header-photo

kacau...


Akhir-akhir ini ada tiga kes penceraian dari pasangan yang saya kenal - rapat.

Samada penceraian ini sudah menjadi satu "trend" atau sememangnya terjadi kepada mereka disekitar saya saja - ya, kira saya "suwey"lah.

Saya benar rasakan nikah dan penceraian ini sudah menjadi perkara biasa. Terlalu biasa.

Benarkah perkahwinan itu hanya berdasarkan atas rasa kasih, sayang dan cinta saja?

Pernah terfikir tanggungjawab?

Pernah terfikir mengapa kita ada di dunia ini?

Jiwa saya "kacau". Mungkin "phobia". Saya telah melaluinya...

Saya doakan kesejahteraan buat mereka...

Sebelum & selepas...


Sebelum...12.20 pagi...







Selepas...

Berhati-hati di jalan raya...

Saya sedang santai dalam kereta. Masa itu di bahu jalan dekat Subang Parade. Anak saya masuk dalam beli "ice-blended" untuk neneknya.

Tiba-tiba ada ada kereta langgar pokok bersebelahan kereta saya. MyVi. Warna hitam. Tak ada pula saya nampak ada orang, motor, anjing atau kucing yang melintas. Pelik juga macam mana boleh naik "divider" dan langgar pokok?

Pemandunya terkial-kial keluar kereta. Wanita yang duduk bersebelahannya juga keluar.

Astagaaaa...saya nampak zip seluarnya terbuka luas...
*Ni gambar pokok yang malang itu. Maaf ya, kereta dan orangnya tak boleh siar. Itu mengaibkan...klik gambar untuk lihat tanda...
**Tapikan, mungkin juga zip seluarnya rosak akibat kemalangan itu kan?

Ali sepanjang ketiadaan saya...


Lebih seminggu saya tidak balik...








Sepanjang itu isteri saya akan menghantar gambar-gambarnya melalui mms...



Rindu saya semakin bergelora...







Berat setiap kali menerima gambarnya...dia di sana, saya di sini.




"Rumah" adalah di mana mereka yang tersayang berada...

Daerah Samad

Sana sini "naik"...tapi ada yang kena potong...

Akhir-akhir ini banyak perkara yang naik. Gaji kakitangan kerajaan yang naik "signal" untuk barangan lain naik juga...termasuklah air yang naik - banjir!

Tapi tak semua naik. Tahukah anda dalam kita mula menghargai mereka yang terlibat dalam dunia seni dengan pelbagai insentif, ada pihak tidak dihargai...

Akhir ini, karya Pak Samad ada tersiar dalam dua majalah terbitan "anda tahu siapa". Dahulu bayaran RM500, tapi kini kena potong - jadi RM300. Ini bukti yang nyata bahawa "anda tahu siapa" ini langsung tiada niat hendak memelihara dan menyuburkan dunia penulisan sastera. Pada saya, ini satu penghinaan. Pada saya, ini juga "signal" untuk Pak Samad dan saya memulakan proses pengambilan hak-hak terbitan karya yang masih "tersangkut" melalui jalan perundangan. Ini termasuklah kes "cetak rompak" Dosa Pejuang. Saya kira masyarakat patut tahu kes-kes sebegini. Jangan ingat yang "cetak rompak" itu "tokeh-tokeh" cd, vcd dan dvd saja. "Anda tahu siapa" pun boleh buat kerja begini!

Entah apalah yang hendak "anda tahu siapa" berjimat - jika ini kadar bayaran baru untuk hasil karya SN di majalah mereka. Ada berapa keratlah SN...

Aneh bukan cara mereka ini berfungsi?

Julai 2007

Set #1

Set #2


Sekelip, aku hilang bahasaku...

Kalau Hang Tuah masih ada mungkinkah dia "mengamuk" seperti Hang Jebat?
50 tahun merdeka, rupanya bangsa sendiri memotong lidahku ini.
Lepas ini apa pula yang dijual...

Oh lupa, tahniah buat PM! Berseri wajahnya di tv tadi! Alhamdullillah...

Tak apalah. Bangsa Malaysia, bahasa Malaysia...mungkin kini sains & matematik diajar dalam bahasa kita. Amacam, ada berani wahai bangsa Malaysia?

Ali @ 1 bulan


























Alhamdullillah, beratnya kini 3.5kg. Tiada lagi "jaundice". Saya resah tidak sabar menanti setiap Jumaat untuk ke Kangar, tetapi berat berduka setiap Ahad apabila hendak kembali ke KL.

Peace...

Saya ada seorang sahabat. Saya mengenalinya sudah lebih 20 tahun. Saya lihat bagaimana dia melalui kehidupannya selama itu. Dan, saya kira dia juga begitu terhadap saya.

Selama itu dia tidak pernah mengecewakan saya. Dia selalu di "situ" bila saya memerlukan seorang sahabat. Dan, saya juga cuba begitu terhadapnya.

Baru-baru ini sesuatu terjadi...

