header-photo

John

Ini John. Dia "alpha male". Dia berperanan. Dia diperlukan. Maksud saya bakanya.

Walaupun dia seekor kambing, rezekinya sungguh melimpah!

"Isteri-isteri"nya buat masa ini ada seramai 15 dan tuannya sedang mencari lagi 10 untuknya.

Ini rumah "John". Walaupun beristeri 15 (tidak lama lagi tambah 10), dia tiada masalah. Semuanya tinggal sebumbung.

Kadang-kadang beruntung jadi kambing!

Tiada siapa perlu dipujuk rayu
Tiada borang nak isi
tempat tinggal tersedia
makan minum terjaga
zuriatnya bertambah
tuannya tersenyum
dan aku...

Aku suka makan "lamb chop"!

3 reaksi:

Unknown said...

Sdr Helmy,

Bunyi macam cemburu je.
Teringin nak jadi John ke? ;)

Unknown said...

Salam JR.

Hahahaha memang. Semasa dalam "rumah" John, saya sempat berkata kepadanya, "Beruntung kau dude!"

John jawab, "Mbekkkkk..."

Namun, kita bukan kambing JR...manalah larat layan sebegitu ramai "isteri". Apalagi berlaku adil dan hidup damai sebumbung.

Tapi, memang saya suka makan "lamb chop"!!!

p/s: Saya cemburu juga dengan penggembaraan anda ke tanah seberang!

rahmat haron said...

ha..ha...aku ingat mungkin sebab bau badan aku kot...mcm John

terima kasih bro.

p/s aku baru lepas mandi