header-photo

Nasib badan...

Kalau di kampung ini semua tidak perlu, tapi di sini, hampir sepanjang masa terperap dalam kereta (jalan sesak) dan dalam pejabat (sendiri dan pelanggan), bila sampai rumah apa yang diidamkan adalah tilam dan bantal...

Lantas kerana itu agaknya, sang isteri agak risau dan menghadiahkan saya ini...
Saya malas...mana ada masa (sebab itu juga setahun sekali berjogging di taman...hehehe)! Tapi, hadiah ini seakan merangsang (motivate) dan apa yang harus saya lakukan adalah menjadikannya satu tabiat (habit)...ok lagi 6 bulan kepada semua rakan (lelaki saja) sila suruh saya tunjukkan perut saya ya (wanita, sila tengok perut suami ya!)...saya bercita hendak ada 6 packs...hahahaha!
Terima kasih isteriku...entah mengapa saya seakan terasa saham saya naik...tentunya nanti saya akan melaporkan pengalaman pertama saya...


Persidangan...

Semalam saya menghadiri satu persidangan. Persidangan ini antara sahabat-sahabat sahaja - yang sudah merasai kegagalan dalam perniagaan.
Ujang terlalu selamba tetapi terkadang berhati-hati. Hadi terlalu "merindui" abangnya - Ujang - dan sering mengimbas kembali silam.
Apa yang kami sidangkan?
Tunggu...2008 tentunya menarik.

Hujan oh hujan...




Setiap kali hujan, tingkat 4 tempat letak kereta kediaman saya banjir...tingkat 4 saja, aneh, tapi benar.

Dan aneh juga, situasi banjir di tingkat empat ini mengajar saya tentang sikap manusia yang aneh, tapi benar.




Dan, al-fatihah buat makcik Mun dan Auntie Sharifah yang telah pergi baru-baru ini. Moga ditempatkan dikalangan mereka yang beruntung...amin.

Luluhkan hatiku

Prolog

Dia kembali.

Dan hatinya membuka sebuah rahsia. Dia rasa rindu. Jiwanya bergelora. Wajahnya di mana-mana. Dimakan masa, dia rasa tersiksa. Kelamaan, dia rasa berdosa.

Mengapa?

Mengapa kau kembali?


Manchester United 2 Bayern Munich 1

Sepanjang hari dia tersenyum walaupun semalaman dia tidak tidur. Matanya merah. Kepalanya berat. Seharian mendung. Aneh, hatinya senang. Seharian dia tersenyum.

"Matamu merah. Kau nampak lesu. Tak sihat?"
Dia senyum.
"Tapi seharian kau tersenyum."
Senyum sambil tergeleng.
"Kenapa ni?"
"Tiada apa," masih tersenyum.
"Betul?"
"Benar...tiada apa. Cuma tak cukup tidur."
"Kau buat apa?"
"Tengok bola..."
"Huh," Lisa mencebik dan berlalu, tapi matanya menjeling, manja.


"Lisa...Lisa...Lisa...," bisik hatiku. Dia menoleh. Aku senyum. Dia juga begitu sebelum melangkah hilang dibalik pintu. Aku pasti, dialah yang kucari selama ini. Aku tahu dia mengetahui rasa hatiku ini. Tapi, rasa saja tidak mencukupi. Aku perlu memberitahunya. Dia perlu dengar kata-kata hatiku ini. Kata-kata yang semakin hari semakin panjang, tapi bila disatukan..."Aku cinta padamu Lisa," semudah itu bila sendirian sebegini, tetapi entah mengapa, semakin dicuba semakin susah diluahkan bila dia di depanku. Dia benar melumpuhkanku.


Lisa

1983 Lisa dilahirkan. Aku ingat waktu itu. Aku benar teruja olehnya. Dunia komputer juga begitu. Namun, hayatnya tidak lama. Tiga tahun selepas itu Apple berhenti menjualnya. Ia tidaklah seindah namanya itu. Meletakkan nama wanita pada komputer adalah satu kesilapan. Komputer boleh diramal dan dibaca, wanita tidak.

Lisa lahir tahun Apple melancarkan komputernya yang tercanggih waktu itu - Lisa. Aku berumur 20 tahun waktu itu dan menuntut di sebuah institusi pengajian di Shah Alam dalam bidang pengurusan.

Aku duduk atas tangga melihat sebahagian Shah Alam. Aku senang begini setiap kali tamat kuliah petang. Angin agak menderu di waktu begini dan aku tidak begitu ambil kira tentang mereka yang berlalu turun naik tangga.

"Hoi Man, mengelamun tentang Lisa ya?"
Aku tersentak. Menoleh, "Heiii, kau ni. Nasib aku tak kena heart attack!"
Amin ketawa dan terus duduk sebelahku. "Kau tahu Man, aku rasa satu hari ada yang terlanggar kau dan jatuh tergolek kat tangga ni."
Kami ketawa.
"Hana mana?"
"Mana aku tau? Belum habis lagi kot?"
"Kau ni Man...terkadang aku rasa kau lebih menyayangi Lisa dari Hana!"
Kami ketawa lagi.
"Itu sesuatu yang tak mungkin aku miliki Min. Mana aku mampu. Belek majalah dan bila ke Kuala Lumpur aku tengok sajalah kat kedai komputer tu. Dapat pegang keyboard pun jadilah."
"Hana?"
"Hana?"
"Hana bagaimana?"
"Bagaimana apa?"
"Kau miliki?"
"Aduhhhh ke sana rupanya kau. Min, aku kawan saja dengan dia. Tak fikir langsung tentang itu?"
"Betulkah?"
"Betul...," aku menipu sebenarnya.
Ketawa lagi. Kali ini lebih kuat.
"Eh, jom turun padang!"
"Ok juga tu. Jom..."

Petang itu, kami duduk bersandar di tepi padang...melihat puteri-puteri bermain bola jaring...

Dua tahun selepas itu, Amin dan Nurhana berkahwin.

Aku duduk di tangga mengadap padang "putih" di Universiti Lancaster dengan angin dingin mengigit-gigit muka. Aku rasa kosong...kosong seperti padang bersalji itu. Aku tidak tahu samada berita itu atau salji yang turun itu melalikan aku...


Ibu

"Man tak mahu balik ke?" tanya ibu.
Aku tergamam
. Menelefon ibu satu kesilapan. Berkali mengelak, tapi entah mengapa wajah ibu sering dalam ingatan. Ini satu rasa yang tidak mahu aku rasa - aku benar-benar merinduinya. Hampir sepuluh tahun di kota London. Aku fikir apa di tanahair telah aku lupakan. Aku silap. Aku masih tidak mampu mengikisnya dari hatiku ini...ibu...entah mengapa, akhir-akhir ini ibu begitu dominan dalam kepalaku dan rasaku ini.
"Man...Man.."
"Ada ni...ibu sihat?"
"Bila Man nak balik?" desak ibunya lagi.
"Ibu.."
"Baliklah Man...ibu rindu..."
"Ibu, Man juga...,"mataku berair. Jiwaku mendung. Hatiku luluh. Mengapa aku menelefonnya? Mengapa?
"Baliklah Man," dia teresak. "Ibu merinduimu. Baliklah Man..."

Luluh...

Dua minggu selepas itu aku pulang ke tanahair.

Aneh, dalam perjalanan aku terfikir tentangnya. Hana, bagaimana dia kini?

bersambung...


Sendirian...

Bersendirian pada malam raya bukanlah sesuatu yang mahu saya ulangi dalam kehidupan ini. Dengan takbir bergema, saya benar rasa rumah ini terlalu sunyi. Isteri dan Ali sudah balik kampung. Firdaus di rumah neneknya...

1. Firdaus (anak sulung saya) benar menguji saya tadi. Duduk bersebelahan dalam kereta, jantung saya berdegup pantas dan saya rasa cemas. Mulut saya tidak henti menasihati. Dia nampak selamba saja memandu. Rasa macam tidak jadi meminjamkan kereta kepadanya...tapi saya perlu memberi kepercayaan kepadanya...Ya Allah lindungilah dia...

2. Saya keluar mencari kedai mamak sebentar tadi (1.30 pagi) - lapar! Hampir satu Kota Damansara saya pusing. Semua tutup. Akhirnya terjumpa - di Damansara Perdana. Kedai hampir penuh. Sedang saya menikmati roti "banjir", saya sedar, saya seorang saja yang berbangsa Melayu. Mana yang lain?

Tak sabar menanti esok...sekurangnya kali ini dapat juga saya berhari raya dengan keluarga saya dan isteri pada hari raya pertama.

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!

Sahabat "gila" 2.0

Saya ada seorang sahabat "gila". Awal pagi tadi dia tiba dari Hanoi.

Dalam "kegilaan"nya itu, Ramadhan seakan "mewaraskan" dia. Dia menyatakan "visa"nya tamat sebagai alasan dia kembali. Saya rasakan itu satu alasan yang baik, tetapi tidak sebaik menjenguk dan bersama yang tersayang; ibunya...dan mungkin pujaan hatinya berdarah jawa "totok" itu.

Pasti, ibunya senyum lega - ini terpenting dan begitu juga dengan ahli keluarga (mungkin tidak semua) dan para sahabat.

Ah, senang saya melihat suasana sebegini...tapi, apa yang lebih menarik kini...apakah reaksi pujaan hatinya itu?

Apapun, selamat kembali. Harap hujan yang melanda KL kini penyejuk hatimu dan bukan melemaskan dirimu.

Terima kasih...

Semasa berbuka puasa tadi saya tersentak. Entah mengapa dan bagaimana fikiran saya boleh melayang hingga terbayang anak-anak yang kelaparan. Tiada lokasi yang khusus. Saya cuma tertatap anak-anak yang yang kuyu matanya, cengkung, tulang rusuk dan badan mereka terserlah, hanya kulit menutupi, tiada isi, hanya kulit...terkulai, tidak bermaya dan pandangan mata yang lemah kuyu itu menusuk.

Saya berhenti makan. Selera hilang.

Saya terlalu mewah. Makanan didepan mata saya itu mampu menyuap beberapa mulut.

Saya terajar...

Ini tidak boleh berulang.

Maafkan aku kerana terlalai...

Singa & Naga...

Semalam saya mimpi naga dan singa...tarian.

Hari ini betul-betul naga muncul!
Tak tahu naga ini pandai menari ke tak...

Tapi saya tak risau, bulan Ramadhan mana ada hantu. Saya pasti, ini naga yang baik.

Tapi, dia minta angpau untuk beli sekotak rokoklah pula...

Hahahaha...nah, mana singa?

Anak teruna...

Salah satu hari yang saya takuti akhirnya tiba...

Dia sms...

Firdaus: Saya lulus dengan cemerlang walaupun memakai kasut yang tidak sesuai. Hahaha "champion"lah!

Saya: Lulus apa?

Firdaus: Ujian memandu!

Saya: Oh, tahniah. Bapak ada 24 kereta model Ferrari yang dibeli dari Shell ni. Pilihlah satu.

Firdaus: Hahahaha :p


Anak teruna saya, Firdaus sudah dapat lesen memandu...kepala saya tiba-tiba sakit...

Sahabat "gila"...

Saya ada seorang sahabat di Hanoi.

Dia "gila".

Tapi, saya memang memerlukan seorang sahabat yang gila.

Hidup, mustahil sempurna.

Perlu bantuan...

Salam.

Saya mohon rakan bloggers emel kepada saya nama dan alamat surat-menyurat. Ini adalah untuk membina "database" agar kelak dapat menyampaikan berita/jemputan/kad ucapan.

Emel: helmysamad@wirabukit.com

Terima kasih.

*Alamat dan nama alam nyata ya, bukan emel :)

Hutang dan hari raya...

Ramadhan baru minggu pertama, tetapi sudah ada iklan pinjaman peribadi hari raya oleh sebuah bank...

Saya rasa...

Tidak, apa yang saya rasa tidak penting. Persoalannya, perlukah kita berhutang untuk berhari raya?

Impian & realiti...

Impikan...
Mampukah?

Atuk dan latte...

Semalam saya berjumpa dengan salah seorang idola saya (zaman 20'an). Saya membesar dengar "Atuk" - yang hingga kini masih "Atuk" dengan "superbikes"nya.

Saya ingin sangat "bekerjasama" dengannya. Hingga kini masih tercari di mana "bisa" capai titik "kerjasama" itu.

Mungkin 2-3 gelas "latte" lagi yang diperlukan...

