header-photo

Mana Dulu...?

Jika ditanya siapa dulu jejak di bumi,  lelaki atau wanita, jawapannya pasti lelaki.

Kini persoalan yang tidak jemu ditanya:

Mana dulu? Telur atau ayam?

Jawapan paling kreatif dan terbaik akan terima kemeja T berkolar Wira Bukit. Tarikh tutup tengah malam 3hb Julai 2011.

Isra' Mi'raj...

'Mahasuci Zat yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsa yang telah kami barakahkan sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.' 
Surah Al-Isra' (17):1
Salam dan Selawat buat Nabi kita Muhammad  صلى الله عليه وسلم

Wanita vs Lelaki...

Hidup tidak semudah yang disangka. Berikan saya contoh seorang yang jalannya selurus mungkin hingga akhir hayatnya - jika boleh. Sambil anda berfikir, biar saya beri contoh saya dulu...


Ada yang kata kesilapan-kesilapan itu tidak besar. Lihat, saya masih di sini! Bebas bergerak ke mana sahaja, buat apa saja...jika mahu dan mampu. Jangan sulitkan hidup! Mudahkannya! Senang saja bicaranya, tetapi hari itu saya lewat temujanji. Dalam menguji keberkesanan kamera sistem perangkap laju dan perangkap langgar lampu isyarat yang kini - mungkin - beroperasi sekitar kotaraya, saya harus terpandang kepada sebuah kereta di bahu jalan. Mana mungkin saya buat tidak tahu kepada seorang wanita yang berdiri mencekak pinggang melihat tayar depannya pancit? Dia perlu tahu, melihat dengan mencekak pinggang tidak akan mengisi semula angin pada tayar itu. Saya perlu berhenti.

Saya ambil masa limabelas minit melaksanakan tanggungjawab sivik saya. Dia senyum dan ucap terima kasih. Saya angguk senang hati.

Dalam meneruskan semula ujian keberkesanan kamera perangkap apa saja di kotaraya, saya tersedar. Betapa bijak dan hebatnya wanita! Dia hanya perlu lihat tayarnya yang pancit sambil mencekak pinggang dan masalahnya selesai!

Ah lelaki. Kau perlu lebih bijak. Hidup memang tidak mudah buat lelaki.

Maruah...

Biar kereta atau material melayang...
Jangan maruah melayang.
 

Baju...

Semakin hari semakin bertimbun baju kotor dalam bekasnya. Entahlah mengapa, saya sangat malas akhir ini. Melihat rak baju, hanya tinggal beberapa helai saja yang bersih...

Esok lusa saya mungkin perlu pakai pakaian yang kotor jika terus begini. Tak mengapalah bisik hati, memakai pakaian kotor kini lebih selamat dari yang bersih...

Bukan?

Terkadang...

Terkadang saya rasa wanita itu perlu beri lebih sedikit kepercayaan kepada lelakinya daripada mengandai atau mendengar kata-kata dari orang lain.

Terkadang saya rasa wanita perlu lebih sabar dan memberi perangsang kepada lelakinya dari terus putus asa.

Terkadang saya rasa saya terlalu impikan sesuatu yang sudah tidak wujud lagi...pupus.

William's Corner...

Ini hari ketiga. Sudah hampir tiga hari aku hampir 100% duduk dalam bilik dan tidak keluar kecuali malam semalam. Itupun kawan ajak saya keluar makan...

Kedai makan William's Corner ( http://www.facebook.com/pages/Williams-Corner/168348781746 )  ini memang terkenal. Terletak di Taman Mayang Petaling Jaya, kedai makan ini tidak perlu papan tanda. Sekali dia buka 100 meja - penuh! Namun, apa yang tak larat adalah porsi makanannya. Dinasihatkan satu porsi itu dimakan dua orang. Jangan lupa cuba Nasi Goreng Ketam bila ke sini.
Semalam empat (4) orang makan tiga (3) porsi - Lamb Ribs, Seafood Pasta dan Meat Platter dan lima (5) minuman Jus Nenas Rambutan, Avocado Strawberry, Soda Herb Dengan Rambutan, Mango Peach dan Tembikai Rambutan (semua gelas gergasi) dikenakan bayaran RM187. Walaupun ini kedai macam "mamak", tetapi jika makan satu porsi harganya sekitar RM40-50 bagi kebanyakkan hidangan. Jadi sediakan wang secukupnya. Lagipun tiada menu di sini. Pelayannya akan beritahu apa yang ada.
 Maaf gambar tidak terang sebab orang yang rakamnya tidak mahir. Gambar-gambar lain yang terang sila ke laman Facebooknya.

Kulit: Salina Draf Awal...

Ini draf awal...
Proses oleh perekanya di http://emilayusof.com/2011/06/salina/

Esen...

Ada seorang budak perempuan. Umurnya sekitar 12 tahun. Dia berada dalam dunia peralihan. Jadi apa di dunia dewasa itu mula meresapi dunianya berdikit. Salah satunya adalah bau-bauan - minyak wangi yang selalu dibaunya bila bersama ibu, kakak atau bila berada dalam kalangan dewasa. Antara semua bau, dia tertarik dengan bau "Vanilla" kakaknya itu. Namun, setiap kali dia ingin mencuba, kakaknya marah. Setiap kali dia minta dari ibunya, permintaannya ditolak kerana umurnya. