Bisik Warna
lidah yang berkata;
hajat yang tercantik
luluh sufi tercinta.
*****
Yang bulat mengalir sendiri;
yang digerak hanya persegi.
A. Samad Said
Bisik Warna
Saya sokong, kalau...

Kalau saya dituduh "bodoh" atau mahu meranapkan bangsa sendiri kerana membantah PPSMI, biarlah. Saya terima. Lagipun saya hanya seorang insan yang lemah dan tidak sempurna. Saya ada nafsu dan saya boleh emosional.
Anak-anak (yang membesar dengan persekitaran bahasa ibundanya sendiri) yang kini terhalang menimba ilmu, mempersenda perlembagaan, manipulasi markah kelulusan, kajian-kajian yang telah dilakukan semuanya tidak penting asalkan:
"...mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita."
"Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang". - (Walaupun kita terpaksa memperjudikan masa depan segolongan anak-anak orang yang "lain"?.)
Mungkin...oh, jadinya semua ini hanya mungkin dan judi? Mengapa tidak saja beri jaminan ia akan berjaya dan tiada "anak-anak" orang yang akan teraniaya? Kalau jamin, saya sokong!
Khianat...
Cik A: kalau betul nak improve kan budak punya english
Cik A: maths and science in english is not the answer
Cik A: sebab bahasa dia cuma technical sahaja
Cik A: dan juga you tak akan pandai bahasa inggeris dengan belajar maths and science
Cik A: markah lulus maths and science sgt rendah
Cik A: because dia nak bagi nampak benda ni it's a good thing
Cik A: markah peperiksaan sentiasa dimanipulasikan
Cik A: tak kira maths and science pun
Cik A: sebab itu lembaga peperiksaan tidak pernah bagitau cikgu2 apa dia orang punya grading system
Cik A: even exam markers pun tak tahu
Cik A: kita org cuma mark sahaja
Cik A: grading system is an official secret
Cik A: let me tell you one thing
Cik A: kalau budak tu hari2 u ngajar dia
Cik A: u tahu dia macam mana
Cik A: dan u tau dia ni memang bukan A student
Cik A: tiba2 dia dapat A
Cik A: memang la u akan kata there's something wrong with the grading system
Cik A: even the marking is very lenient
Cik A: they ensure high grades by being very lenient in the marks and also by lowering down the grading system
Cik A: i have taught in a kampung school pakcik
Cik A: i know how the students are like
Cik A: like i said before
Cik A: you can't improve your english by studying it in maths and science.
Mengapa sampai sanggup memanipulasi markah? Bukankah itu satu pengkhianatan kepada bangsa?
*Jadi cerita-cerita tentang manipulasi markah ini semakin menjadi kenyataan...Ahli-ahli parlimen harus tanya tentang perkara ini dan tuntut untuk meneliti sendiri kertas-kertas peperiksaan yang lalu...
Kelas tambahan...
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/PDF/Math-Science%20Report
atau
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Rencana/20090303223151/Article
Terdesak..
Itu semua adat. Saya terima walaupun mereka tidak mengenali Pak Samad sebagaimana saya mengenalinya.
Pak Samad ikhlas dalam perjuangannya. Itu sesuatu yang mahu dia lakukan dengan rela hati. Dan dia konsisten dalam menyatakan bantahannya tentang perkara ini.
Kita telah lihat Pak Samad berhenti dari NST dua tahun sebelum pencen dan melepaskan segala yang bakal diterimanya bila bersara hanya kerana tidak mahu tunduk pada orang politik - mampukah anda lakukan itu? - Baca "Wira Bukit" yang teaternya dihentikan oleh pihak berkuasa setelah beberapa hari pementasannya.
Kita telah lihat bagaimana Pak Samad mahu hidup dengan hanya menulis sepenuh masa. Kita lihat dia mogok seni hanya kerana menuntut haknya (royalti) yang disekat-sekat atau lambat diproses dalam dunia birokrasi. Mampukah anda lakukannya?
Pak Samad tiada almari yang penuh pakaian. Dia dengan beg gantungnya yang lusuh dan terkadang ahli keluarganya perlu membelikan pakaian dan kasut baru hanya kerana resah melihat dia.
Tahukah anda berapa ramai anak-anak yang ditanggung pelajaran dan kehidupan mereka? Saya hilang kiraan. Ramai yang berjaya kini dan sedikit pun dia tidak minta balasan.
Saya kenal bapa saya. Dia tidak "material" seperti kita. Pernah ke rumah Pak Samad?
Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah kebanyakkan anda tidak kenal, tidak mahu kenal atau saja buta hati kerana nafsu.
Ingin saya bertanya kepada pejuang PSSMI, berhujahlah dengan berhemah - tidak perlu terdesak hingga menyerang peribadi seseorang.
*Dan Pak Samad tidak diperalatkan oleh pembangkang. Dia tidak setuju dengan dasar kerajaan dan tentunya dia tidak diberi ruang dalam pentas kerajaan dalam menyatakan protesnya - bukankah ramai bloggers lahir atas sebab ini juga? Baca juga "Suara Dari Dinding Dewan". Pak Samad sudah memprotes dari 2003 lagi. Jadi janganlah fitnah kata baru kini Pak Samad protes.