Sahabat: Aku dah berhenti minum dude...aku dah "tobat".
Aku: Alhamdullillah. Kau taubat bagaimana?
Sahabat: Kau kan tahu aku ni sembahyang pun tak tahu, jadi aku pergilah masjid.
Aku: Alhamdullillah...
Sahabat: Tapi kau tahu apa jadi? Aku jumpa imam, beritahunya niat aku dan dia...

Ini sering terjadi dalam masyarakat kita. Sahabat saya itu diperlekeh. Seorang imam boleh begitu terhadap seseorang yang sedang berada dalam jaluran keinsafan.

Sahabat saya ini dahulu diperlekeh ramai "sahabat" kerana sifat buruknya itu. Dia "minum", dia berjudi dan dia pengamal hidup bebas. Ramai yang kutuk dia. Ramai yang "mengelak" darinya. Saya juga dilabelkan satu kelab dengannya kerana selalu bersamanya.

Lihat tangan saya. "Sahabat" sejati saya boleh dikira sebelah tangan saja. Dan saya seorang yang setia pada sahabat. Saya tidak kira dia sekular atau atheis atau seorang yang kuat pegangan agamanya. Saya akan cuba pastikan saya "berada di situ" apabila diperlukan.

Dan dalam situasi sahabat saya ini, saya bersyukur dia sedar, dia insaf dan tidak dipengaruh seorang imam yang memperlekehnya.

Itu hampir setahun yang lalu. Minggu lalu kami bertemu. Wajahnya bercahaya! Kami duduk minum kopi mengimbas silam. Dia banyak berpesan padaku.

Dua hari lalu dia pergi (serangan jantung)...alfatihah buatmu wahai sahabat.

Jariku kini berlambangkan "peace" bila mengira "sahabat".

Lukisan & lakaran...

Selain menerbitkan buku, WBSB juga menguruskan lukisan dan lakaran Pak Samad.
Ini sebahagian yang akan dipamerkan dalam "Daerah Samad" di Galeri Petronas 12 Jun - 15 Jul ini.

Rutin mingguan.

Hampir setiap minggu saya ke Perlis. Perjalanan lebih 1,000km (pergi dan balik) itu memenatkan.

Ali yang lena sebelah malam hingga terpaksa dikejutkan untuk menyusu berjaga pula semasa saya ada. Jadi bayangkan, memandu hampir lima jam, berjaga malam dan dua hari kemudian memandu kembali ke KL.

Tidak, saya tak kisah. Saya suka berjaga malam dengan Ali - dapat saya bisikkan "rahsia-rahsia" lelaki padanya. Cuma, memandu balik ke KL itu satu perjalanan yang amat susah saya lakukan. Isteri dan Ali dalam ingatan...

Dan bila sampai KL, saya seakan "Zombie" (Kg. Pisang?) untuk sehari dua dan dalam kepala tidak henti menghitung hari untuk ke Perlis semula.

Rasa hendak naik kapalterbang. Saya mula mengira...

1. Dari rumah ke KLIA 45 minit - teksi RM65.00
2. Harus berada di KLIA sejam sebelum penerbangan - tiket RM70-RM129
3. Sejam lagi untuk tiba di Alor Setar.
4. 15-30 minit tunggu bag.
5. Teksi dari Alor Setar ke Kangar 45 minit RM60.00

Jumlah masa - 4 jam lebih...hampir sama jika memandu...dan kos pergi dan balik antara RM400-500.

Jika memandu minyak pergi dan balik hampir RM200.00. Tol dalam RM130.00 pergi dan balik.

Akhirnya saya naik bas. Tambang pergi dan balik RM66.00 (bas eksekutif). Tambang teksi dari Kota Damansara - Terminal Putra - Kota Damansara RM50.00...senang dan murah. Saya dapat tidur. Saya rasa "ringan" sikit - di kepala dan poket.

Oh ya, saya masih tahu salin lampin, mendodoi dan sediakan susu...ini perkara-perkara yang saya "suka" dan tidak sabar lakukan sebenarnya, walaupun berkali "ditembak" Ali...hahaha.

Selamat Hari Guru


Aneh, saya hanya boleh memikirkan tentang Mr. Gopal (Sekolah Rendah Sri Petaling - Petaling Jaya). Terima kasih cikgu!

Ali 2



Semalam...saya agak hiba...






Tadi pagi...sedikit kuning (jaundice)...







Tengahari...







Petang...







Petang tadi...









Lapar...








Selepas minum susu...

Ali


Ini Ali. Lahir (c-sec) pukul 8.40 pagi tadi. Berat 2.45kg. Dia terus di tempatkan di pusat rawatan rapi untuk pemerhatian lanjut kerana lahir 35 minggu.






Alhamdullillah dia dan ibunya selamat dan sihat.
Hidup kami kini bertukar landasan....

Pesta Buku 2007

Saya ke Pesta Buku tadi. Sebaik melangkah masuk, entah mengapa timbul rasa kecewa dan cemburu.

Saya rasa kecewa kerana WBSB tidak dapat menyertai pesta buku tahun ini disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Saya rasa cemburu kerana melihat penerbit dan pengedar buku mempamirkan produk mereka.

