header-photo

2007

Sudah Terbit!















March
8 Judul Yang Bakal Diterbitkan WBSB Pada 2007

Edisi Seni Warisan Melaka:
1. Dari Salina Ke Langit Petang - Sudah Terbit!
2. Cinta Fansuri - Sudah Terbit!
3. Keledang - Sudah Terbit!

Pakej Novel Kanak-kanak 5 dalam 1:
4. Rumah Rahsia - (Mei)
5. Bendera Merah Di Atas Bukit - (Mei)
6. Mengejar Tetamu Di Waktu Senja - (Mei)
7. Yang Berat Sama Dipikul - (Mei)
8. Jangan Ikut Jalan Ini - (Mei)

45 reaksi:

suhana said...

Assalamuailaikum Bang,

macam daun bawang saja.

Ermmm menarik.

jiwarasa said...

Cantiknya kulit buku!!

Tahniah!

Boleh saya nak beli dengan tandatangan Pak Samad lagi? :)

Rebecca Ilham said...

Saya juga mahu beli satu; dengan tandatangan Pak Samad sekali!

Pulang ke Malaysia kelak, boleh saya singgah beli karya-karya Pak Samad di premis Wira Bukit?

Helmy said...

Salam.

Maaf saya terpaksa kaburkan dulu kulit buku sebab ada beberapa masalah teknikal. Akan dipamerkan isnin atau selasa depan ini.

rebecca: kalau ditanya di mana premis WB pada pak samad pasti dia menjawab, "di bawah pohon rendang..."

boleh, hubungi saya dan mungkin boleh bertemu dengan pak samad sekali di bawah pohon rendang sambil menikmati teh tarik...

embun said...

helmy, yang kabur pun cantik. hem...

Puan Ainon Mohd. said...

Hmm... Buku-buku terbitan WBSB memang jelita dan cantik-cantik! Kalah PTS...

Helmy said...

Salam.

Saya lebih memikirkan bagaimana mahu menjual buku-buku wbsb sebanyak buku-buku terbitan PTS...

Rebecca Ilham said...

Salam.

Sdr Helmy, nanti sudah tetap tarikh pulang, saya hubungi sdr.
Terima kasih!

embun said...

ok, saya dah dapat imej yg cantik tu. hah, memang jelita, memagut2 jiwa saya utk membaca naskhah ini sekali lagi.

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Helmy,

Tentang jualan buku... ini ada kaitan dengan 'law of numbers' (hukum jumlah), di mana makin banyak judul buku, makin banyak jumlah yang terjual!

Saya bisikkan sekali lagi... husss, tambah jumlah judul...

annyss said...

Orang yang berkata 'don't judge a book by it's cover' ialah orang yang tidak pernah terlibat dalam bidang penerbitan ataupun penjualan buku.

Kulit buku sangat penting dalam menyampaikan isinya kepada khalayak. Oleh itu, konsep kulit buku mesti jelas.

Tahniah Wira Bukit! Setakat ini kulit bukunya belum ada yang mengecewakan.

Helmy said...

Salam.

Puan Ainon: Tahun 2007 WBSB akan terbitkan 8 judul - novel kanak-kanak diberi keutamaan dengan 6 judul. Selain itu kami sediakan 2 lagi judul opsyen di mana akan diterbitkan jika perlu.

Kak Nisah: Terima kasih. Pujian Nisah menjadi penjana untuk terus berusaha melahirkan yang lebih baik.

Seperti sifat penulis yang tidak pernah berpuas hati atas karya-karyanya, saya juga begitu - tidak pernah puas hati dengan konsep dan rekabentuk buku-buku yang diterbitkan.

Saya semakin terhanyut ke dunia penerbitan...

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Helmy,

Barangkali elok WBSB fokus kepada novel kanak-kanak, sehingga ia menjadi sinonim dengan novel kanak-kanak terbaik dalam Bahasa Melayu. Fokus. Fokus. Fokus. Apabila sudah stabil dan established, boleh membuka genre lain pula.

kamal said...

dude, i love the concept.

Anonymous said...

kulit kali ini lebih lawa daripada sebelum2. semalu yang dibingkai kecil kat tengah tu tak beberapa menonjol. saya pun tak sabar mahu cop satu. tahniah!

--> saharil.com

abdul rahman said...

akum

kat mana bleh beli buku cinta fansuri ni bro?

rimanilzah said...

Kebanyakan karya Pak Samad saya ada. Saya tak sabar tunggu Keledang dan Pakej cerita kanak-kanak tu. Saya tak ada lagi buku-buku tu. Oh, ya! Mungkinkah Langit Petang akan diterbitkan semula. Saya pernah beli tapi dah hilang. Orang pinjam.

Helmy said...

Salam.

AR: Ujana Ilmu Feb ini.

Rima: Sepatutnya LP dicetak untuk Edisi Seni Warisan Melaka tahun ini, tetapi atas sebab teknikal ia ditolak ke tahun hadapan.

rimanilzah said...

Oh, begitu! Tak mengapa. Saya tunggu.

Faisal Tehrani said...

salam,
tak sabarnya nak dapatkan cinta fansuri...novel itu hilang dipinjam orang satu masa dulu. kulitnya cantik! jeles...

Anonymous said...

Menghitung hari.. Berapa hari lagi nak masuk Februari...:)

Helmy said...

Salam.

Janganlah menghitung...saya rasa tertekan pula...DSLP dah siap sebenarnya ;)

Puan Ainon Mohd. said...

Amboi! Cantik-cantik kulit buku remaja Wira Bukit! Tahniah! Tahniah! Memang cantik!

Helmy said...

Salam.

Sifu, itu rekabentuk untuk satu projek yang sedang dikerjakan - harap berhasil.

Rekabentuk sebenar masih di awangan dan belum mampu mencapainya...lagi :)

wan a. rafar said...

Saya juga terpesona dengan kulit buku itu. Memang kulit buku boleh mempengaruhi pembeli, selain nama penulisnya. Saya mempunyai beberapa naskhah dari edisi berlainan bagi satu tajuk, misalnya Salina dan One Hundred Years of Solitude.

annyss said...

Salam semua,

Dari Salina Ke Langit Petang sudah dijual secara online di Ujana Ilmu.

http://www.ujanailmu.com.my/pd_dari.cfm

Terima kasih.

-Nisah Haron-

mxypltk said...

Kalau boleh bagi sikit sinopsis "Keledang" dan "Cinta Fansuri".

Helmy Samad said...

Salam Bung.

Akan diusahakan.

Nissa' Yusof said...

salam ziarah.tahniah,,satu revolusi untuk karya sasterawan negara..selalunya kan sama saja kulitnya=)

arlina azlina said...

bolehkah buku untuk kanak-kanak tersebut dikirim melalui pos? dengan ucapan istimewa daripada penulis untuk anak-anak tersayang. Berapa harganya?

Helmy Samad said...

Salam.

Nissa', revolusi? Saya lebih merasakan ia cuma mengikut peredaran masa.

Arlina, kelak bila terbit boleh membelinya di www.ujanailmu.com.my. Tiada masalah tentang ucapan istimewa penulis dan harganya akan ditentukan kelak.

Terima kasih.

Anonymous said...

Kalau nak letak buku, consignment basis, bagitau la... Now ada buku kanak2 je kat kedai tu.

-Andura-

mxypltk said...

Bung Helmy,

Saya sudah mulakan kempen "Keledang". Moga sangat membantu. Sila baca resensi "Keledang" dalam blog berikut

http://ulasbuku.blogspot.com/

Helmy Samad said...

Salam.

Astaga Bung Hakim, langkahanmu rupanya lebih cepat dari saya...hehehe

Terima kasih.

Andura, maaf hari ini otak saya lembab (selsema dan demam sikit), sila email saya ya.

Terima kasih.

Anonymous said...

Selsema dan demam? Pembawakan budak la ni... Hehehe.

Arini email kong. Sok la kot.

-Andura-

Web Sutera said...

A'kum Sdr Helmy,

Novel Cinta Fansuri & Dari Salina ke Langit Petang pasal apa?

Saya masih simpan novel Salina sejak tahun 80-an lagi, walaupun kulit dah hilang!

Helmy Samad said...

Salam sdr Web Sutera

resensi boleh didapati di http://ulasbuku.blogspot.com/

Cinta Fansuri:

PADA awal Perang Iraq suasana dunia sangat resah dan mencemaskan. Dalam kekalutan itulah seorang pencinta dipujuk untuk menyelesaikan masalah cinta seorang wanita yang lain.
Apakah segala ini kisah yang real atau ia tercetus oleh resah seorang seniman? Berlaku di dalam dan di luar negara—Cinta Fansuri—adalah satu pengalaman syahdu yang tidak wajar dilepaskan


Saya masih mencari buku Salina edisi pertama...

Terima kasih kerana santai di sini.

Web Sutera said...

Utk Sdr Faisal Tehrani,

Saya kagum dgn pendekatan sdr menulis novel. Saya memiliki semua novel sdr, kecuali Tunggu Teduh Dahulu.

Cuma satu komen ikhlas, saya ada hantar pertanyaan/komen lewat laman web Se-lain, saya dah lupa bila & berapa kali, tapi nampaknya sdr sombong, diam membisu seribu bahasa, tiada kata walau seaksara, kenapa?

Malah saya ada masukkan sedikit ulasan novel sdr dlm blog saya.

Web Sutera

Helmy Samad said...

Mana si Faisal ni?

hehehehe...

Jiwa Rasa said...

la..la..la..
Cinta Fansuri dah terbit!

Eh bila nak ke utara lagi? Saya nak beli CF & DSKLP..

ekspresi said...

cinta fansuri. dah lama saya cari. saya dah pesan via nisah.

Helmy Samad said...

Salam.

JR, saya takut berjanji. Tetapi insyaAllah klu saya ke utara akan saya hubungi anda.

Sdr Ariff, patutlah Nisah hubungi saya tadi dan pesan CF.

Terima kasih atas sokongan anda semua!

Oraet.com said...

Salam,

Isteri saya ke Bengkel Jibunsyi. Ada cenderamata dari Wira Bukit. Wah! saya pula yang teruja menatapnya. Terima Kasih!

Tetapi dia terlupa pula dengan tandatangan Pak Samad. Tidak mengapa saya kata, bila-bila pun kita tentu bersua dengan Pak Samad.

Selamat berjuang.

Nazhatulshima Nolan said...

Sekalung penghargaan di atas pemberian Wira Bukit di atas pemberian Cinta Fansuri, Dari Salina ke Langit Petang dan Rindu Ibu untuk peserta bengkel.

Semoga dimurahkan rezeki untuk mendapat rezeki yang 'mahal-mahal'.
Cuma terkilan tidak meminta Pak Samad tandatangan buku-buku tersebut kerana pada waktu itu masih belum menerimanya.

Helmy Samad said...

salam.

Kami berusaha dengan lebih gigih bila produk kami dihargai.

Terima kasih.