header-photo

Ali


Ini Ali. Lahir (c-sec) pukul 8.40 pagi tadi. Berat 2.45kg. Dia terus di tempatkan di pusat rawatan rapi untuk pemerhatian lanjut kerana lahir 35 minggu.






Alhamdullillah dia dan ibunya selamat dan sihat.
Hidup kami kini bertukar landasan....

Pesta Buku 2007

Saya ke Pesta Buku tadi. Sebaik melangkah masuk, entah mengapa timbul rasa kecewa dan cemburu.

Saya rasa kecewa kerana WBSB tidak dapat menyertai pesta buku tahun ini disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Saya rasa cemburu kerana melihat penerbit dan pengedar buku mempamirkan produk mereka.

Saya sedar, berada di sini satu igauan buat saya.

Saya berterima kasih kepada PTS kerana dalam beribu produk, mereka beri ruang pada produk WBSB. "Bunting" produk 2007 WBSB pun mereka cetak sendiri.

Saya benar-benar rasa WBSB sepatutnya berada di sini! Ini satu kegagalan buat kami pada tahun ini...dan saya harap - dan berdoa - itu saja kegagalan kami sepanjang tahun ini.

Apapun, hidup tidak boleh statik. Tahun hadapan insyaAllah kami akan menyertainya. Kepala saya sedang berkira-kira dan sedang berangan menggambarkan bagaimana rupa gerai WBSB...

Jangan malu...

Kali terakhir saya melalui Karak adalah hampir dua tahun lalu - menuntut jenazah pakcik di hospital Mentakab. Ia satu perjalanan yang mahu saya lupakan. Jalan yang lebar berselekoh naik dan turun bukit itu mengambarkan rasa hati saya waktu itu - saya rasa gelisah, celaru dan sedih.

Tadi saya melalui sebahagian jalan itu...

Sebaik melalui pintu gerbang...
Saya: Kenal Puan Ainon?
Insan A: Jalan terus...

Selepas 5 minit...
Saya: Kenal Puan Ainon?
Insan B: Encik terus saja...

5 minit lagi di kedai persimpangan Y...
Saya: Saya cari rumah Puan Ainon...
Insan C: Ohhh encik terus saja. Tak sampai satu kilometer jumpa tanah lapang belah kanan. Ada tulis Semanggul kat pintu masuk...

Saya faham mengapa ibu Ainon terserlah setelah menghabiskan sedikit masa dengannya.

Dan, saya rasa apa yang menghantui selama ini terkubur.

Ada hikmah sebalik sesuatu kejadian...dan jangan malu bertanya jika tidak mahu sesat.

Kalau gagal...

Sesuatu sedang membakar diri saya dari dalam...

Ini sudah terlalu biasa dalam hidup ini. Terkadang rasa, terlalu!

Pernah ditanya apakah yang paling saya takuti apabila menjalankan perniagaan? Persaingan? PhD? Kena tipu? Tidak...apa yang paling saya takuti adalah diri ini sendiri. Saya takut lalai terbuai mimpi yang indah. Saya takut melanggari etika berniaga – jujur dan berdisiplin.

Senang menyalahkan yang lain selain diri sendiri apabila gagal dalam sesuatu, termasuk kehidupan.

Pernah saya menasihati seorang sahabat...
“Ini hidup aku! Dosa ke apa, aku yang tanggung, bukan kau! Dalam kubur pun...,” lebih kurang begitulah katanya. Marah!
Tapi, beberapa tahun selepas itu, “Aku kena tipu! Datuk ABC tu penipu! Ranap bisnes aku!”
Oh, bila gagal senang saja menyalahkan yang lainkan...dari diri sendiri.

Kita hanya merancang, Allah yang Maha Esa menentukannya. Begitulah apa yang membara dalam diri kini. Apa yang dirancang tidak semestinya terlaksana.

Perlu tenang...
Baru berfikir.

Kerana kalau gagal, ini semua salah saya....dan kelak sememangnya saya perlu menjawab dengan Dia.

Pancawarna

Pancawarna-Seni Rupa Kasih

(Semua buku terbitan WBSB dijual dengan diskaun & tawaran menarik pada malam ini!)

Masa...


Betulkah 1 hari = 24 jam? Seminggu = 7 hari? Sebulan = 30 Hari? Setahun = 365 hari? Mengapa masa begitu cepat berlalu? Adakah masa alam "ini" sedang mengejar masa alam "itu"? Dan, bila ia seiringan...

Satu perkara - saya tidak boleh duduk diam...ok, kecuali bila berhadapan dengan suasana santai...secawan kopi...sebuah buku...dan rokok (Merokok Membahayakan Kesihatan). Setiap tahun ada saja yang saya "godak"...

Dan akhirnya, 30 March lalu, Keledang siap. Saya sengaja "lewatkan" pengumumannya kerana hendak "mengambil" nafas. March satu bulan di mana saya tidak perasan apa yang berlaku. April mungkin sama...dengan Hari Buku Kanak-kanak Antarabangsa yang sedang berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda, Persiaran Bandaraya, Shah Alam, Acara Pak Samad di Galeri Pelita Hati, Perasmian Perkampungan Buku Malaysia di Melaka, Pesta Buku Antarabangsa...saya tahu penerbitan buku kanak-kanak 5 dalam 1 akan "lewat"....ah, sekurangnya ada yang "lewat" setelah hampir segalanya berlalu dengan cepat...

*Saya minta maaf jika ada jemputan yang tidak dapat dipenuhi dan urusan yang tersangkak. Selain aktiviti di atas, isteri saya sarat mengandung.

Satu Agama Yes, Satu Mazhab No...

Satu Agama Yes, Satu Mazhab No... - klik sini!

Baca Puisi Rindu Ibu A. Samad Said


KANAK-KANAK pelbagai kaum berumur 7 hingga 13 tahun dipelawa mengambil bahagian dalam acara Baca Puisi Rindu Ibu di Perpustakaan Raja Tun Uda, Persiaran Bandaraya, Shah Alam pada Ahad, 8 April 2007, bermula 10 pagi.

Lanjut klik sini.

Cuti tanpa gaji...

Semasa ke kilang membuat baju di Taman Mayang, saya terbaca ini di pintu bersebelahan kilang itu...ah, it "signal" untuk saya berehat dari beberapa perkara. Kerja berlambak...

Jadi, kalau sesiapa cari saya, sila hubungi nombor yang dalam gambar atas ya...hehehe...


30 March 10 pagi:

Ok, tadi saya rasa "nakal" pula, jadi saya telefon nombor di atas...

014: Halo...
Saya: Halo... saya mahu tanya itu ROM TO LEET...
014: Hah? Apa?
Saya: Itu ROM TO LEET...
014: Apa lu cakap?
Saya: Itu ROOM TO LET...
014: Haiya, itu ka? Lu cakap takda betut itu pasat wa tada paham...

Cheh, dia eja salah lagi nak marah olang...eh orang...

Isteri pun bila-bila masa saja ni...

Tahniah!

Siti Nurjannah Zamzuri yang cacat penglihatan mengambil keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan seterusnya membaca sijil yang dicetak dalam tulisan Braille...

Saya cuma terfikir, kelak bila mahu guna sijil itu untuk urusan rasmi bagaimana?

Keledang

Akhirnya Keledang sedia untuk dicetak. Tapi, nanti dulu! Itu kata hati saya...

Kami mula "mengerjakan" Keledang sekitar 20 Januari. Kini, hampir dua bulan, kami sudah sedia untuk mencetaknya. Esok Jumaat, biarlah saya menelitinya semula. Isnin ini jika tiada halangan, insyaAllah akan dihantar cetak.

Saya tidak pasti kelima-lima buku kanak-kanak sempat dicetak sebelum Pesta Buku akhir April ini. Malah, jauh dalam hati, saya tahu itu sesuatu yang mustahil. Kami terlalu cerewet! Pastinya ada yang mengeluh (maaf ya orang PTS dan Crescent), tetapi saya rasa menjadi satu tanggungjawab untuk memastikan buku-buku yang diterbitkan itu bermutu (soal mutu tinggi, sederhana atau rendah milik pembaca). Sekurangnya apa yang terhasil itu sedikit sebanyak memuaskan kami - bukan perasan ya, tetapi macam saya katakan, menjadi tanggungjawab menghasilkan sesuatu sebaik mungkin yang termampu. Selepas itu, pembaca adalah juri.

Dengan Keledang, maka lengkaplah tanggungjawab kami kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk tahun ini (invois pun sudah boleh sediakan...hahaha). Dan sekaligus membuka pintu kepada satu lagi projek peribadi WBSB - Novel Kanak-kanak 5 dalam 1!

April, Mei & Jun pastinya ribut!

Doakan kesejahteraan kami...

2007

Sudah Terbit!















March
8 Judul Yang Bakal Diterbitkan WBSB Pada 2007

Edisi Seni Warisan Melaka:
1. Dari Salina Ke Langit Petang - Sudah Terbit!
2. Cinta Fansuri - Sudah Terbit!
3. Keledang - Sudah Terbit!