Saya sedar, berada di sini satu igauan buat saya.

Saya berterima kasih kepada PTS kerana dalam beribu produk, mereka beri ruang pada produk WBSB. "Bunting" produk 2007 WBSB pun mereka cetak sendiri.

Saya benar-benar rasa WBSB sepatutnya berada di sini! Ini satu kegagalan buat kami pada tahun ini...dan saya harap - dan berdoa - itu saja kegagalan kami sepanjang tahun ini.

Apapun, hidup tidak boleh statik. Tahun hadapan insyaAllah kami akan menyertainya. Kepala saya sedang berkira-kira dan sedang berangan menggambarkan bagaimana rupa gerai WBSB...

Jangan malu...

Kali terakhir saya melalui Karak adalah hampir dua tahun lalu - menuntut jenazah pakcik di hospital Mentakab. Ia satu perjalanan yang mahu saya lupakan. Jalan yang lebar berselekoh naik dan turun bukit itu mengambarkan rasa hati saya waktu itu - saya rasa gelisah, celaru dan sedih.

Tadi saya melalui sebahagian jalan itu...

Sebaik melalui pintu gerbang...
Saya: Kenal Puan Ainon?
Insan A: Jalan terus...

Selepas 5 minit...
Saya: Kenal Puan Ainon?
Insan B: Encik terus saja...

5 minit lagi di kedai persimpangan Y...
Saya: Saya cari rumah Puan Ainon...
Insan C: Ohhh encik terus saja. Tak sampai satu kilometer jumpa tanah lapang belah kanan. Ada tulis Semanggul kat pintu masuk...

Saya faham mengapa ibu Ainon terserlah setelah menghabiskan sedikit masa dengannya.

Dan, saya rasa apa yang menghantui selama ini terkubur.

Ada hikmah sebalik sesuatu kejadian...dan jangan malu bertanya jika tidak mahu sesat.

Kalau gagal...

Sesuatu sedang membakar diri saya dari dalam...

Ini sudah terlalu biasa dalam hidup ini. Terkadang rasa, terlalu!

Pernah ditanya apakah yang paling saya takuti apabila menjalankan perniagaan? Persaingan? PhD? Kena tipu? Tidak...apa yang paling saya takuti adalah diri ini sendiri. Saya takut lalai terbuai mimpi yang indah. Saya takut melanggari etika berniaga – jujur dan berdisiplin.

Senang menyalahkan yang lain selain diri sendiri apabila gagal dalam sesuatu, termasuk kehidupan.

Pernah saya menasihati seorang sahabat...
“Ini hidup aku! Dosa ke apa, aku yang tanggung, bukan kau! Dalam kubur pun...,” lebih kurang begitulah katanya. Marah!
Tapi, beberapa tahun selepas itu, “Aku kena tipu! Datuk ABC tu penipu! Ranap bisnes aku!”
Oh, bila gagal senang saja menyalahkan yang lainkan...dari diri sendiri.

Kita hanya merancang, Allah yang Maha Esa menentukannya. Begitulah apa yang membara dalam diri kini. Apa yang dirancang tidak semestinya terlaksana.

Perlu tenang...
Baru berfikir.

Kerana kalau gagal, ini semua salah saya....dan kelak sememangnya saya perlu menjawab dengan Dia.

Pancawarna

Pancawarna-Seni Rupa Kasih

(Semua buku terbitan WBSB dijual dengan diskaun & tawaran menarik pada malam ini!)

Masa...


Betulkah 1 hari = 24 jam? Seminggu = 7 hari? Sebulan = 30 Hari? Setahun = 365 hari? Mengapa masa begitu cepat berlalu? Adakah masa alam "ini" sedang mengejar masa alam "itu"? Dan, bila ia seiringan...

Satu perkara - saya tidak boleh duduk diam...ok, kecuali bila berhadapan dengan suasana santai...secawan kopi...sebuah buku...dan rokok (Merokok Membahayakan Kesihatan). Setiap tahun ada saja yang saya "godak"...

Dan akhirnya, 30 March lalu, Keledang siap. Saya sengaja "lewatkan" pengumumannya kerana hendak "mengambil" nafas. March satu bulan di mana saya tidak perasan apa yang berlaku. April mungkin sama...dengan Hari Buku Kanak-kanak Antarabangsa yang sedang berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda, Persiaran Bandaraya, Shah Alam, Acara Pak Samad di Galeri Pelita Hati, Perasmian Perkampungan Buku Malaysia di Melaka, Pesta Buku Antarabangsa...saya tahu penerbitan buku kanak-kanak 5 dalam 1 akan "lewat"....ah, sekurangnya ada yang "lewat" setelah hampir segalanya berlalu dengan cepat...

*Saya minta maaf jika ada jemputan yang tidak dapat dipenuhi dan urusan yang tersangkak. Selain aktiviti di atas, isteri saya sarat mengandung.

Satu Agama Yes, Satu Mazhab No...

Satu Agama Yes, Satu Mazhab No... - klik sini!