu,
menciummu,
dan mendengar ceritamu.

Aku hanya mahu,
kau bersamaku
mengubati lukaku
dan menawar rinduku.

Anak,
kau dalam hatiku,
dan suatu hari,
kau akan mengerti
kegilaan semuanya ini.

Dekat...

Dia kata aku tidak dekat dengan Tuhan...

Aku tersenyum.

Bagaimana dia boleh tahu ya?

Hebat manusia zaman kini!

Endorsement...

Aku hanya boleh berusaha semampu akal dan kudrat, selebihnya perlu "endorsement" Allah...

Imaginasi...

Aku baring menatap siling putih yang sedang aku hiasi dengan warna-warna imaginasiku...

Janji...

Dia ingin mengingatkan, "Kau begitu terseliuh fahaman dan pendirian. Kau takut menghadapinya. Lantas kau meninggalkannya. Ini satu kesilapanmu yang paling besar..."


...dan yang paling menyakitkan dan menyiksa dirinya adalah mangsa itu...anak mereka.

"Jalan mudahmu adalah dengan memijak-mijak janji-janjimu dulu untuk setia."

Mimpi dan realiti...

Setiap kali aku menutup mata, aku dibuai mimpi-mimpi indah bersamamu. Namun, setiap kali aku terjaga, dunia ini bagai mimpi yang buruk...

Cinta...

Cinta, tidak patut berseni, biarkan saja meliar...

Bisikan pagi 2...

Pagi dingin membawa pelbagai janji,
aku ingin memahami tamsilan apakah ini?

Bisikan malam...

Malam sunyi dan sepi,
jiwaku menyanyi dibakar api...

Bisikan petang...

Petang membara dan burung-burung gembira berkicau,
aku yang menggembara, tidak henti dilanda rasa kacau.

Bisikan pagi...

Pagi redup dan dingin.
Aku hidup bagai angin...

Enam Biji Mata...

Saya sedar mereka memanggilku. Menjenguk, sememangnya enam biji mata terdongak-dongak melihatku. Senyum, saya menuju ke arah mereka.

"Omar...kakak...abang...sabar ya. Beri saya selewatnya dua minggu. Saya akan datang menjemput kalian."

Mereka senyap. Enam biji mata itu masih melekat pada saya.

Tiba-tiba Omar menghampiri, menyondol kepalanya dan terus menjilat-jilat tangan saya.

"Sabar ya. Saya akan kembali menjemput kalian kelak," sambil mengusap kepala dan tengkuknya.

Diriku tiba-tiba dilanda rasa...

Saya cepat menutup pagar dan beredar. Saya pasti mereka lihat linangan airmata dan sama berdoa kesejahteraan buat semua.

Dunia Baru...


Dalam suasana yang baru ini, aku menggembara jauh dalam bilik yang kecil dan asing ini. Mengingati, merindui dan tercari kenangan wajah-wajahnya di masa bersama.

Dunia boleh sebegini kejam. Dan kau, anakku, Ali, tetap di hati walau aku keseorangan menggembara jauh dalam bilik yang kecil dan asing ini...

Salina...

Ada bisikan tentang Salina di IB tahun hadapan...
Mungkinkah?
Apapun, insyaAllah bukunya akan keluar awal 2011.

*Gambar Pak Samad di Dewan Filharmonik Petronas - Suara Tulus: KLCC Seni Festival 12/10/2010.


Dvd...

Saya dapati cadangan satu kementerian ini sungguh sangat tidak...

Untuk menghukum rakyat atas sesuatu yang kementeriannya sendiri tidak dapat bendung satu tindakan yang...

Kenapa mereka ini selalu saja hendak menyusahkan diri mereka sendiri?

1. Bayangkan penguatkuasaan yang terpaksa dilakukan ke atas 28 juta rakyat Malaysia dan mungkin 3-5 juta rakyat asing di negara ini.

2. Selepas itu bayangkan jumlah para penjual dvd haram ini...

3. Dan selepas itu bayangkan lagi jumlah pengusaha dvd haram ini...

Mungkin kerana mereka "gagal" dalam menangani hal 3 dan 2 maka nombor 1 disasarnya. Mungkin juga lebih senang menangkap pembeli dari penjual?

