Pilihan raya...
Seorang sahabat menelefon DBP tanya tentang novel Salina. Jawapan yang diterimanya, itu buku lama dan tidak laku lagi (tiada permintaan) - jadi tidak dicetak semula - sila rujuk dengan sdr. Shahrul Rock.
Ini sudah banyak kali berlaku. Pak Samad dan saya sering dihubungi. Ramai bertanya tentang Salina, Hujan Pagi dan al-Amin. Suruh ke kedai buku mereka kata tak ada. Suruh ke DBP pun sama. Kalau ikut usia, sepatutnya DBP sudah menjadi "sifu" dalam perniagaan buku. Mereka sepatutnya dominan. Tetapi, ini tidak berlaku. Dalam bidang pemasaran buku nampaknya mereka langsung tiada ilmu. Malah banyak juga buku karya-karya besar di Ali Babakan kepada sebuah syarikat di utara beberapa tahun dahulu. Ini termasuklah Salina dan Hujan Pagi. Apa sudah jadi? Mengapa boleh terjadi?
Persoalan, jika tidak laku dan tidak dicetak semula, mengapa DBP tidak "memulangkan" kembali hak penerbitan kepada Pak Samad? Bukankah sudah berkali diminta?
Jawapan yang diterima (ini dari Pengarahnya semasa duduk semeja dengan Pak Samad dan saya di Ramadan lalu, minum kopi di Dome Bangsar selepas terawih) adalah kerana jika mereka berbuat demikian - memulangkan kembali hak penerbitan kepada Pak Samad - maka penulis-penulis lain - mungkin - akan berbuat demikian juga.
Itu jawapan Pengarah.
Bagaimana pula dengan buku Dosa Pejuang? Buku ini telah dicetak tanpa kebenaran. Dicetak, dijual dan bila ditanya baru sampai surat perjanjian. Kita kini tahu siapa "lanun" bukan? Pak Samad akhirnya menandatangani surat perjanjian - yang diedit serta membawa perubahan yang besar berbanding surat perjanjian lama DBP - atas dasar setiakawan. Mereka juga menjanjikan beberapa perkara, tetapi besar kemungkinan mereka lupa janji kerana hingga saat ini tiada apa mengenai perkara ini kedengaran dari sebalik dinding Dewan.
Kemana arah tuju DBP? Apa sebenarnya perjuangan mereka? Mengapa mereka menyekat rezeki Pak Samad dengan tidak memulangkan hak penerbitan untuk karya seperti Salina, al-Amin, Hujan Pagi yang rata-rata pembesar-pembesarnya kata tidak laku?
Saya sudah "letih" dengan perkara ini...
Apa pandangan anda tentang perkara ini?

Al-Fatihah...
Al-Fatihah buat Allahyarham Ahmad Zafran (Panaharjuna). Semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beruntung. Amin.
Mungkinkah?
Ada yang sudah hilang. Mungkinkah kita juga begitu dalam kehidupan ini?
"Language endangerment happens when a community decides that their language is somehow a social or economic impediment," he says.