Apapun, dalam perjumpaan itu, kami sepakat dan sesuatu "bisa" berlaku dalam industri dunia penerbitan.

Tanda...

Siang...

"Parsley ada aunty?"
"Ada," dia berjalan menuju bahagian sayur-sayuran.
"Bukan inilah aunty..."
"Hah? Ini parsley laaa."
"Bukannnn...," saya pula berjalan menuju bahagian sayur-sayuran. "Haaa ini ada apa?"
"Aiyaaa, itu celery la, bukan parsley!"
"Huh? Aiseyyyy lupa la aunty."
"Lu muda lagi sudah lupa."

Heh...aku nampak muda, tapi mudah lupa dan keliru...
*Parsl...eh celery cicah blue cheese...
Malam...

Sms Pak Samad - Cheque yang anda beri bertarikh 14 sep 2008!
Sms saya - Astagaaaa...kan saya kata saya sudah tua!
Sms Pak Samad - Hahaha.........

"Mencari" di Ramadhan

Cermin.

Terimbas akhir 90'an sebentar tadi...

Saya hidup kais pagi makan pagi...ia bukanlah kerana disebabkan oleh sesiapa kecuali diri saya sendiri. Saya mampu sekurangnya cuba "bangkit", tetapi sememangnya tiada "semangat" dalam diri ini. Jadi, sambungnya...kais petang makan petang.

Rezeki di tangan Allah. Saya hanya perlu niat dan berusaha. Saya sememangnya tiada "semangat". Jadi, terbukti...rezeki di tangan Allah. Tiada semangat, tiada niat dan tiada usaha. Saya masih di sini. Ajal belum sampai.

Saya merenung cermin tadi. Lihat diri sendiri. "Betapa beruntungnya aku ini!...Allah Maha Besar! Maha Esa!" bisik hati.

Ini bukan untuk sesiapa. Ini untuk saya...saya bertanggungjawab atas diri saya sendiri. Mudah. Rezeki kita di tangan Allah. Terlalu mudah. Hanya aku dan cermin.

Begitulah kisah yang saya terjumpa malam ini.

Cermin!

"A" = Ali...

Sebelum ini dia memang pakai sarung tangan sepanjang masa. Lawatan ke doktor pakar menasihati sebaliknya. Dalam masa 3 minggu memang nampak ketara pergerakan tangannya. Ali semakin cepat "belajar" mencapai, merasa dan memegang.

Masalahnya, dalam usia sebegini, sebenarnya saya masih "hijau". Muka Ali bercalar-balar.

Ah, sepatutnya masa dia tidur tangannya disarung kembali...


Beratnya kini 7.2kg. Tidak banyak masalah kecuali bila hendak tidur malam...dia seakan "tidak mahu hari itu berakhir". Waktu tidurnya 9 malam. Bangun pukul 8 pagi. Antara pukul 2-3 pagi dia "merengek" sedikit, minta susu.

Suka: Mandi, Animal Planet - terutama bila nampak anjing dia akan terpaku dan terkekek, buku "Animal Farm", memerhati sekeliling/orang dan tak pakai baju.

Tidak suka: Gelap, dibiarkan sendirian dan ular (setiap kali terlihat ular di Animal Planet dia akan merengek).

*Ini entri terakhir mengenai Ali di sini. Blog Ali sedang dibangunkan.

Ramadhan 2

14 Ramadhan 1382...

Aku dilahirkan di Hospital Kandang Kerbau - Singapura - sebaik selepas zohor.

Sebelum itu keluarga diberitahu, ada komplikasi - songsang - dan kemungkinan kehilangan salah seorang - emak atau kandungan - adalah tinggi.

Dr. Solomon, seorang doktor bangsa Yahudi dipanggil. Dia melihat emak dan memegang kandungan. Tangannya mula menolak dan mengurut. Emak semakin gelisah...

Akhirnya kandungan berjaya ditolak ke posisi sepatutnya.

Aku dilahirkan dengan kelahiran biasa.

Aku memperingati Dr Solomon...

Aku tertanya, apa jadi dengan Hospital Kandang Kerbau?

*Gambar dari National Library Board Singapore

Ramadhan 1


Malam ini
angin lesu menyentuh hati;
berbisik,
Ramadhan di ufuk
menagih keinsafan
yang menjanjikan kenikmatan.