Saya kira mereka ini perlu diberitahu bahawa masalah ini tidak akan berakhir selagi ia tidak ditangani dari puncanya.



1hb Oktober 2010...

Hari ini agak bersejarah bagi saya (dan Wira Bukit) kerana hari ini hari pertama kami beroperasi di pejabat yang baru...lagi.

Seperti yang diketahui sesetengah yang mengikuti perkembangan dunia penerbitan terkini, Wira Bukit telahpun bersetuju secara lisan bersetuju membenarkan pihak PTS menerbit dan mengedar karya-karya Pak Samad. Perjanjian akan ditandatangani selepas kami menyelesaikan perkara-perkara yang kecil.

Saya masih ingat sebab utama Wira Bukit ditubuhkan...

"Mengapa Wira Bukit? Mudah, memelihara karya-karya Pak Samad. Itu saja."

Dan saya kira dengan perkembangan ini, kami (PTS dan Wira Bukit) membawa karya-karya Pak Samad ke satu aras yang saya kira belum diterokai tetapi saya tahu ia sangat cerah, insyaAllah.

Oh ya, pejabat baru Wira Bukit adalah:

No. 12
Jalan DBP
Dolomite Business Park
68100 Batu Caves,
Selangor.

Ya, kami di PTS agar segalanya berjalan lancar dan WB boleh menerokai ruang-ruang yang lain.

Kampung Buku...

Perkembangan terkini tentang Kampung Buku Malaysia Melaka boleh dilayari di:

http://www.bookvillage.com.my/

Semoga Kerajaan Negeri Melaka terus memperkasakannya.

Halal...

Saya selalu ingatkan diri betapa pendapatan dari saluran yang halal itu penting. Biar kekurangan itu dan ini kerana agak terhad pendapatan dari serba mencukupi, malah berlebihan pula dengan itu dan ini yang sebenarnya tidak saya perlukan.

Manusia kini memandang wang, harta dan pangkat. Tidak mengira puncanya. Itu semua boleh ditutup oleh wang, harta dan pangkat.

Mungkin kita lupa agaknya, itu semua akan dipersoal satu persatu bila tamat tempoh hidup kita.

Tapi, mungkin saja itu tidak mahu diingatnya kerana di dunia ini, manusia memandang tinggi pada wang, harta dan pangkat. Itu yang penting bukan?

Tok Guru...

Dulu Tok Guru selalu ingatkan tentang kisah diri yang tiada dan ada...

Ini tidak banyak difahami manusia sehinggalah dunia komputer wujud dengan sistem perduaan (binary) 0 dan 1.

Dan dunia kagum. Dunia mula memahami...hanya 0 dan 1 mengenalkan kita kepada satu dunia yang baru yang seakan tiada sempadan...

Hari Raya 3.0...

Dulu di Perlis...

Budak beraya: Assalamualaikum! Ini rumah Melayu ke Siam?

Hari Raya 2.0...

Budak beraya: Assalamualaikum...
Saya: W'salam. Marilah masuk...
Budak beraya: Tak apa...
Saya: Tak nak makan?
Budak beraya: Tak apa...
Saya: Habis tu nak apa?
Budak beraya: Hehehe...

Hehehe = $$$

Hari Raya...

Beberapa hari yang lalu...

Budak beraya: Assalamualaikum!
Bibik: W'salam.
Budak beraya: Kami nak raya...
Bibik: Tuan rumah tak ada...
Budak beraya: Kami nak raya...
Bibik: Tuan rumah tak ada...
Budak beraya: Kami tak kira. Kami nak beraya. Kami tunggu sini sampai buka pintu...

Bibik tutup pintu...

Generasi X...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Maaf zahir dan batin.

Pilih Bulu...

Ada cabang dari satu parti politik meminta siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya diberi keutamaan supaya semua tertuduh dapat dihadapkan ke mahkamah dengan segera.

