Inilah jadinya bila lama sangat membujang dan sering berangan...
Tadi saya memasak untuk hidangan berbuka puasa. Ini terjadi secara spontan. Tidak ada niat langsung untuk memasak sebenarnya, tetapi dalam pukul 4 lebih saya seakan sudah mati akal tidak tahu apa hendak buat. Masuk dapur, buka peti sejuk...
Ikan Singgang Goreng:
- 5 ekor Ikan kembung beberapa ekor direbus bersama:
- asam keping (seekor ikan 2 keping atau ikut selera tahap kemasaman)
- garam (2 sudu kecil)
- serai
- lengkuas (sebesar syiling 50 sen dipotong halus)
Rebus hingga hampir kering (api jangan besar sangat)
Selepas itu goreng!
Jaga-jaga, dinasihatkan tutup kuali kerana minyak akan sentiasa terpercik.
Masakan ini diajar oleh mantan ibu mertuaku...hehehe
Akan datang: Salmon atau daging Teppanyaki!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 reaksi:
Helmy,
Petang-petang macam ni, bubuh resepi ikan goreng kunyit pun boleh bagi meleleh air liur... ;)
p/s `bujang' dan `berangan' tu sinonim ke?
Jiwa,
Dulu 'bujang' dan 'berangan' itu 'seiring dan sejalan'. Kini 'berpasangan', tapi masih 'berangan'...cumanya angan-angan itu terpasang pada tempat lain.
Salam perkenalan dari saya. Macam best resepi ikan ni, nak cuba ah.
>>>'Angan angan itu terpasang pada tempat lain."
Wow dude! Deep sungguh kata kata ni, dude! Wowww!
Salam.
Ikan masak begini boleh dikatakan salah satu Kelantan's best-kept secret.
Rindunya makan ikan segar!!
Salam.
Dugong yang senyum: Salam perkenalan. Dah cuba ke resepi?
Sinaganaga: Dude, jangan Wowww banyak sangat - tiada apa yang dalam tentang kata-kata itu...tetapi saya sering juga tertanya, mengapa "sinaganaga"? dan tidak "sinaga" saja? Kini persoalan itu berkisar jauh "dalam" kepala.
Rebecca: Saya harap Rakyat Kelantan tak marah saya - Rindu itu indah bila terubat.
wah... ikan singgang goreng..
favourite saya tu..
kat kelantan kitorg just panggil ikan rebus goreng.. cara rebusnya, macam tu la..
selalunya mak siap buatkan banyak-banyak, letak dalam freezer, bila nak makan, keluarkan dan goreng je..
masa menggoreng mmg mencabar.. haha..
//tetiba teringin nak makan ikan rebus goreng..
erm.. dah cuba daging kering goreng..?
Salam.
Daging kering goreng atau daging goreng kering seperti ini:
daging dipotong halus seperti syilling satu sen - saya potong semasa daging keras (dikeluarkan dari peti sejuk)
Digaul dengan:
Garam
Kunyit
cili giling
Goreng
Selepas itu goreng (tumis)
bawang putih
bawang kecil
cipi api (padi)
Akhir sekali masukkan daging yang digoreng itu, gaul, gaul, gaul (dalam kuali) dan bawa pada raja...hehehe
oh.. tidak..
itu daging goreng biasa..
daging kering goreng ni biasanya orang buat beberapa bulan before nak puasa..
daging lembu, potong macam biasa..
gaul dengan garam.. pastu jemur tengah panas for a couple of months..
lepas dia dah kering dia akan mengecut skit..
bakar...
then, ketuk-ketuk dengan lesung sampai dia nipis dan berurat-urat (macam mana nak explain, tak reti)
then bila nak makan, goreng..
hidang dengan bawang goreng dan kuah singgang..
sesuai untuk dimakan pada masa sahur di kala mata susah untuk dibuka..
hehe..
next time kena letak gambarla nak tunjuk cemana rupanyer...
Post a Comment