header-photo

Adik Datang...

Senarainya macam tiada penghujung...

Ini sesuatu yang tidak dirancang, tetapi menjadi salah satu "best-seller" WBSB. Produk pertama kami novel "Adik Datang" diterbitkan pada tahun 2003. Kehijauan kami dalam bidang penerbitan terserlah pada buku ini. Kini setelah hampir empat tahun, saya rasa kami perlu mematikan apa yang menghantui kami selama ini...
Yang mana satu?

Dengan bantuan rakan-rakan seperti naimisa (yang menggariskan kesalahan-kesalahan dan resensinya) dan emila (yang ada saja sentuhan emasnya), buku ini akan diterbitkan pada April 2007.

nota: grafik kulit awal yang dipaparkan.

22 reaksi:

Jiwa Rasa said...

Sdr Helmy,
Saya Sudah beli Adik Datang lama dahulu dari esastera.com. Saya suka dengan saiz buku itu yang comel dan kualiti bukunya yang baik. Saya sanggup beli walaupun mahal. Harap dapat dikekalkan.

Betul seperti kata naimisa, ada kesalahan kecil ejaan di sini sana, tetapi tidaklah hingga mencacatkan jalan cerita.

Tengok yang baru ni, rasa macam nak beli satu lagi..:)



Tengok

Helmy Samad said...

Salam JR.

Tidak mengapa. Sdr boleh beli "jacket"nya saja...

mxypltk said...

Saudara, terima kasih kerana terus menghidupkan karya Dato A. Samad Said.

Adakah kali ini 'Adik Datang' baru ini dalam versi mewah atau versi santai? Mohon adakan versi santai sekali? Teringin den nak mombolinya.

Saya suka cover tanpa wajah insan, nampak lebih mesra alam.

Helmy Samad said...

Salam.

Memang akan dicetak dalam edisi santai...

mxypltk said...

Sdr Helmy,

Saya sendiri tak tahu caranya, tapi ada baiknya sdr buat Polls melalui blogspot untuk pilih cover terbaik? Namakan cover tu A)B)C)D), dan suruh pengunjung pilih.

COver adik melihat ke laut sambil membelakangkan kamera tu nampak seram sikit (garis-garis senja di ufuk).

sinaganaga said...

Aku syak, Pak Samad akan pilih reka bentuk kulit luar yang nomer satu! Kalau betul - belanja aku teh ais. Ha ha.

Komen aku: Gambar Pak Samad pada pelipat belakang itu boleh dipersembahkan dalam bentuk yang lebih 'manis macam gula' lagi!

Helmy Samad said...

Salam Bung Hakim.

1. Saya sengaja tidak buat "poll" sebab nak tahu sebab pilihan pembaca.

2. Macam mana nak letak "poll" daaaa...hehehe

Salam Naga.

Pak Samad pilih yang bawah sekali. Kini kau kena belanja dia teh tarek!

Komen anda dipertimbangkan.

Anonymous said...

Alaaa... awat bgtau pilihan Pak Samad awal2??? Hilang thrill! :p

Saya undi no. 2 atau 4.

Tp nak beri komen pada semua pilihan, boleh? Hehe.

No. 1: Biasa dan bosan. Terlalu sepi.

No. 2: Suka warna merah jambu dan gabungan latar belakang hitam putih. Wajah budak dalam depresi dan material bajunya bersesuaian dengan zaman dan cerita.

No. 3: Budak perempuan yang comel dan ayu. Cuma bajunya agak mewah untuk zaman itu.

No. 4: Memberi gambaran belakang agar tiada gangguan imaginasi pembaca. Adik menghadap laut menggambarkan kecekalan suatu penantian.

-Andura-

Anonymous said...

Salam,
Saya suka #3 (biru kegemaran saya), cuma imej adik tu rasanya tak nampak 'natural'/ terlalu besar?
Yang #4 pun cantik (mungkin paparkan cik adik dari sisi?)
~fiz
ps Betulke boleh beli jaketnya saja? :)

mxypltk said...