Selama ini adakah kes-kes pembunuhan yang ada tidak diberi keutamaan? Atau keutamaan hanya diberi kepada yang kaya dan terkenal saja?

Politik...

Gunung Berapi...

Mula-mula poster nombor-nombor telefon "Ah Long" menghiasi papan-papan tanda, dinding, pokok dan apa saja yang boleh dilekatkan di merata bandar.

Kini nampaknya ada satu "trend" terkini - urut dan ubat kuat (untuk lelaki).

Yang paling saya teruja adalah urut "volcano" dan urut "honey".

Saya telefon...

Saya: Hello...
Perempuan: Hello...
Saya: Ini urut volcano macam mana?
Perempuan: Oooo itu nanti ada pelempuan cantik ulut sama lu sampai lu cum la...
Saya: Oooo itu macam...
Perempuan: You mahu ka? Satu jam 150. Satu hali...

Saya salahkan orang perempuan kerana tidak "jaga" lakinya dengan betul dalam perkara ini...hahahaha :p

Hantu Raya...

Raya kali ini saya sedar (mungkin kerana terlalu banyak masa sendirian) selain Siti dan Nabil yang berkumandang ke udara setiap hari, filem seram juga begitu, malah mungkin saja lebih.

Ini agaknya citarasa masyarakat terkini.

Suara hati...

Terdengar...

Setengah diriku dibawa pergi ke utara, setengah lagi ke selatan...jadi aku yang di tengah ini apa sebenarnya kini?

Jiwa...

Gila,

jiwa ini yang penuh dengan kasih dan sayang,
tetapi bekas yang mahu dicurahkan disekat...sekat...sekat...

Apakah manusia benar-benar sudah gila kerana mahu menyekat sesuatu yang suci itu?

Santai...

Seperkara yang agak mengecewakan dalam situasi saya kini adalah sikap orang-orang yang dulunya bernama kawan, tetapi kini berjalan bersebelahan pun macam saya tidak wujud...

Manusia memang begitu bukan? Senang "ok". Bila bermasalah "ko" dan mengambil sikap berpihak sedangkan itu tidak perlu.

Saya "cool"...saya perlu begitu untuk diri saya dan mereka yang saya sayangi.

Ramadan benar menayangkan sikap manusia sekeliling saya.

Saman...

Bila keputusan mahkamah memihak kepada mereka - keadilan dan kebenaran berlaku.

Bila tidak - kecuaian peguam.

Terima hakikat kelemahan diri-sendiri...

Orang tua itu...

Terbaca di akhbar tentang semakin ramai orang Melayu ditempatkan di rumah orang tua dengan pelbagai sebab.

Ini benar menggambarkan tentang ke mana arah bangsa saya kini dan akan datang bukan?

63660...

Saya terima sms ini tadi:

RM0 lama tak kena 4D? nombor yg beli lama tak naik? Htr ON TIPS ke 39883 ! Sifu 4D hebat bagi nombor bocor tepat utk anda! 95% win! MYIT 0380615556 OUT 2 optout

Perlu saya katakan lagi tentang betapa kita terlalu mahu/dipaksa menjaga hati orang lain, tetapi dalam masa yang sama kita seolah dipermainkan?

Sendiri...

Masalahnya bila bersendirian adalah bisikan-bisikan yang didengari...tidak tahu samada ia dari hati atau si durjana.

Kisah Vagran I...

Tidak lama dahulu ada seorang kawan yang dengan sekelip mata menjadi vagran. Dia hilang hampir segalanya kecuali kereta dan akalnya - yang entah berapa kali meniti garisan antara waras dan tidak.

Dia bercerita, hari pertama dia menjadi vagran, dia tidur dalam keretanya berhampiran 7/11 sekitar kawasan perumahan kediamannya. Terkadang teresak mengenang nasib dan juga anak. Mencari di mana ia bermula dan juga bagaimana ia akan berakhir. Sebaik subuh, dia mencari masjid luar kariahnya (kerana tidak mahu dikenali), mandi dan selepas itu berjemaah.