Dan malam ini,
aku berdoa;
Ya Allah,
izinkanlah aku
merasai keinsafan
dan kenikmatan itu sekali lagi.

Amin.

Masalah dalaman 2.0...

Ini kisah benar...

A: Rugi kalau tak masuk!
B: Aku tak ada duitlah...
A: Kan ada duit biasiswa tu! Guna dulu, nanti dapat berganda!
B: Tak bolehlah. Aku takut.
A: Apa nak takut? Ini peluang terhidang. Rugi kalau tak masuk!
B: Tak apalah...
A: Inilah Melayu. Orang nak tolong, dia tak mahu pula. Nanti orang lain kaya, dia sakit hati pula...

Itu beberapa bulan yang lepas. Ini berlaku di UITM (lokasi saya rahsiakan) - Pelajar-pelajar direkrut oleh sebuah syarikat "multi-level". Saya dengar ramai juga pelajar yang "masuk" dengan menggunakan duit biasiswa.

Persoalan: Mengapa syarikat sebegini begitu "desperate"? Tidak sedarkah bahawa mereka meletakkan tekanan kepada pelajar?

*Pelajar yang rekrut pelajar lain itu kini hendak berhenti belajar sebab menerima tekanan dari "downline" - senario sebenar tidaklah seindah kata-kata "orang atas"...

Masalah dalaman...

Kita sering merasakan kebenaran milik kita. Tindakan mereka disekitar yang tidak menepati citarasa dan fahaman terus dilabel salah.

Ambil contoh seorang pembesar sebuah organisasi bahasa yang menubuhkan sebuah syarikat penerbitan yang memberi penekanan kepada bahasa lain, selain bahasa organisasi yang diterajuinya.

Ambil contoh sebuah syarikat penerbitan yang menerbitkan sebuah buku - penerbitannya didanai - dan meletakkan harga lebih kurang enam kali ganda dari kos.

Ini mengganggu saya. Saya rasakan ada sesuatu yang tidak betul. Dan saya - pada mulanya - rasakan mereka salah.

Tapi, itu hak mereka bukan? Tentu saja mereka ada perancangan yang tersendiri. Siapa saya untuk melabel mereka? Mungkin "jalan" kami berlainan, tetapi mungkin saja tujuan itu sama.

Apa yang penting, saya (dan mereka) teruskan usaha menjayakan matlamat yang terpahat.

Anak Merdeka...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

7 Ogos - Ali 100 hari...

Pak Samad & iklan...

7.30 pagi - mula!

6.30 petang - selesai!
Terima kasih kepada tenaga kerja Pesaka Grey & A Plus Film yang profesional!

Selamat Hari Lahir Isteriku...

Ada kek buat isteri...itu tangan-tangan kecil yang mengutip cip cokelat...
...ada "bbq"...
...ada duku dan durian...
dan, ada Ali yang tidak tahan panas...

Apa yang penting silatulrahim semakin erat...

22 Ogos 2007

Merindui emak...

"Junk food" & sekolah...

Saya agak terkejut apabila mendapat berita tiga penerbit buku besar - DBP, UPND dan PTS - mendapat hanya 1% nilai belian buku Bahagian Teknologi Pendidikan yang keseluruhannya bernilai RM60 juta. Berita lanjut klik sini.

Persoalan yang bermain dalam kepala saya...

Bagaimana boleh jadi begitu? Buku-buku terbitan 3 penerbit buku ini agaknya kurang bermutu dan tidak sesuai? Tapi saya dengar juga ada buku-buku yang dibeli (dari penerbit lain) tidak kurang cacat celanya - malah ada yang salah ejaan dan tatabahasa di kulit buku!

Saya kira pihak berwajib perlu peka dalam perkara sebegini. Tubuh tidak sihat jika diberi makanan tidak sihat. Begitu juga minda yang disogokkan dengan "sampah".

Ini masa depan anak-anak kita. Biarlah anak-anak kita membesar dan berjaya dengan kecerdikan minda yang sihat dan bukan dengan jalan singkat..."Ada duit semua boleh jadi!", maka semuanya boleh "dibeli"...ah, ini sudah pun berlaku bukan?

