header-photo

Lalai...

Saya bawa dia keluar hari ini sebelum dia balik berhari-raya di kampungnya. Seperti biasa kami akan ke tempat dia bermain bola - taman kanak-kanak tertutup di 1UT. Waktu itu tiada orang. Jadi saya tinggalkan dia untuk cari makanan berbuka - kawasannya tertutup dan dijaga..
Sekembali, saya dengar ada anak yang menangis. Saya tercari-cari Ali. Ada seorang bapa sedang mendukung anak perempuan sekitar tiga tahun yang menangis. Ibunya di sebelah memujuk. Ali bermain terlalu kasar. Nasihat saya, jika ada anak yang istimewa, ia perlulah pengawasan. Dalam perkara ini saya bersalah. Naluri seorang bapa memang mahukan anaknya belajar berdikari. Saya terlupa dia anak istimewa (ADHD). Saya mohon maaf kepada bapa dan ibu kepada anak perempuan itu. Juga kepada anak itu sendiri...dan juga pada Ali kerana kelalaian saya.
Apa pun seperti kebiasaan, saya tahu lebih seminggu yang akan datang pastinya ia satu masa yang sangat sunyi buat saya.

4 reaksi:

Reena Kamarudin said...

saya suka baca penulisan anda :)
maybe sepi itu indah.
and ali kanak-kanak yang sangat comel.

Unknown said...

kenakalan Ali seperti kenakalanku dulu. huhuhu

Unknown said...

Salam.

Kak Reena: Terima kasih.

Kak Hadira: Haha bulan puasa baru mengaku :)

Unknown said...

Eh, dira memang mengaku sedari dulu. hehehe