header-photo

Keledang

Akhirnya Keledang sedia untuk dicetak. Tapi, nanti dulu! Itu kata hati saya...

Kami mula "mengerjakan" Keledang sekitar 20 Januari. Kini, hampir dua bulan, kami sudah sedia untuk mencetaknya. Esok Jumaat, biarlah saya menelitinya semula. Isnin ini jika tiada halangan, insyaAllah akan dihantar cetak.

Saya tidak pasti kelima-lima buku kanak-kanak sempat dicetak sebelum Pesta Buku akhir April ini. Malah, jauh dalam hati, saya tahu itu sesuatu yang mustahil. Kami terlalu cerewet! Pastinya ada yang mengeluh (maaf ya orang PTS dan Crescent), tetapi saya rasa menjadi satu tanggungjawab untuk memastikan buku-buku yang diterbitkan itu bermutu (soal mutu tinggi, sederhana atau rendah milik pembaca). Sekurangnya apa yang terhasil itu sedikit sebanyak memuaskan kami - bukan perasan ya, tetapi macam saya katakan, menjadi tanggungjawab menghasilkan sesuatu sebaik mungkin yang termampu. Selepas itu, pembaca adalah juri.

Dengan Keledang, maka lengkaplah tanggungjawab kami kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk tahun ini (invois pun sudah boleh sediakan...hahaha). Dan sekaligus membuka pintu kepada satu lagi projek peribadi WBSB - Novel Kanak-kanak 5 dalam 1!

April, Mei & Jun pastinya ribut!

Doakan kesejahteraan kami...

5 reaksi:

pharmy53 said...

Salam persahabatan.
Saya doakan WBSB memperoleh kejayaan di dalam usahanya.

Anonymous said...

i cant get thru to *her*...her streamyx email is full..can you ask her to drop me an email? i miss her celoteh..i an dying to know how she is....

MsJ
Inconditus

Helmy Samad said...

Salam.

pharmy63 - terima kasih. Salam persahabatan.

Ms J - will do.

Lily Haslina Nasir said...

salam..
selalu singgah sini tapi tak pernah tinggalkan jejak. sebut pasal keledang, ini karya lama bukan... teringat masa saya tingkatan satu tahun 1984, sekolah munshi abdullah melaka wajibkan kami baca buku ni utk kelas bahasa malaysia.. sekarang buku tu masih elok dlm simpanan saya.
salam utk pak samad

Helmy Samad said...

Salam Lily.

Terima kasih singgah.

Salam anda akan saya sampaikan.