header-photo

Gajet...

Dia datang...berdiri sebelah saya.

Senyum.

Saya balas.

Pandangannya ke Ipad saya...

Oh...jika ada satu gajet yang sangat menarik anak-anak sekitar 3 tahun ke atas, inilah dia. Ipad.

Masa hadapan sudah berlabuh.

Nota: Sebabak Kembara Hujung Minggu...

Hari ini cuaca agak panas. Rimas berpeluh duduk dalam bilik. Kipas tidak membantu. Sudah berkali mandi, lega sebentar sebelum perkara sama berulang.

Stesyen Setiawangsa - saya letak kereta di sini. Senang.

KLCC - agak lama tidak ke sini. Kali terakhir saya berperang - haha - jadi terimbas jugalah. Suasana seperti kebiasaan untuk hujung minggu. Cuma sekitar taman ini agak padat kerana ada festival seni.

Saya rasa pengunjung di sini berlainan dengan pengunjung di Bukit Bintang, tapi kemungkinan besar kerana suasana dan landskap yang berlainan. Orangnya sama...

Suasana yang panas tadi beransur hilang. Saya tidak rasa rimas berpeluh lagi. Minuman "Morning Glory" - gabungan buah Naga dan Kiwi - sangat efektik menangani permasalahan suhu badan yang panas. Ia juga dikatakan baik untuk tangani "stress".

Dalam santai menikmati perginya rasa panas dan rimas itu, hujan pun turun. Alhamdullillah.

Saya cuma kesal kerana tidak bawa kamera untuk merakam suasana di sini.

Ah, tidak semua boleh kita nikmati bukan? Selamat santai.

Iklan...

Iklan di Bukit Bintang...
seakan membawa makna yang tersirat kerana jika di Jalan Petaling ia papar
"Di sini banyak ayam tulen..."

Alas kata...

Semalam Ali bermain di sebuah tempat permainan dalam sebuah kompleks. Dia cepat buat kawan. Setelah agak lama dia bermain dengan temannya itu, dia perasan ada tanda lahir yang agak besar di muka temannya itu. Lantas dia kata, "Eeee busuknya." Perbendaharaan katanya agak kecil. Jadi "busuk" itu timbul. Temannya itu menangis mendengar katanya dan berlari mengadu kepada ibunya.

Harapan ibunya faham. Ali baru berumur 4 tahun dan dia tidak tahu mengalas kata lagi. Dia cuma luahkan apa yang dia faham. Saya mohon maaf.

Begitulah dengan kita juga. Harap bila berhadapan dengan situasi begini, harap mengertilah bahawa anak-anak kecil masih "putih". Mereka kata apa yang mereka tahu. Janganlah kita hendak memarahi jika "terkena" pada anak atau diri sendiri. Mereka perlu diajar mengalas kata..bukan diajar untuk tidak bercakap benar dengan memarahi mereka :)

Jangan Kentut...?

Ini di hadapan pejabat pos AEON AU2
Apakah maksud tanda ini?  Jangan kentut? Ishhh...

If it works, don't fix it...

Saya cuma tertanya...ini dari pengalaman sebenarnya...

Mengapa ramai wanita yang ada kenderaan mengamalkan sikap, "If it works, don't fix it."?

Jadi saya bantu seorang "damsel in distress" yang hawa dingin keretanya mogok. Maklum, saya seorang lelaki "sengkek", jadi ini salah satu modal yang baik buat saya. Hendak pikat dengan wang dinar tak mampu. Jadi, cuma tawarkan perkhidmatan. Ini terbaik. Ikhlas tau!

Bila masuk bengkel...

Pomen: Aiyaaaaaa ini kreta berapa lama takda sevis itu ekon?
Saya: Errrrr...
Pomen: Lu tengok ini coil...lu tekan...tengok picah!
Saya: Errrrrr...boss, apa pasal ini kereta tak ada power?

Saya perlu bertanya...

Pomen: Aiyaaaaa...ini manifold lu tingok...sudah sumbat! Itu asap pusing masuk enjin balik wooo.

Pi mai pi mai masa...

Pomen: Haaa sikalang lu test. Ini kreta sudah jadi 1.5 woooo! Itu ekon sudah macam snow woooo...

Akhirnya banyak juga ditukar. Ini kerana sikap, "If it works, don't fix it." 


Jadi kepada semua "Hey Ladies" diluar sana, silalah amal sikap kawal dan selia ya. Takut satu hari nanti anda tersangkut tengah lebuhraya...hmmm tapikan, bila difikirkan kembali, jika sangkut pasti ramai yang berhenti tawarkan khidmat bukan? Hmmmm bijak juga korang ni!

Master Chef...

