Teksi...
Bila bercakap tentang pengangkutan awam di KL, teksi sering saya bayangkan. Saya terbaca promosi "VMY 2007" yang dilakukan Kem Pelancongan di London. Banyak belanjanya dan beruntung teksi-teksi London.
Ada sahabat beri komen...
"Teksi-teksi di London promosi Malaysia, teksi-teksi di Malaysia busukkan..."
Selasa lalu di The Curve dua makcik dari luar negara tahan teksi hendak ke One Utama. Tambang yang dipinta RM50! Yang menariknya, teksi-teksi yang ada di situ semua seakan sepakat, RM50 dari The Curve ke One Utama...
Tidak semua pemandu teksi cekik darah, tetapi semakin hari semakin kurang pemandu yang benar-benar ikhlas dalam tugasnya...mencari nafkah halal agaknya sesuatu yang kuno kini...
Nota: Makcik-makcik itu dari Manchester. Bila jemu dan jenuh dengan karenah pemandu teksi, mereka pergi ke kafe di mana saya sedang duduk minum kopi. Mereka duduk di meja sebelah saya dan saya (ya, chloe macam saya!) bertanya tentang kisah mereka dan teksi-teksi itu. Oh ya, saya hantar mereka ke One Utama - percuma tau!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 reaksi:
That's sweet of you! Bet they'll have a nice story to bring home to Manchester.
Salam Marzie,
I was hoping i have a place to stay if i ever go to manchester until they told me they support city...hahahaha
tahniah kerana kereta saudara menjadi teksi buat makcik2 itu :D
Salam Puan Zalisa,
saya rasa bersalah dan malu atas "tuntutan" dan "pakatan" pemandu-pemandu teksi di situ.
Dari Ikea ke CP Tower harga tambang teksi adalah RM30. Jika makcik2 itu kena RM50, saya rasa harga RM30 itu adalah untuk penumpang tempatan!!!
Salam.
Ok, saya sedang mengumpulkan maklumat "sarang-sarang" pencengkik...
1. The Curve (termasuk Ikea, Ikano, Tesco & Cineleasure)
2. One Utama
3. Subang Parade (termasuk stesyen kommuter SJ & Carrefour)
4. Sunway Pyramid
Masukkan lokasi ini juga:
Puduraya (berhadapan Ancasa Hotel dahulunya Impiana Hotel)
Post a Comment