Pak Menteri: Datuk, saya sudah uruskan. Datuk jangan risau...
Sasterawan tua: Tapi, buku yang terpilih bukan buku yang kita bincangkan hari itu...
Pak Menteri: Hah? Tapi saya sudah arahkan...
Sasterwan tua: *tersenyum*
Pak Menteri: Tak apa Pak, nanti saya arahkan...

Maka bermulalah sekali lagi kitaran "wal hasil balik asal..."

Ok, saya sudah tidak terkejut lagi...

Kepahitan kopi &...kehidupan.

Pagi tadi saya ke Ikea hendak mencari bingkai. Saya sampai awal - dalam pukul 9.30. Stor belum buka, tapi kafeteria buka.

Tahukah anda kopi diberi percuma sebelum 10 pagi di Ikea? Saya tersenyum. Percuma! Dan boleh "refill". Percuma!

Dalam menikmati kopi percuma yang pahit, saya dapat tahu satu perkara. Terasa seperti diperbodohkan dan dikhianati. Dalam dunia perniagaan ada rasa pahit dan manis. Hari ini saya rasa pahit. Lebih pahit dari kopi yang tidak bergula ini.

Tidak mengapa, lain kali saya tidak ikut jalan ini lagi.

Sekurangnya ini manis....

"Tag" dan "terbakar"...

Saya kena "TAG" beberapa hari yang lalu oleh seorang sahabat.

Sedia maklum apa makna "sahabat" bagi diri saya.

Sebentar tadi saya sedar, orang itu sebenarnya bukan "sahabat"...mungkin "kawan" saja. Bukan "musuh", tidak sekali. Saya tiada "musuh"! Pada saya "musuh" itu milik diri sendiri. Jadi dia "kawan" sajalah.

Dan kerana itu saya layanlah juga "TAG" dia itu...ada banyak soalan, tapi saya rasa, saya jawab soalan yang pertama sajalah...

Four things that you're thinking now:

1. Missus and me NEVER expect anything from you...
2. We meant well...(hey, you said that too!). Then, don't you think a little bit respect by telling straight to us - instead of hiding behind words - will do just fine?
3. I like you...mmm the coffee taste bitter than this...mmm...still do like you...so here's wishing you all the best!!!
4. /ignore

Tadi ada sebuah kereta terbakar depan tempat tinggal saya...lagi! Kereta Waja...lagi! Urat otak saya terasa tegang...beberapa bulan lalu ada sebuah Waja terbakar. Tadi sebuah lagi. Ada "Tag" ke? Ah, macam-macam yang "terbakar" malam ini ya...
Klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas ya...

Spam, Emila dan undi...

Saya tidak tahu bagaimana menangani masalah "spam". Hari-hari pasti berpuluh singgah di peti emel. Ini "lalat" laman maya...
Ini hasil kerja Emila Yusuf...terima kasih Amy!

Buku & rasa...


Mmmmm...apa yang mesti saya rasakan apabila buku-buku Pak Samad diletakkan di bahagian bawah dan di sudut yang agak terpencil?

3 Ogos - Sebenarnya saya rasa pelik dan sedikit resah. Pelik kerana buku-buku Pak Samad dikategorikan bawah "Quran & Hadith" dan sedikit resah kerana sebelum itu saya bertanya, tetapi pekerja di situ kata tidak ada.

Tidak timbul buku yang macam mana sepatutnya diletakkan di bahagian bawah...

Konflik & bola sepak








Iraq masih dalam pergolakan. Hari-hari pasti ada yang terkorban. Tetapi, dalam segala keperitan kehidupan yang dilalui, mereka (pasukan bola sepak) mampu bersatu dan menunjukkan semangat yang tinggi dengan menjuarai bola sepak Piala Asia.

Tahniah buat IFA.

Tentunya ini satu pengajaran bagi kita.

Apakata FAM?

Umur & jodoh...

Saya sedar saya sudah tua, tapi bila bersama rakan-rakan di satu majlis perkahwinan baru-baru ini, saya sedar "tua" yang saya maksudkan itu tidak benar.
Saya sebenarnya rasa "lebih tua". Dua rakan ini hingga kini masih bujang...trang tang tang. Saya doakan mereka cepat bertemu jodoh sebab hendak membesarkan anak menjadi "insan" bukan perkara yang mudah. Lagipun, hidup ini bukan "ana yang punya" saja. Kita tidak mampu berdiri dengan sendiri dalam alam ini.

