header-photo

Rombongan Che Kiah 1.0...

Seperti biasa hampir setiap petang mereka akan bertandang. Saya tidak kisah sebenarnya, malah mengalukan kehadiran mereka. Rumah ini terlalu besar untuk didiami dua orang dan empat kucing dan kehadiran mereka meriuhkan dan sesekali ada rahsia kejiranan yang disampaikan mereka.

Namun, semalam saya ditanya seorang anak lelaki darjah dua semasa santai mereka memakan kerepek yang dihidangkan...

Darjah 2: Uncle...uncle ada awek?
Saya: Adaaaaaa (jawab mengusik).
Darjah 2: Uncle dah rogol dia?
Saya: Hahhhhh?

Zaman dahulu ibu bapa perlu berkata tentang burung dan lebah. Kini mungkin alam maya sudah mengambil alih dan saya syak mereka belajar ini dari alam maya dan tv...

Tak mengapa. Akan cuba ditarbiyah berdikit.