No. 1 - lebih dekat kepada alam dan tiada imej manusia. Terpikat pada tulisan pasir di atas pantai. Tapi mungkin lebih sesuai untuk novel popular "Cintaku Berakhir di Gigi Pantai".

No. 2 - Adik tu macam lepas kena dera jer, bibir bengkak, baru lepas nangis agaknya.

No. 3 - Adik tu nampak sedih jugak. Masih guna background dari No. 1.

No. 4 - Menyeramkan. Adik yang membelakangi kamera memberikan suasana misterius. Berambut panjang melepasi bahu, mungkin adik sama dari No. 3. Setuju jika ada pandangan sisi; bila manusia lebih baiklah ada wajahnya. Kalau tidak berwajah, takut diinterpretasi sebagai makhluk lain pula :)

Setuju no. 4, jika ada upgrade berdasarkan cadangan tadi.

Anonymous said...

Maaf, nak tambah sikit. Kalau pilih 2 pun bolehkan? Satu untuk edisi santai, yang lagi satu untuk edisi seni warisan.:)
~fiz

Helmy Samad said...

Salam.

Fiz: Kejap ye, saya tengah kira bajet...

sinaganaga said...

Aiseyman, aku kena belanja Pak Samad daa! Tapi takpe, selera Pak Samad bukannya besar. He he.

ibnurabi said...

keempat-empatnya menarik dan punya mesejnya tersendiri. Cuma perlu permainan warna latar belakang dan corak & warna baju yang dipakai oleh kanak2 tersebut. Bayangkan era 40an dulu. Coraknya kain & wanra latar belakang gambar era tersebut. Mungkin boleh hitam- putihkan. Nampak hidup era 40an dikulit buku.
Cuma pendapat.

Ainon said...

Sdr Helmy,

Buku Dato' Samad mesti disukai dan dibaca oleh semua remaja Malaysia. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban... asal sahaja mereka pandai membaca dalam Bahasa Melayu, mereka adalah pembaca sasaran.

Gunakan wajah dan pakaian yang lebih Malaysia... supaya tidak dilihat sebagai "Ini cerita budak perempuan Melayu, sesuai dibaca oleh budak perempuan Melayu sahaja."

Budak lelaki tidak mahu (malu diejek rakan sebaya) memegang buku yang ikon kulitnya budak perempuan!

Untuk buku-buku remaja, cuba gunakan wajah Dato' semasa masih muda...

Puan Ainon.

mxypltk said...

Kalau guna wajah Dato' masa muda, maka sudah tiadalah iconic image yang dibawa sekarang - berkacamata, berambut putih, dan berjanggut putih. Generasi muda lebih mengenali Pak Samad sebagaimana sekarang.

Untuk lihat gambar Pak Samad semasa muda lihat cover "Dari Salina ke Langit Petang" (DBP, 1979). Sah memang tak kenal siapakah jejaka hensem yang menghiasi buku tersebut :)

mxypltk said...

Mohon maklumat, resensi tu apa sih, bunyinya kok enggak serupa bahasa Melayu? Resensi tu komen ker?

Saya budak baru belajar.:>

Helmy Samad said...

Salam Bung.

Ulasan buku - termasuk komen (kalau ada) hehehehe.

Faisal Tehrani said...

salam,
saya suka yang akhir tu kot.
siapa adik yang jadi model tu?

*dan jangan guna gambar pak samad masa muda. bapak lebih wibawa dengan janggut dan misainya!

Helmy Samad said...

Salam Faisal.

Buat masa ini memang "berat" pada kulit yang akhir itu.

Adik yang jadi model itu...anak saudara pereka grafik kami.

Dan tentang gambar itu...belum difikirkan lagi...hehehe

Web Sutera said...

Sdr Helmy,

Cover cun utk edisi yg. terbaru ini. Bila nak siap cetak, April? Harga masih sama? Erm..tak pe saya tunggu KL Bookfare. Dok tengah kumpul duit ni utk borong buku2 kat pesta nanti, tapi jgn lak jual mahal, kena ada potongan harga, paling kurang pun 20%, baru real..!

Anonymous said...

Benar tu..Cuba lihat aiskrim ni...anda akan jual murah...jual murah