Adi: Wa cakap lu beb, makcik-makcik kat belakang tu semua berkenan kat Mail ni!
Saya: Wah beruntungnya kau Mail!
Mail: Anak dara depa boleh la. Ni yang "offer" diri makcik-makcik tu. Aku ni tua sangat ka?

Rambut & teman...

Ada kelainan dalam hidup saya akhir ini.

1. Rambut saya pendek.
2. Saya sering berteman ke mana-mana.

Kisah rambut pendek...

Sudah seminggu saya tidak "migraine". Pelik, tapi benar. Rambut panjang dengan cuaca terkini akan melemaskan urat kepala. Setelah hampir dua minggu bergelutan dengan demam yang pasang surut dan "migraine" yang degil tidak mahu pergi, saya akhirnya akur.

Demam hilang entah ke mana. "Migraine"....apa itu "migraine"?

Firdaus: Whoaaaaa...macam Mourinho!!!
Saya sengih...

Isteri: Haaaa macam inilah...hensem!
Saya sengih...

Mak: Bila potong? Baru nampak kemas!
Saya sengih...

Pak Samad: Tak nampak macam Helmy...nampak muda...kecuali uban-uban itu...
Saya sengih...

Mak Mertua: Mmmmm...kenapa tak potong pendek lagi?
Saya sengih...dalam hati "Arghhhhhhhhhh...!!!!" Salah satu fungsi ibu mertua - merimaskan menantu.


Kisah berteman.

Saya sudah ada pembantu khas yang baru! Hampir ke mana saja dia pasti menemani dan membantu saya lebih "alert" dalam tugas.

Namanya Ali...

7-7-07

7-7-07...ramainya yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh ini!

Saya ke Perlis...ada majlis! Yang lain (ada 7), saya minta maaf ya. Benih yang disemai perlu dipelihara...dibaja, agar sihat.

Strategi apa ini?

Saya diberitahu seorang rakan, saya gila kerana meletakkan harga RM40.00 senaskhah untuk tiga buah judul Edisi Seni Warisan Melaka untuk tahun 2007. Ini kerana;

1. Kos cetak "DSKLP" hampir RM10
2. Kos cetak "Cinta Fansuri" hampir RM12
3. Kos cetak "Keledang" hampir RM14

Ini tidak termasuk kos bayaran pereka bentuk, royalti penulis dan kos-kos lain.

Ketiga-tiga buku ini (dan 3 buku edisi SWM 2006) menggunakan kertas yang istimewa yang harus ditempah 2-3 minggu sebelum boleh cetak - itupun kalau ada stok!

Untuk mendapat harga jualan, formula paling cepat dan selamat adalah kos x 4.

Tapi, tidak mengapa. Kos buku-buku edisi SWM didanai oleh PERZIM. Dan hanya 500 naskhah - setiap judul - dijual di pasaran terbuka. Antara 500-1,000 naskhah lagi diedarkan secara percuma/derma ke sekolah-sekolah yang dipilih setiap tahun melalui pusat sumber negeri, institusi-institusi, individu-individu tertentu dan lain-lain program - termasuk 300 naskhah setiap judul yang diberi kepada PERZIM.

Ini penjelasan bagi yang meragui. Harga buku-buku bawah edisi SWM yang dicetak pertama kali sebenarnya disubsidi. Jika diulang cetak dengan jenis kertas yang sama, tidak mungkin akan dijual dengan harga RM40...kecuali dengan jumlah yang banyak...berapa banyak? Anda beritahulah saya ;)

Ya, mungkin saya gila, tapi saya yakin senario sastera negara tidak akan berubah sekelip mata. Saya hanya cuba menanam benih...

Mimpi Ali...


Zzzzzz...










Zzzzz....







Zzzzzz lagi...

















dan lagi...








Ah terjaga...





"mood" baik...

Omar...


Lama tidak cerita tentang Omar.

Dia kini berumur 10 bulan...berat 5kg!





Dr. Hasnul agak risau...takut "obese"...dia dalam pemerhatian kini...



Impian saya tercapai akhirnya...kucing gergasi!