header-photo

Jangan...

Ini ceritanya...

Dia sememangnya buat masa ini dalam kesulitan - serba tidak mencukupi. Dan kerana inilah juga ada beberapa perkara yang agak terhalang untuk dipenuhi. Namun, atas semua ini, dia ada senarai keutamaan. Anak yang teratas. Diri sendiri entah di mana. Antara itu terisi jika tanggungjawab ke atas anak dipenuhi. Itu dia buat masa ini.

Diteruskannya lagi...

Terkadang kredit di telefon tidak mencukupi - kerana itu dia "tembak" dan bila langsung tiada, dia gunakan internet di mana yang ada untuk berhubungan.

Terkadang juga petrol di kereta kritikal - kerana itu dia duduk saja dalam bilik dan buat apa yang patut agar tidak "idle". Dia mengadu masa keretanya tersadai dua minggu kerana rosak. Nasib ada kawan-kawan yang membantu setelah mengetahui. Dia kata dia tidak akan lupa jasa kawan-kawannya itu.

Diteruskannya lagi...

Dan terkadang...bermacamlah. Menggeleng...saya faham situasinya itu.

"Apa yang ingin aku katakan, orang terdekat yang tahu sepatutnya memahami, tapi terkadang dan berulang seakan tidak berlaku. Aku tidak banyak cakap. Aku juga tidak banyak memikirkan sangat tentangnya. Lumrah. Sudah biasa. Senyap dan fikirkan yang lain lebih bagus. Umur ini tidak benarkan aku ambil kisah sangat. Jika ada antara mereka yang boleh kira uban di kepala ini, aku kira waktu itulah aku baru boleh mula ambil kisah...agaknyalah," katanya tersenyum.

Apa yang ingin saya katakan, "Manusia, janganlah engkau sulitkan lagi mereka yang dalam kesulitan."

0 reaksi: