header-photo

Ladang Golfa

Salam.

Setelah seminggu tidak bertemunya, tadi - akhirnya - saya sempat bertemu dengannya. Sambutan Hari Raya Aidilfitrinya agak sederhana - seperti kebiasaan.

Dengan secawan teh kegemarannya - Earl Grey - dan kopi buat saya, dia lebih banyak bersuara dari saya. Seperti kebiasaan, soalan demi soalan dilemparkan...

Dia : Bila balik?
Saya : Semalam.
Dia :Bagaimana Hari Raya?
Saya : Macam tahun sebelumnya. Bapak bagaimana?
Dia : Bapak duduk rumah saja...

Saya rasa sayu waktu ini...

- bualan peribadi -

Akhirnya setelah berbual hampir 30 minit, dia menyatakan drama terbarunya sudah siap...

Tajuk : Ladang Golfa
Tarikh dicetak : Sebelum Jun 2007

Senarai judul yang akan dicetak sekitar 2007 oleh WBSB:

1. Dari Salina Ke Langit Petang - Feb
2. Rumah Rahsia - Feb
3. Daerah Zeni - Feb
4. Cinta Fansuri - April
5. Ladang Golfa - Jun
6. 6 Wira - Ogos

Itu perancangannya - doakan perancangan dan usaha kami ini menjadi realiti.

*Nota : Teater al-Amin akan dipentaskan November ini di DBP. Fauziah Ahmad Daud, Abg Ramli Sarip & Mawi antara pelakonnya. Maaf kerana tiada maklumat lanjut. Kelak akan diberitahu.

10 reaksi:

Jong said...

salam bang,
terkena saya rupanya. bapak bilang ladang golfa adalah prosa, saya berangan-angan ia novel. saya rindukan novel bapak. rupa-rupanya drama pentas.
tak sabar rasanya!

Puan Ainon Mohd. said...

Asalamualaikum! Saya selalu terima kiriman salam saudara melalui Arief. Seminggu sekali saya jenguk blog ini. Membaca senarai karya yang bakal terbit, saya senyum2.... (Bukankah PTS juga yang bakal mengedarkan semuanya?)

Unknown said...

Salam.

Faisal: Bukan anda seorang yang "terkena", saya juga begitu.

Puan Ainon: Terima kasih kerana menjenguk. Benar Siapa lagi kalau bukan PTS yang mengedarnya.

Anonymous said...

Haiyak!
Kenapa la Mawi... :'(

-Andura-

Unknown said...

Salam.

Kerana tiada babak "pegang-sentuhan"?

Hahaha apapun soalan itu kena tanya tuan pengarahlah.

Anonymous said...

Salam...

Bukan anti atau apa. Cuma aura Mawi yang berlebihan dikhuatiri mengaburi kejayaan sebenar pementasan itu.

Apa pun, Mawi percaya akan rezeki Allah. :)

-Andura-

Jong said...

salam,
tak sabar nak mendengar mawi dan ramli sarip mengalunkan bait-bait puitis al-amin! bang, kalau ustaz akhil hayy pun okay juga.

jiwa merana said...

akumssss .. .. belum pernah sekalipun melihat karya ayah dipentaskan .. .. mujur utk Lantai T.P. ditayangkan di rtm .. .. kali nie nampaknya Jiwa bakal keciciran lagi deh .. .. ahah .. .. apa pun, semoga sukses .. ..

sinaganaga said...

Ok ok, aku dah start kerja dah - kalau mahu minum kopi - beritahu!

afna-z said...

jangan lupa uar-uarkan teater al-Amin..Nanti terlepas nak pi menonton..Nov-Dis musim cuti semester bimbang-bimbang dah lepas terbang pulang bercuti di kampung...