header-photo

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2.0...

Selepas balik dari rumah emak, saya duduk minum di sebuah kafe mamak di Bangsar dengan Rahmat. Saya pandang dia. Dia pandang saya. Saya tahu dia teringatkan keluarganya - emaknya lebih tepat. Saya pula teringatkan anak-anak. Cakap-cakap kosong kami akhirnya dicelah seorang pembantu kafe itu. Saya kira dia warga Bangla yang bertanyakan tentang fitrah...kami balik ke rumah selepas itu dan besar kemungkinan masing-masing tidur selepas layari laman maya seketika.
Saya akhiri hari dengan ini - menonton. Saya pasti ceritanya hebat, tetapi fikiran dan rasa saya sebenarnya melayang-layang ke tempat lain. "Ini bukan caranya merayakan sesuatu," bisik hati. Saya tahu dan sebab itulah saya juga teringatkan satu perkataan Rahmat petang tadi (petang Raya)..."Loser"... dan jiwa saya pun melayang-layang ditiup dimainkan bayu yang sayu...


4 reaksi:

uncle gedek said...

Oh... Tiket untuk Adult...

Ingatkan tonton cerita Adult, tadi...

(Ya, sekarang saya pula yang rasa seperti 'loser')

Salam Aidilfitri....

Unknown said...

Salam Aidilfitri untuk tuan sekeluarga juga :)

Lady Windsor said...

Salam,
Ramai warga kota menjadi 'loser' pada hari lebaran ini...jadi saudara bukan keseorangan sebenarnya...

Asy Faro said...

saya pun dah tengok cerita nie, sehari sebelum raya, haha. cerita dia memang hebat, action dari mula sampai habis, hah.