Sudah lebih seminggu saya fikirkannya...

Masak/sediakan makanan sendiri.

Banyak faktor yang melengahkan sebenarnya. Saya tinggal dalam bilik. Luas juga. Namun, hendah masak dalam bilik? Tetapi, hendak jimat dalam kegawatan ini, saya kira ini sesuatu yang saya perlu lakukan.

Mana saya hendak cari...

1. Peti sejuk
2. Kuali leper (frying pan?)

Dalam kepala saya hanya spaghetti/pasta dan sandwich yang senang disediakan. Goreng-menggoreng ekstrem pastinya sesuatu yang TIDAK.

Cadangan?

Ubi Kayu...

Pokok-pokok ubi kayu depan rumah sudah membayangi tingkap bilik tidur saya di atas. Saya mula fikir siapa yang mahu...

Saya tanya seorang bff sama ada dia mahu. Mungkin jawabnya. Sebentar kemudian dia hubungi. Dia kata maknya mahukan yang lembut saja.

Saya: Yang lembut itu kira yang mudalah.
Dia: Ooo macam I la.

Saya senyum.

Lihat, jika dia bff anda, jangan sanggah! Iyakan sajaaaaaa...

Masuklah Akal...

Manusia boleh jadi sangat "tak masuk akal" jika dia berniat sesuatu atau kemahuannya tidak dipenuhi...

Terbaru ada seseorang melabel bapa saya "murtad" kerana tidak hadir satu perhimpunan di Shah Alam. Saya sarankan agar dia panjangkan label dia itu kepada semua - termasuk pemimpin negara - yang tidak hadir. Jangan pilih siapa-siapa yang anda mahu saja.

Juga orang yang sama "bising" kerana pos yang dibuatnya di dinding FB bapa saya dibuang. Sebenarnya dia tidak beretika. Sudah dipos sekali beritahu tentang perhimpunan itu sudahlah. dia perlu berkali pos. Saya kira itu "spam", jadi maaflah, jika anda tidak bersopan, saya selaku pentadbir "bakulsampahkan" saja.

Segala komen dan kritikan kami terima. Yang "bakulsampahkan" adalah "makian" atau apa yang lucah atau fitnah. Tidak kira kepada Pak Samad mahupun orang perseorangan atau pemimpin-pemimpin (baik pemerintah mahupun pembangkang).

Jadi, marilah kita sekurangnya jadi dikalangan manusia yang masuk akal ya :)

*FB Pak Samad ditadbir bersama saya dan beberapa rakan rapat.

Dulu & kini...

Saya lihat pada diri saya sendiri...pada beg sebenarnya...

Dahulu, jika keluar tidak banyak yang saya bawa.

Kini...

1. Komputer riba
2. Ipad
3. Henfon
4. Tisu basah
5. Buku
6. Cakera Keras mudah alih
7. Wayar-wayar
8. Air
9. Ubatan seperti Zrytec & Panadol
10. Pengikat rambut
11. Anika pen
12. Rokok & pemetik api

Bukan apa, cuma terbayang, apakah yang akan jadi jika tiga benda pertama di senarai itu tidak ada?

Untuk wanita? Saya pasti lebih panjang senarainya bukan?

Bagaimana...

Bagaimana hendak makan dua ekor ayam sekaligus?

Senang...

Pesan dua biji telur 1/2 masak...

Serembah Serembih...

Dulu saya selalu dengar mak sebut perkataan in - serembah serembih. Selalunya begini...

"Apa pakai baju serembah serembih ni?"

Tadi...

"Otak awak ni serembah serembih laaa," kata saya pada teman.

Serembah serembih, lebam lengan saya kena cubit...haha

Bolasepak...

Malam Sabtu lalu saya duduk minum kopi sebelum pulang ke rumah. Restoran mamak ini tidaklah penuh sangat. Di tv sedang tayangkan Chelsea lwn Everton. Sedang santai minum kopi sambil balas emel dan tonton tv...

"Haaa pass pass...kiri kosong tu...pass pass! Lembab betul la Drogba ni! Hah hah tendang tendang... Alaaaa bodoh betul! Hah! Apalah kau main ni?"

Begitulah hingga separuh masa pertama tamat. Mamat ini duduk depan saya seorang. Saya kira dia seorang jurulatih bolasepak...tidak, mungkin komentator...hmmm mungkin dia sedang bosan sangat. Entahlah sesetengah manusia memang 'loud' walaupun keseorangan, namun saya tak kisah. Dia menikmati perlawanan bolasepak itu...saya menikmati aksinya itu :)

Filem...

Apa sebenarnya yang istimewa dengan filem-filem P. Ramlee? Sudah tidak terkira jumlahnya saya menonton filem-filemnya. Jemu? Tidak. Pelik bukan?