Sebaik terbitnya matahari, dia pergi menemui anaknya. Tidak difahaminya kenapa dia begitu rindu kepada anaknya itu walaupun baru sehari tidak bertemu. Dan apabila tiba masanya, dia dengan berat hari pergi dan kitaran itu lengkap.

Ini berulang buat seketika hingga...

Dia pernah bertanya, berulang juga kenapa saat dia begitu insan-insan yang bernama kawan seakan tidak mengenalinya dan yang sedarah pula menganggap ia menyusahkan erti kata lain dia bagai seorang pariah atau berpenyakit yang berjangkit. Apa yang dimahukannya adalah sedikit "rasa" dan simpati untuk menguatkan api jiwa yang malap. Dia mahukan kata-kata yang meniupkan angin menyejukkan ruang yang rimas atau sinaran yang menyuluh kegelapannya itu. Itu tidak berlaku. Mereka seakan ingat dia itu tiada hati atau jiwa atau bukan manusia walhal dia merasai kesakitan pedih luka di jiwa dan hatinya itu.

Saya tersenyum tawar bila mengenang dan hanya mampu berdoa. Saya tidak tahu bagaimana ia berakhir kerana ia masih bercerita, tetapi saya pasti ia satu dua atau lebih pengajaran...

Rumah itu bagai syurga di dunia ini. Vagran?

Gratis...

Prolog manusia semuanya gratis - perlu usaha sendiri - hinggalah manusia belajar berdagang.

Ramadan...

Ramadan kali ini saya diduga lagi...

Dalam kekalutan, saya ditunjukkan satu persatu betapa manusia yang dibawah sentiasa akan dipandang rendah, dipersalahkan dan disuruh jadi anak yang jantan - perit tapi tepat.

Saya terima itu semua. Ini masalah saya. Saya yang meletakkan diri saya di sini walaupun suatu masa dahulu saya pernah dipinggir, dibiar setengah jalan semasa cuba mencari ilmu dan terpaksa melalui hidup ini dengan handikap. Membina kehidupan sebegini akan sentiasa dibayangi sebelah yang kabur itu (handikap), namun saya teruskan juga kerana kehidupan ini satu anugerah.

Benar rasa seperti dikhianati semua, namun saya tahu ini mainan rasa hati dari diri yang kecewa. Segala pengorbanan dan kesetiaan tidak bermakna. Ia hanya perlu ditelan oleh hanya satu kesilapan., dan kerana itulah juga saya sedar dan bersyukur: Antara sesama insan kita mampu saja melenyapkan segala pengorbanan dan kesetiaan itu dengan satu titik hitam, tetapi Allah tidak begitu.

Maha Sucinya Engkau...

Rupanya...patutlah...

"It's not what you know, it's who you know..."

Saya kira kata hikmah ini seakan memperlekehkan ilmu. Ia juga menyatakan ada jalan singkat - tidak perlu usaha yang keras. Tidak perlu berpeluh, kecuali jika memang kadar metabolik itu tinggi atau hawa dingin rosak pada hari yang panas.

Ramai yang saya temui atau terdengar di kafe-kafe (bab terdengar ini perlu saya kikis) menyatakan mereka langgani kata hikmah sebegini. Jika hendak kaya, pangkat atau capai cita duniawi anda perlu kenal seseorang yang penting - atau line baik. Tidak kira samada anda layak atau sebaliknya. Seseorang atau line itu menentukan nasib anda, sedangkan jauh dalam lubuk hati sudah ada terpahat ini tidak benar.

B: Susahlah sekarang. Bisnes lembab!
A: Itulah kau. Hendak bisnes tapi tak tahu bisnes. Kau kena ada line!
B: Kau tolonglah aku.
A: Ok, aku ada line, tapi bukan bisnes kau. Ini projek...
B: Tapi aku tak tahu apa tentang...
A: Jangan risau. Aku bagi details, kau buat kertas kerja. Kau pandailah pusing. Nanti aku uruskan. Aku kenal bla bla bla. Tak ada hal, tapi jangan lupa bahagian aku.
B: Cantik.
A: Ok begini...