p/s: Ustaz Azhar, saya doakan kesejahteraan bagi anda sekeluarga. Ini ikhlas dan bukan perli ataupun ada niat jahat.
Mengapa bangsa sendiri sanggup khianat?
On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.
(UNESCO 1951:691)
Mengapa mereka hendak "bodohkan" dan "menyekat" peluang belajar anak-anak bangsa kita?
Saya ingat semasa kami (anak-anak Melayu) dipanggil pihak sekolah seminggu dua sebelum SRP. Kami diberi penerangan tentang Sekolah Vokasional. Kehidupan di sekolah tidak lagi sama. Kami seakan "disusahkan" dengan pelbagai perkara. Ramai diantara kami mula "benci". Sebaik selepas mendapat keputusan SRP, kami sekali lagi dipanggil dan diberi borang permohonan ke Sekolah Vokasional. Ramai yang memohon - walaupun ramai di antara kami mendapat "A".
Kehidupan di Sekolah Vokasional...tidak payahlah saya beritahu. Kita tahu Sekolah Vokasional untuk mereka yang gagal...
Kini anak-anak bangsa kita "ditekan" lagi...mengapa?
*Sekolah saya dahulu, La Salle PJ.
Ali...
Saya masih ingat semasa ke rumah terbuka Encik Zaharin beberapa bulan yang lalu - Ali mengejar dua ekor anjing! Pada mulanya anjing-anjing itu menyalak kepadanya, tetapi Ali terus berlari ke arah mereka. Agaknya mereka pelik lantas lari...Ali menangis bila mereka lari meninggalkannya.Saya mahu percaya...
Alhamdullillah...
Saya cuma menantikan surat rasminya.
Terima kasih kepada semua yang mempercayai dan menyokong perjuangan "kecil" ini. Terima kasih juga kepada DBP.
*Tandatangan anda semua akan saya saya abadikan dalam "Bisik Warna"...
Mengapa manusia,,,
Mungkinkah saya berbuat begitu jika tidak kerana keluarga? Apalagi dengan kerusi yang empuk, pendingin, internet dan bebas ke mana saja...
Sesetengah dilahirkan berjihad sepertinya. Tidak mungkin saya mengikuti jejaknya...saya cuma cemburu, tetapi berdoa atas kesejahteraannya.
Terbaca di sebuah blog.
Mengapa sesetengah manusia begitu tidak berhati perut? Berkata apa saja. Syak apa saja. Melayani hawa nafsu tanpa langsung mahu berfikir?Syed Abdul Hadi bagai adik kepada saya. Semoga dilindungi dan dipermudahkan kerjanya.
Cerita lama...

Saya agak terkejut apabila disapa seorang tua dan kami mula berbual. Dia berbangsa yahudi ortodoks - tuan punya kedai "donut" itu.
Banyak yang saya pelajari darinya.
www.nkusa.org
Kata...
2009, satu permulaan yang tidak begitu baik buat saya.Mengapa?
Saya sangat pegang pada "kata" - erti kata lain janji. Saya telah meletakkan Wira Bukit dalam situasi sempit kerana pegangan saya ini.
Saya mahu mereka fahami, dalam perniagaan "janji" itu penting. Kepercayaan terbina dengan janji yang di kota.Saya tidak akan meletakkan Wira Bukit dalam situasi sebegini lagi...percayalah.
Hampir sebulan menyepi...saya mula menilai erti kehidupan ini...
Esok lusa entri Ali ya!
Minggu depan lihat pejabat WB!














