header-photo

Karnival Gerak Baca 2007

Sudah tiga hari Pak Samad menghadiri Karnival Gerak Baca 2007 anjuran MBKM, KPM, PNM dan KeKKWa.

Hari pertama dan kedua Pak Samad memenuhi jemputan rasmi - dia sempat membisikkan tentang buku-buku sastera Melayu dan mendapat respon "positif" dari Pak Menteri dan mereka yang bertanggungjawab.

Saya berdoa ini benar-benar "positif"...

Hari ketiga lebih merupakan acara "santai" di mana Pak Samad bersantai di ruang PTS yang menjadi pengedar buku-bukunya yang diterbitkan oleh Wirabukit.

Sambutan menggalakkan dan perancangan awal untuk bersantai selama sejam dua berakhir setelah lebih tiga jam. Pak Samad "tersedar" apabila perutnya merungut.

Maaf Pak, saya sengaja membiarkan sehingga bapak "sedar"...

Selain menandatangani buku-buku dan bergambar dengan peminat, dia sempat berbual dengan orang kuat PTS - Encik Arief dan Encik Zaharin. Banyak juga input positif yang diterima.

Dalam perjalanan pulang, dia mengingatkan saya, "Jaga mereka dan beri kerjasama yang termampu...".

InsyaAllah!

8 reaksi:

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Helmy,

Saya pun memang selalu peringatkan tim PTS supaya jaga baik-baik bisnes partners PTS. Kita cari makan sama-sama, makan pun kita mesti sama-sama makan. Buat bisnes, jangan tamak! Nanti pendek rezeki... WBSB itu buah hati saya, sebab ia berani membuktikan apa yang dikatakan mustahil sebenarnya tidak mustahil. Siapa kata buku sastera tidak laku?

Puan Ainon Mohd. said...

...sambung

Pasaran sastera kanak-kanak dan remaja sedang berkembang dengan cantik sekali. Tolong tambah judul sastera remaja WBSB 5 kali lipat!

Unknown said...

Salam.

Ibu Ainon,

satu hari satu malam saya tak dapat tidur...

Pak Samad ada 8 + 1 (sedang menyiapkannya) novel kanak-kanak & remaja. Tahun ini kami terbit 5...tinggal empat dan bagi tolak campur kali macamana pun tak boleh 5 kali lipat...kecuali...

hehehehe

Puan Ainon Mohd. said...

Anak Pak Samad ada berapa novel kanak-kanak ataupun novel remaja?

Nama anak Pak Samad itu pun ada nilai sasteranya. Sama nilai dengan brand 'Salina'!!

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam Ibu Ainon,

anak-anak Pak Samad mana "reti" tulis novel?

"fenin lalat"lah saya dibuatnya...

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Helmy,

Tulis 'fuisi syinta-lah'!

Unknown said...

Aku pernah merasakan bahawa kisah cintaku itu paling agung,
hingga satu hari dapatku rasakan nafas ini menggetar jantung
dan aku tertunduk malu, mengenang
cinta Kau yang Maha Agung!