Sebelum ini dia memang pakai sarung tangan sepanjang masa. Lawatan ke doktor pakar menasihati sebaliknya. Dalam masa 3 minggu memang nampak ketara pergerakan tangannya. Ali semakin cepat "belajar" mencapai, merasa dan memegang.Masalahnya, dalam usia sebegini, sebenarnya saya masih "hijau".
Muka Ali bercalar-balar.Ah, sepatutnya masa dia tidur tangannya disarung kembali...
Beratnya kini 7.2kg. Tidak banyak masalah kecuali bila hendak tidur malam...dia seakan "tidak mahu hari itu berakhir". Waktu tidurnya 9 malam. Bangun pukul 8 pagi. Antara pukul 2-3 pagi dia "merengek" sedikit, minta susu.
Suka: Mandi, Animal Planet - terutama bila nampak anjing dia akan terpaku dan terkekek, buku "Animal Farm", memerhati sekeliling/orang dan tak pakai baju.Tidak suka: Gelap, dibiarkan sendirian dan ular (setiap kali terlihat ular di Animal Planet dia akan merengek).
*Ini entri terakhir mengenai Ali di sini. Blog Ali sedang dibangunkan.