Al Fatihah buat arwah...

Di McD...

Kaunter: u duduk mana? Nanti kita hantar...
Pelanggan: Hah?
Kaunter: u duduk mana?
Pelanggan: Itu Taman Dagang. Sini belakang...

Budak kat kaunter nampak bingung...pelanggan yang saya agak jaga Gurkha ini lagi nampak bingung...

Romi & Juli 8.0...

Saya pernah ditanya seseorang, "Mengapa teman lelaki saya tak banyak bercakap semasa saya telefon?"

Jawapan mudah dan patut dihargai sebenarnya. Bukan komplen.

Kebanyakkan lelaki memang tidak banyak cakap kecuali yang ingin menjual sesuatu atau bila mereka berbicara mengenai bolasepak. Itupun sesama mereka sebab jika dia sokong Liverpool dan kebetulan teman wanitanya sokong Manchester United dan bila ditanya...

Romi: Kenapalah you sokong MU?
Juli: Oh I loikeee Cristiano Ronaldo!

Dengan muka macam bangga bagai dapat beg LV. Teman lelakinya senyap. Bukan apa, 1. Ronaldo sudah lama di Real Madrid dan 2. Anda ingat Romi anda suka sangat dengar Julinya tergilakan "jantan" lain?  Cuba kalau...

Romi: I suka sangatlah kat Lisa tu!
Juli: Lisa Surihani? Alaaa biasa saja dia tu...
Romi: Tak, Lisa Wong anak boss I tu...
Juli: Hah? Awak jangan main-main ya. Nak cari nahas ya...

Nampak beza? Lelaki tidak suka sangat Julinya tergila "jantan" lain. Tak kiralah "jantan" itu selebriti. Pada mereka, Julinya hanya ada 1 lelaki. Dia, Romi - "Alpha Male".

Berlainan dengan Juli. Rominya boleh tergilakan selebriti mana-mana. Dia tak kisah. Dia seakan tahu macamlah Rominya berangan...tetapi, jika tergilakan wanita lain yang biasa..nahas!

Romi: Awak, siapa pengurus MU?
Juli: Errrr...
Romi: Awak suka Giggs tak?
Juli: Suka! Suka!
Romi: Dia pakai jeysi nombor berapa?
Juli: Errrr...

Berbalik kepada soalan, ""Mengapa teman saya tak banyak bercakap semasa saya telefon?"...

Sesetengah lelaki memang begitu. Mereka memang tidak suka bercakap banyak/bergayut melalui telefon.

:)

Kota Damansara...

Dulu saya sangat selesa dengan kawasan ini. Namun, hari ini saya sedar, keselesaan itu telah tiada. Pelbagai rasa menerkam diri dan mencengkam hati. Hanya membuktikan keselesaan itu wujud bila anda ada rasa diperlukan dan disayangi.

Hidup diteruskan...

orang Tua...

Orang tua (selalunya lelaki) jika dapat gajet idaman pasti matanya menyinar seakan anak-anak kecil yang mendapat mainan idaman mereka...

"Flirt..."

Mata kami bertemu.

Dia senyum. Saya balas.

Saya kenyit mata padanya. Dia balas.

Dia jelir lidahnya. Saya balas.

Saya lambai padanya. Dia lambai kembali.

Ibu dan bapanya tersenyum. Anak perempuan empat tahun bernama Iman ini sangatlah kuat daya tarikannya dan "cheeky".

Belajar Berkumpulan...

Seperkara yang tidak banyak berubah dari zaman 80'an hingga kini adalah restoran makanan seperti MCD masih jadi tumpuan anak-anak muda berkumpul. Ada yang berdating. Ada melepak. Dan ada yang buat "study group".

Menyentuh soal belajar berkumpulan ini, purata anak-anak bangsa Cina menguasai peratusannya - belajar berkumpulan di MCD. Dan pelajar-pelajar institusi swasta paling ramai.

Dulu saya juga begini sebenarnya. Berkumpul dan belajar berkumpulan di A&W Jalan Barat PJ. Jadi bila lihat anak-anak ini di MCD, sedikit sebanyak terimbas silam.

Adik-adikku, belajar bijak dan bersungguh ya untuk masa depan!

Kompromi...

Saya: Ali, look, masjid!
Ali: Castle...
Saya: Masssjidddd...
Ali: Castleeeee...
Saya: Masjidddd la Ali...
Ali: Masjid Castle daddy...

Dia senyum...saya juga begitu. Anak-anak zaman kini pandai kompromi bukan?

Mat Bangla...

Kenapa mat-mat Bangla kalau jalan berduaan suka sangat berpegangan tangan?

