Saya mula kenali Doberman bila saya berumur sekitar sebelas tahun. Waktu itu kami menetap di Taman Tan Yew Lai, Puchong.
Saya agak nakal waktu itu dan setiap petang selepas mengaji, saya akan "hilang" bersama Kamal - kawan baik saya waktu itu. Kami akan meredah bukit-bukit (baca "Bendera di atas Bukit" - A. Samad Said), menangkap ular hijau, mencari pokok ceri - buah masak dimakan, yang muda dijadikan peluru (untuk senapang lastik) atau hanya bersiar sekitar taman menaiki basikal Raleigh kami. Kami juga akan "turun" (Taman Tan Yew Lai di atas bukit) ke simpang masuk taman dan menikmati laksa yang sehingga kini masih belum saya jumpa dapat menandingi laksa Pakcik Man - arwah agaknya.
Namun kehadiran seekor Doberman milik jiran berdekatan mula mengganggu aktiviti kami. Entah mengapa tuannya sering melepaskannya bebas dan Doberman ini akan menyalak dan mengejar kami bila berkesempatan.
Saya sudah bosan dan kemarahan yang timbul memberanikan saya. Satu hari selepas saya balik mengaji, saya terserempak dengan Doberman ini. Dia memandang saya dan terserlah gigi-giginya yang tajam itu. Saya jadi marah waktu itu dan bertekad untuk menyelesaikannya. Saya mencabut sebatang kayu yang digunakan di kebun kecil hadapan rumah - haha saya dimarahi Makcik Zainab selepas itu kerana pokok kacang panjangnya sedikit rosak - dan terus menjerit dengan kayu di tangan (bila menonton Braveheart saya rasa Mel Gibson tiru saya). Doberman itu terus meluru macam peluru ke arah saya - ah rupanya dia terangsang! Saya pasti saya terkencing dalam seluar waktu itu, tetapi entah mengapa dan kenapa, hampir sedepa dia berhenti. Memandang saya sekitar 10-20 saat (tapi waktu itu saya rasa seperti 10-20 jam!) dan...dia pusing dan lari balik.
Itu kali terakhir kami lihat Doberman itu...
Kamal - Aku rasa kau ada powerlah Mi... Aku - Betul ke? Kamal - Mesti punya. Kalau tak takan anjing tu lari. Sampai la ni tak nampak! Aku - Aku pun pikir gitu. Hari tu Tok Su ada baca-baca dan tiup kat kepala aku. Kamal - Haaaa betul laaaa!!!
Hahahaha sebulan dua selepas itu baru aku tahu - mak aku kata Makcik Nab nampak kejadian itu dan jiran-jiran sepakat pergi mengadu kepada tuan punya anjing tu.....tapi aku tak pernah beritahu Kamal...
Alangkah hebatnya jika kerajaan dengar dan ikut saranan Ibu Ainon (dalam RTM 1 tadi) dan beri ITNM bajet satu billion setahun untuk kerja-kerja terjemahan.
Ah...mana bulan malam ini?
*Terdengar pula suara ghaib yang berkata, "Malammmm sikit..."
Sor...sor... Di tangannya seekor Apatosaurus. Sor...sor... Pandangannya melekat di tv. Sor...uhuk uhuk uhuk...sor... Kepala Apatosaurus dalam mulutnya. Sor...uhuk...uhuk...sor... Dia tersedak. Sedikit makanan yang disuap meleleh dari mulutnya. Sor...sor... Aku hanya senyum menggeleng.
Dulu masa saya berambut panjang, berkemeja bunga, berseluar ketat di atas tetapi kembang di bawah menutupi but (alaaa ini zaman Saturday Night Fever laaaa) dan sedang makan steamboat roda tiga depan Pertama Kompleks bersama beberapa member...
Kodok! Hah? Mana? Tuuuuuu...(amboi bukan main panjang muncung member saya yang selekeh dengan sos masa tu). Phewittttt phewitttt... Masa tu memang kita orang panggil kodok begitu!
Saya: Ya... Dia: Ello bang, apa salah saya? Saya: Huh? Dia: Apa salah saya? Saya: Salah apa? Dia: Sampai bang marah saya? Saya: Marah? Dia: Dalam emel, abang kata saya babi... Saya: Babi? Dia: Ya, babi. Saya: Mana ada? Dia: Ada. Saya: Emel yang mana satu? Dia: Semalam. Saya: Semalam? Mana ada saya kata awak babi? Dia: Ada...
Saya mencari kewarasan dan pemahaman dalam kelembapan dan kecelaruan otak yang dikejutkan diawal pagi...
Dia: ello.... Saya: Ya... Dia: Apa salah saya bang? Saya: Sila baca Bab satu... Dia: Bab satu? Saya: Ya, bab satu, bukan babi...(walaupun dalam hati terkata "babi" kerana bengang). Salam.
Bisik Warna lahir akhir tahun 2008. Urusan penerbitannya merangkak dan tersangkak oleh beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Saya benar gelisah dan kecewa. Beberapa perkara yang tidak terduga berlaku menghimpit Wira Bukit.
Dalam golakkan, saya teringatkan ITNM. Lantas saudara Anuar Manshor saya hubungi - melalui Facebook. Kini Bisik Warna sedang dicetak - cuma saya kecewa sedikit kerana bertindak lewat.
Kalau ada satu badan kerajaan yang terlibat dengan dunia penerbitan buku, ITNM adalah sebuah badan yang paling efektif - buat masa ini, pada saya.
Mengapa? Senang. Berurusan dengan ITNM seperti jalan bersantai di taman. Mereka tidak banyak karenah dan berkira - kata lain, "red tape" kalau wujudpun tidak saya sedari. Sebagai sebuah syarikat penerbitan yang kecil, jalan yang dibuat dan ambil oleh ITNM ini bagai sinaran yang menyuburkan dan memberi harapan.
Saya sedar, ini semua bergantung kepada orang yang menerajuinya. Saya berterima kasih kepada Encik Mohd Khair dan anak-anak buahnya dalam usaha mereka dalam perkara ini.
Saya tidak sabar untuk meneruskan kerjasama dengan mereka lagi. Saya juga tidak sabar untuk menguji jalan-jalan yang dibuat dan diambil oleh badan-badan lain seperti...DBP.
Ini adalah penerbitan bersama antara Wira Bukit dan ITNM. Buku ini diterbitkan dalam dwi bahasa - BM dan BI. Saya cuma berdoa agar sempat siap untuk Pesta Buku Antarabangsa. Ini pula edisi yang ditempah oleh Axiata Berhad (TMI)
“Seorang muslim wajib mendengar dan taat (kepada pemimpin) baik dalam hal yang disukainya maupun hal yang dibencinya, kecuali bila ia diperintah untuk mengerjakan maksiat. Apabila ia diperintah untuk mengerjakan maksiat, maka ia tidak wajib mendengar dan taat.” [HR. Bukhari dan Muslim].
Di Atas Padang Sejarah
Antologi Puisi Perjuangan - Akan mula dijual akhir Februari 2013
Salina
Draf Akhir
Salina
Edisi Terhad
Salina
Naskhah Popular - kulit lembut
68 Soneta Pohon Ginkgo
RM40 Semenanjung Malaysia RM45 Sabah/Sarawak (Harga termasuk penghantaran melalui Poslaju) Setiap naskhah ditandatangani Pak Samad Emel: helmysamad@gmail.com untuk dapatkannya!