header-photo

Jamie Oliver - Naked Chef


Tadi akhirnya saya beli juga buku ini setelah memikirkan tentangnya selama beberapa minggu.

Jamie Oliver adalah salah seorang "chef" yang saya minati. Rancangannya di saluran 11 (Travel Channel di Astro) sering saya ikuti.

Masakannya mudah, tetapi sedap dan menyelerakan.

Kini saya sedang membuat perancangan...

Apa yang perlu saya masak untuk majlis rumah terbuka Sabtu ini...ya, semestinya berekperimen dengan jenis masakan yang terdapat dalam buku ini...





Mungkin saya cuba masak ini...













Mungkin saja ini...hahahaha

Namun, apa saja yang saya pilih, saya tidak hadapi masalah memahami tulisannya walaupun dulu saya belajar matematik dan sains dalam Bahasa Melayu. Mungkin ada yang kata, "Apalah susah sangat hendak faham? Ini hanya buku resipi." Benar...ini hanya buku resipi, tetapi ada beza antara hanya pandai berkata-kata dengan melakukannya...dulu saya ada seorang jiran yang ada membela burung kakaktua...burung ini pandai berkata-kata, tetapi dia duduk dalam sangkar hingga akhir hayatnya...

14 reaksi:

ufukhati said...

sdr.helmy,

Ah, minat masak jugak?

Bagus, jika ada bahan & alat, bagus masak sendiri. Satu "perjalanan" yang mencabar tapi menyenangkan.

Jong said...

salam,
tiada kena mengena dengan entri di atas, abang boleh padam mesej ini selepas dapat link di bawah,
ini dikutip dari blog seorang penulis novel pop:

Pak Samad pernah kata bahawa dalam lawatannya ke sebuah tempat di mana beliau mempromosi bukunya, beliau hanya membawa sepuluh naskhah kerana beliau percaya di tempat itu tak ramai orang 'pandai'. Kalau aku silap, maafkanlah aku kerana aku buta sastera, tetapi berdasarkan pengamatan aku yang bodoh dan buta sastera ini, kata-kata sasterawan negara itu aku simpulkan sebagai "di tempat itu tak ada orang yang cukup pandai akalnya hingga boleh memahami dan menghargai tulisan saya ini."

link sila baca: http://khayalkhayal.blogspot.com/2006/11/sastera-ada-kasta.html#comments

Unknown said...

Salam.

Pak Darma, saya suka memasak bila jiwa saya bergolak. Memasak agak "menyenangkan".

Faisal, memang dia silap dan tersalah simpul. Mungkin dia bodoh (seperti katanya) dan mungkin juga dia buta sastera (seperti katanya juga), tetapi saya lebih rasa dia melayani rasa hatinya yang tergelora dalam penulisannya itu.

Nisah Haji Haron said...

Salam,
Ala, Abg Helmy pun ada masa tu. Aku ingat dia salah quotelah, Faisal. Tapi, kau jangan terlalu banyak cakap, nanti dituduh ujub, riak dan takabbur!

Tumpang lalu, ya, Abg Helmy. Terliur tengok masakan ala Jimmy Oliver. Tak sabar nak singgah ke rumah terbuka ni!

ikhlas,
Nisah

Anonymous said...

u r thinking of cooking lamb?
hehehe 4 ekor kambing pun tak cukup.
Masa raya korban la kita buat ye.

kata nak buat salad. ala....


daliey

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Helmy,
Semasa kongres saya ambil kesempatan menerangkan kepada ayahanda saudara mengapa Wira Bukit perlu menerbitkan lebih banyak judul. Nampaknya beliau menerima penjelasan saya.

Unknown said...

Salam Puan Ainon,

terima kasih, dia pun saya nampak bersemangat untuk menerbitkan lebih banyak judul...termasuk karya-karya pengarang lain...

Jong said...

salam,
ni nak kena cuba ni masakan abang helmy ni hehehe.

Unknown said...

Salam,

Teringin juga nak belek buku Cook With Jamie ni. Tapi takut tak boleh nak faham, sebab saya dulu belajar Ilmu Hisab dan Sains dalam Bahasa Malaysia ;)

Unknown said...

Salam.

Faisal, saya takut kelak Faisal komen tentang masakan saya di blog...

JR, saya mula-mula pun begitu tapi saya sedar bahasa bukan penghalang...yang menghalang itu diri sendiri...saya nak buka kelab memasak peminat Jamie lah...tapi malas pula hehehe

Rebecca Ilham said...

Salam.

Iya, memasak memang terapi paling bagus! Gundah, marah dan sebal hilang; hasilnya juga ada!

Hurm. Saya dulu pun belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu juga. Tetapi [bukan hendak riak, tetapi hendak membuktikan bahasa bukan penghalang untuk maju!], alhamdulillah, berjaya ke institusi pengajian tinggi di luar negara.

Soalan saya; jika sudah awal-awal lagi kebolehan anak-anak Melayu dalam dua cabang ilmu penting ini dicantas, sila khabarkan pak-pak menteri, siapa yang bakal tinggal untuk bersaing kelak?

Anonymous said...

rumah terbuka? hari Sabtu? ooohhh.....

afna-z said...

salam...
macam menyelerakan aja...

sinaganaga said...

Oit-oit! Mari kita cuba yang senang-senang dulu. Aaaaa, kita masak roti bakar, misalnya. Ha ha.