header-photo

Masuklah Akal...

Manusia boleh jadi sangat "tak masuk akal" jika dia berniat sesuatu atau kemahuannya tidak dipenuhi...

Terbaru ada seseorang melabel bapa saya "murtad" kerana tidak hadir satu perhimpunan di Shah Alam. Saya sarankan agar dia panjangkan label dia itu kepada semua - termasuk pemimpin negara - yang tidak hadir. Jangan pilih siapa-siapa yang anda mahu saja.

Juga orang yang sama "bising" kerana pos yang dibuatnya di dinding FB bapa saya dibuang. Sebenarnya dia tidak beretika. Sudah dipos sekali beritahu tentang perhimpunan itu sudahlah. dia perlu berkali pos. Saya kira itu "spam", jadi maaflah, jika anda tidak bersopan, saya selaku pentadbir "bakulsampahkan" saja.

Segala komen dan kritikan kami terima. Yang "bakulsampahkan" adalah "makian" atau apa yang lucah atau fitnah. Tidak kira kepada Pak Samad mahupun orang perseorangan atau pemimpin-pemimpin (baik pemerintah mahupun pembangkang).

Jadi, marilah kita sekurangnya jadi dikalangan manusia yang masuk akal ya :)

*FB Pak Samad ditadbir bersama saya dan beberapa rakan rapat.

3 reaksi:

Anonymous said...

ah, mereka lupa satu.

menghadiri Bersih 2.0 TIDAK bermaksud kafir dan tidak menghadiri HIMPUN TIDAK bermaksud menyokong kemurtadan.

DR Bubbles said...

Mereka lupa yang membaca ini orang pandai-pandai dan tidak perlu dipaksa-paksa menurut perintah.

Bang Helmy, mohon dipertimbangkan untuk ban orang itu permanently daripada Page FB.

ahmad baju buruk said...

dah ada keris kuasa, bt apa hboh2 nk hmpun2 . gubal ja akta akta anti murtad 53 thun pgang tkn tkblh nk buat. apa hal nk hmpun tk puas2 tpu lg ka hehehheeh