Pagi ini saya terjaga dari tidur dengan sebelah urat-urat kepala saya dicengkam raksasa bernama Migraine. Mahu saja menelan sebiji Synflex (550mg), melembabkan kepala dan muka dengan air, menutup tingkap-tingkap dengan langsir dari dimasuki cahaya dan berhibernat, tetapi hari ini ada satu perkara penting yang perlu diselesaikan dan terpaksalah saya lupakan hasrat dan memulakan hari saya - Ah...terkadang saya benci Isnin...tidak, saya benci hari-hari yang saya terjaga dari tidur bersama Migraine!
Sebaik membuka komputer, benda ini menarik perhatian. Ada sesiapa yang tahu bagaimana menggunakannya? Saya tahu ini "Switch" berjangka, tetapi saya terlalu malas mahu memikirkan tentang bagaimana mahu menggunakannya kerana telah berkali saya putar dan pulas tetapi ia bagai tidak menuruti kata atau kemahuan saya. Ada sesiapa yang tahu?
Dalam jemari sibuk menekan kekunci, saya seakan merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Saya rasakan seperti ada sesuatu yang sedang memerhatikan saya. Melihat sekeliling, Velvet sedang tidur di kerusi kesayangannya dan Chloe di lantai bawah kerusi. Pandangan saya terhenti sebaik terpandangkannya...
Mengapa dia tidak mendengar kata saya? Bukankah telah saya larang? Meletakkan pokok pasu bunga di luar - diatur sederet kerana itu saja corak yang boleh, ah jika ada angin kuat yang bertiup dan ada anak-anak yang bermain di bawah - saya kira kita akan bangkrap disaman atau lebih buruk dihukum penjara!
Mengapa terkadang pasangan anda tidak mendengar kata? Lihat saja cermin itu yang kotor...tidak bolehkah dia sekurangnya membersihkan cermin kaca itu? Adakah dia fikir dengan membiarkan begitu, aku tidak nampak atau perasan? Ah, aku perlu sebiji lagi synflex...
*Saya mengangkat pasu-pasu itu dan meletaknya di balkoni - Saya tidak mencuci cermin yang kotor itu kerana saya gayat - Kami tinggal di tingkat 2 - Akhir ini Synflex seperti kacang bagiku - musim migraine telah tiba - Adakah ini tindakbalasnya kerana saya melarang dia meniru fesyen rambut Sharifah Aini?
0 reaksi:
Post a Comment