Mantan SN...?
Saya duduk makan malam bersamanya beberapa hari yang lalu. Kami berbual. Saya tahu dia sedih.
Saya akan hubungi Amy dan "buang" gelaran itu dari buku-buku Pak Samad untuk tahun 2008 ini...nasib belum cetak...heheheheReaksi Pak Samad klik:
http://www.youtube.com/watch?v=swo10LvU4ps
http://studioinspirasi.madani-media.com/
Tahun baru...?
Saya tidak sedar sudah tahun baru...1429...saya sedar kini, saya masih "jet lag" - ini akan mengambil lebih masa dari yang dijangkakan.
Mengimbas, saya terkesal dengan banyak perkara - semestinya perkara-perkara itu boleh dilakukan dengan lebih baik lagi.
1428 juga membawa satu cabaran ulangan buat saya - Ali. Dalam kegembiraan, saya sedar akan tanggungjawabnya. Terimbas anak saya Firdaus...saya tahu saya mampu lakukan yang lebih
baik buatnya. Saya sedar saya juga mampu membentuknya dengan lebih baik. Namun kekesalan ini dipendamkan. Dia kini hampir 20 tahun. Saya masih dan akan cuba membimbing. Ini tanggungjawab saya. Begitulah juga dengan Ali...tidak mudah. Mereka anak saya dan saya harap mereka sedar, saya bapa mereka.
1429 buat Wira Bukit adalah satu tahun yang penting - tetapi tidak genting. Ada beberapa perubahan yang akan berlaku. Ada beberapa projek buku yang sedang diusahakan. Semua ini masih dalam lipatan dan insyaAllah akan dibuka bila tiba masanya.
Antara sedar atau tidak, saya merasakan hidup ini semakin disempitkan oleh perkara remeh dan yang remeh inilah yang dijadikan keutamaan buat ramai. Kita tidak mahu berfikir panjang. Kita mahukan jalan pintas - cepat dan mudah. Yang remeh diutamakan dan yang penting dijadikan tidak penting - tidakkah ini menyatakan sesuatu tentang dunia zaman ini?
Saya hanya mampu berfikir, merancang, berdoa dan melakukan sebaik yang termampu...
Doa saya, kesejahteraan buat semua. Semoga kita terpelihara, dilindungi dan dipimpinNya, amin.
Mengimbas, saya terkesal dengan banyak perkara - semestinya perkara-perkara itu boleh dilakukan dengan lebih baik lagi.
1428 juga membawa satu cabaran ulangan buat saya - Ali. Dalam kegembiraan, saya sedar akan tanggungjawabnya. Terimbas anak saya Firdaus...saya tahu saya mampu lakukan yang lebih
baik buatnya. Saya sedar saya juga mampu membentuknya dengan lebih baik. Namun kekesalan ini dipendamkan. Dia kini hampir 20 tahun. Saya masih dan akan cuba membimbing. Ini tanggungjawab saya. Begitulah juga dengan Ali...tidak mudah. Mereka anak saya dan saya harap mereka sedar, saya bapa mereka.1429 buat Wira Bukit adalah satu tahun yang penting - tetapi tidak genting. Ada beberapa perubahan yang akan berlaku. Ada beberapa projek buku yang sedang diusahakan. Semua ini masih dalam lipatan dan insyaAllah akan dibuka bila tiba masanya.
Antara sedar atau tidak, saya merasakan hidup ini semakin disempitkan oleh perkara remeh dan yang remeh inilah yang dijadikan keutamaan buat ramai. Kita tidak mahu berfikir panjang. Kita mahukan jalan pintas - cepat dan mudah. Yang remeh diutamakan dan yang penting dijadikan tidak penting - tidakkah ini menyatakan sesuatu tentang dunia zaman ini?
Saya hanya mampu berfikir, merancang, berdoa dan melakukan sebaik yang termampu...
Doa saya, kesejahteraan buat semua. Semoga kita terpelihara, dilindungi dan dipimpinNya, amin.
London 2 - Trafalgar Square, Thames, Eye Of London dan Dali...
London 1
Pengumuman
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.
Blog ini berhenti rehat sehingga awal tahun baru.
Harap maklum.

Cerita akhir tahun...
Pekerja sedang berkhayal bonus...1 bulan...2 bulan...3 bulan...
Boss pun sama...1 bulan...2 bulan...3 bulan...eh bila mereka nak bayar daaaa...
Akhir tahun selalu begini. Dalam dunia penerbitan terdapat beberapa saluran yang selalunya akan mendatangkan "bonus". Saluran-saluran ini tentunya hendak "habiskan" peruntukan tahunan. Maka sibuklah mereka bekerja - hingga lewat malam (tak tahulah samada mereka ini ada overtime.)
Encik D : Maaf encik, selagi si polan tidak siapkan kerja, kita tak boleh bayar.
Encik F : Tapi, kami sudah cetak dan bekal.
Encik D : Boss kata begitu. Tunggu semua siap baru bayar.
Encik F : Tapi, dalam surat tak diberitahu begitu. Kami tidak nampak mengapa harus begitu.
Encik D : Encik tulislah surat rayuan kepada boss. Mungkin boleh.
Saya katakan kepada Encik F kita kirim salam sajalah. Inilah masalah cara mereka kerja yang saya kira sudah berabad dipraktikkan. Bayangkan jika satu buat hal...semua sangkut! Ini kes setitik nila - si empunya belanga mampu mengelak, tetapi tidak berbuat demikian. Sengaja? Tak tahulah. Saya lebih mahu mempercayai memang beginilah budaya kerja mereka. Terima sajalah seadanya.
Jadi penerbit tidak mudah. Akhir tahun "nafsu" sesetengah pelanggan besar. Kalau kita layan, belum tentu untung kita juga besar. Sesalah langkah mahu tersiksa jiwa raga - bukan kerana untung dan rugi, tetapi kerana karenah mereka ini...
Pekerja khayal kira bonus...
Boss khayal macamana nak racun...
Hahahhahaha...
Boss pun sama...1 bulan...2 bulan...3 bulan...eh bila mereka nak bayar daaaa...
Akhir tahun selalu begini. Dalam dunia penerbitan terdapat beberapa saluran yang selalunya akan mendatangkan "bonus". Saluran-saluran ini tentunya hendak "habiskan" peruntukan tahunan. Maka sibuklah mereka bekerja - hingga lewat malam (tak tahulah samada mereka ini ada overtime.)
Encik D : Maaf encik, selagi si polan tidak siapkan kerja, kita tak boleh bayar.Encik F : Tapi, kami sudah cetak dan bekal.
Encik D : Boss kata begitu. Tunggu semua siap baru bayar.
Encik F : Tapi, dalam surat tak diberitahu begitu. Kami tidak nampak mengapa harus begitu.
Encik D : Encik tulislah surat rayuan kepada boss. Mungkin boleh.
Saya katakan kepada Encik F kita kirim salam sajalah. Inilah masalah cara mereka kerja yang saya kira sudah berabad dipraktikkan. Bayangkan jika satu buat hal...semua sangkut! Ini kes setitik nila - si empunya belanga mampu mengelak, tetapi tidak berbuat demikian. Sengaja? Tak tahulah. Saya lebih mahu mempercayai memang beginilah budaya kerja mereka. Terima sajalah seadanya.
Jadi penerbit tidak mudah. Akhir tahun "nafsu" sesetengah pelanggan besar. Kalau kita layan, belum tentu untung kita juga besar. Sesalah langkah mahu tersiksa jiwa raga - bukan kerana untung dan rugi, tetapi kerana karenah mereka ini...
Pekerja khayal kira bonus...
Boss khayal macamana nak racun...
Hahahhahaha...
Mana mungkin...maaf ya!
Pernah saya pos satu entri menyatakan saya tidak akan timbulkan Ali lagi di sini...
Masa depan buku...?
Satu rencana menarik tentang masa depan buku di Newsweek.The Future of Reading.
PTS pun sudah memasuki dunia sebegini - baca sini.Jika anda memandu...
Jika memandu, berhati-hatilah dengan taktik mencuri kereta yang baru ini...
http://www.motortrader.com.my/NUS/articles/article_1165/page_m.asp

Nasib badan...
Kalau di kampung ini semua tidak perlu, tapi di sini, hampir sepanjang masa terperap dalam kereta (jalan sesak) dan dalam pejabat (sendiri dan pelanggan), bila sampai rumah apa yang diidamkan adalah tilam dan bantal...
Lantas kerana itu agaknya, sang isteri agak risau dan menghadiahkan saya ini...
Saya malas...mana ada masa (sebab itu juga setahun sekali berjogging di taman...hehehe)! Tapi, hadiah ini seakan merangsang (motivate) dan apa yang harus saya lakukan adalah menjadikannya satu tabiat (habit)...ok lagi 6 bulan kepada semua rakan (lelaki saja) sila suruh saya tunjukkan perut saya ya (wanita, sila tengok perut suami ya!)...saya bercita hendak ada 6 packs...hahahaha!
Terima kasih isteriku...entah mengapa saya seakan terasa saham saya naik...tentunya nanti saya akan melaporkan pengalaman pertama saya...
Lantas kerana itu agaknya, sang isteri agak risau dan menghadiahkan saya ini...
Saya malas...mana ada masa (sebab itu juga setahun sekali berjogging di taman...hehehe)! Tapi, hadiah ini seakan merangsang (motivate) dan apa yang harus saya lakukan adalah menjadikannya satu tabiat (habit)...ok lagi 6 bulan kepada semua rakan (lelaki saja) sila suruh saya tunjukkan perut saya ya (wanita, sila tengok perut suami ya!)...saya bercita hendak ada 6 packs...hahahaha!Persidangan...
Semalam saya menghadiri satu persidangan. Persidangan ini antara sahabat-sahabat sahaja - yang sudah merasai kegagalan dalam perniagaan.Ujang terlalu selamba tetapi terkadang berhati-hati. Hadi terlalu "merindui" abangnya - Ujang - dan sering mengimbas kembali silam.
Apa yang kami sidangkan?
Tunggu...2008 tentunya menarik.
Hujan oh hujan...

Setiap kali hujan, tingkat 4 tempat letak kereta kediaman saya banjir...tingkat 4 saja, aneh, tapi benar.
Dan aneh juga, situasi banjir di tingkat empat ini mengajar saya tentang sikap manusia yang aneh, tapi benar.

Dan, al-fatihah buat makcik Mun dan Auntie Sharifah yang telah pergi baru-baru ini. Moga ditempatkan dikalangan mereka yang beruntung...amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)