Sangat tidak "cool"!

Tapi, dalam ketidak "cool" itu, ramai juga wanita lokal yang terpikat kan?

Hmmmm...

8K vs. 8J...

Baru ini saya buat satu proposi (proposal lahhh) untuk dapatkan pinjaman. Tidak banyak. Dalam RM8k saja. Hingga kini tertunggu-tunggu. 

Nak bertanya, tetapi sindrom orang meminta sangatlah condong kepada merendah diri dan mengamalkan sifat sabar menanti.

Dia: Hah? kau minta 8k saja?
Aku: Ya.
Dia: Dan sampai kini tiada jawapan?
Aku: Ya...
Dia: Baik kau mintak 8J terus bang, mungkin lagi senang...
Aku: 8J untuk terbitkan buku?
Dia: Banyak buku kau boleh terbit bang!

Saya baru tahu, 8k sebenarnya terlalu kecil. Orang tak pandang dan ambil berat...

Jangan...

Ini ceritanya...

Dia sememangnya buat masa ini dalam kesulitan - serba tidak mencukupi. Dan kerana inilah juga ada beberapa perkara yang agak terhalang untuk dipenuhi. Namun, atas semua ini, dia ada senarai keutamaan. Anak yang teratas. Diri sendiri entah di mana. Antara itu terisi jika tanggungjawab ke atas anak dipenuhi. Itu dia buat masa ini.

Diteruskannya lagi...

Terkadang kredit di telefon tidak mencukupi - kerana itu dia "tembak" dan bila langsung tiada, dia gunakan internet di mana yang ada untuk berhubungan.

Terkadang juga petrol di kereta kritikal - kerana itu dia duduk saja dalam bilik dan buat apa yang patut agar tidak "idle". Dia mengadu masa keretanya tersadai dua minggu kerana rosak. Nasib ada kawan-kawan yang membantu setelah mengetahui. Dia kata dia tidak akan lupa jasa kawan-kawannya itu.

Diteruskannya lagi...

Dan terkadang...bermacamlah. Menggeleng...saya faham situasinya itu.

"Apa yang ingin aku katakan, orang terdekat yang tahu sepatutnya memahami, tapi terkadang dan berulang seakan tidak berlaku. Aku tidak banyak cakap. Aku juga tidak banyak memikirkan sangat tentangnya. Lumrah. Sudah biasa. Senyap dan fikirkan yang lain lebih bagus. Umur ini tidak benarkan aku ambil kisah sangat. Jika ada antara mereka yang boleh kira uban di kepala ini, aku kira waktu itulah aku baru boleh mula ambil kisah...agaknyalah," katanya tersenyum.

Apa yang ingin saya katakan, "Manusia, janganlah engkau sulitkan lagi mereka yang dalam kesulitan."

Three Musketeers...

Semalam saya tonton The Three Musketeers. Selain dari babak pertarungan yang hebat, filem ini berkali membuat saya terimbas akan Pirates Of The Carribean. Orlando dan kapal terbang...filem ini ada sambungan berdasarkan babak yang dipaparkan semasa kredit ditayangkan.

Berbaloi tonton :)

Beri dan terima...

Manusia ada bahagiannya yang tersendiri...

Ada yang dilahirkan untuk memberi...
Ada untuk menerima...
Ada untuk memberi dan menerima...

Namun jika dilihat dari segala sudut, ia adalah pemberian dari Dia.

Jadi janganlah berbangga merasakan anda yang memberi atau andalah yang layak menerima.

Segalanya ujian...

Apple...

Awal 80'an saya sangat obses dengan Apple II. Obsesi ini berlanjutan kepada Lisa, Macintosh...walau dihimpit komputer jenama lain seperti Commodore PET & TRS 80, mesin yang menggunakan "microprocessor" Motorolla 6502 ini terus menyinar hingga IBM PC dengan "Microprocessor" Intel 8088 berlabuh.

Minat dan penglibatan saya dalam dunia komputer berkisar dengan dunia Jobs & Wozniak. Dunia saya dalam bidang komputer bermula dari awal 80'an hingga lewat 90'an. Saya kagum dengan mesin yang mereka cipta. Namun, saya tidak mampu memilikinya hingga sekitar 2007. Ipod menjadi produk pertama Apple yang saya miliki. Selepas itu Ipod Touch dan akhir ini Ipad.

Hari ini salah seorang pengasasnya telah pergi. Ia menggembalikan banyak nostalgia kisah silam. Hidup diteruskan. Terima kasih dan selamat tinggal Steve Jobs...

Ali @ A'Famosa...

Ali & kawan-kawan baiknya...
Impian jadi kenyataan...