Pakej Novel Kanak-kanak 5 dalam 1:
4. Rumah Rahsia - (Mei)
5. Bendera Merah Di Atas Bukit - (Mei)
6. Mengejar Tetamu Di Waktu Senja - (Mei)
7. Yang Berat Sama Dipikul - (Mei)
8. Jangan Ikut Jalan Ini - (Mei)

Keledang


Mungkin ada yang tertanya tentang Keledang yang sepatutnya siap Februari lalu.

Kami mengalami beberapa masalah. Bermula dari pemeriksaan draf pertama hingga ke draf kedua memakan masa sebulan. Beberapa perkara berlaku dan Keledang terpaksa diketepikan.

Akhir ini, fail-fail Keledang korup. Baik di komputer mahupun salinan yang disimpan di cd dan "pen drive" tidak boleh digunakan...virus agaknya...

Jadi kerja-kerja rekabentuk terpaksa dilakukan semula...

Saya duduk santai di kafe seperti biasa mengimbas peristiwa, mencari kesilapan dan kelemahan sambil berdikit menggaris tindakan susulan agar perkara sebegini, jika berlaku juga kelak tidaklah begitu memeritkan.

Keledang akan dicetak minggu hadapan...

Aku dan polis

Saya ke rumah ibu petang semalam. Sampai bawah jejambat antara jalan Subang lama dengan "Federal Highway", astagaaaa ada operasilah pula.

Saya diarahkan berhenti...

Berhenti. Buka tingkap. Sediakan
lesen.

Saya: Selamat petang.
Polis A: Selamat petang. Kejap che...heiii ni salah apa ni?
Polis B: Errr...kejap...
Polis A: Oiiii ni salah apa?
Polis B: Kejap...aku check ni...
Polis A: Nak ke mana ni che?
Saya: Rumah mak saya.
Polis A: Oiii salah apa ni?
Polis B: Aku lupalah...
Saya: Cikgu, kalau takda salah mana boleh saman...
Kami ketwa
Polis A: Itulah yang saya fikirkan. Takpa, che boleh pergi...
Saya: Terima kasih...

Dum dim dum...

Bengkel Jibunsyi - myJICA & PTS

Kami sengaja menjenguk sebentar...lagipun kami tahu Ibu Ainon ada...

Rupanya Abang Marsli N.O ada. Sempatlah saya menimba sedikit ilmu dengannya...



Pak Samad sempat berjenaka dengan staf PTS yang bertugas...





Bersama Ibu Ainon...tercapai hajat...

Tahniah!

Tahniah buat adikku Fahsyam dan isterinya.
Moga kekal bahagia hingga akhir hayat.
Amin.

Pak Samad &...


Firdaus, cucunya yang sulung - anak saya - pelajar Unitar.







Afiq, cucu kedua - anak sulung kakak saya - "hotcat" UITM.






Faiz, cucu ketiga - anak bongsu kakak saya - SPM tahun ini.

Teh Tarik...

Teh tarik 5 bintang di KLIA - RM5.90 segelas...

Gorpis

MasyaAllah...gorpis pakcik ni paling best kat KL...
Pelanggan akan beratur (saya tidak kerana dah kenal lama, jadi duduk bersandar kat tepi kaca kedai saja menanti - untungnya jadi kroni!) dan dalam kebosanan menanti itu saya mengambil gambarnya sambil berangan berapakah pendapatannya...
Nak test rasa sila ke Taman Tun sederet CIMB.

Saya & jarum


Saya phobia dengan jarum. Semasa anak saya disunat sepuluh tahun lalu, saya pitam dalam bilik surgeri.

Hari Jumaat lalu saya sepatutnya pergi mendapatkan suntikan kedua Hep A & B (booster), tetapi saya demam...kena suntik ubat demam di punggung pula...tak apalah, saya tak melihat suntikan itu.

Semalam saya pergi klinik itu kembali. Demam sudah reda, jadi bolehlah disuntik "2nd booster"...saya menoleh memandang dinding belah kanan sementara lengan kiri menerima suntikan...rasa semut gigit saja...

"Apa lama sangat ni?" bisik saya menanti misi. "Takan nak bayar pun lama?"

Saya nampak misi dengan doktor sedang membincangkan sesuatu. Mak mertua saya masuk klinik. Dia tersenyum, "Sudah?" Saya angguk saja. Dia keluar. Saya masih menanti di kaunter..."Ada masalah ni," bisik hati lagi.

"Encik Helmy..."

Saya menoleh memandang dinding kiri. Lengan kanan saya disuntik...

Saya sepatutnya menerima suntikan "Booster" Hep A & B, tapi doktor beri saya "booster" Hep A saja...tu yang kena sekali lagi!

Cheh minggu ini saja tiga kali saya kena suntik!!! Tak tahu siapa saya nak sekeh...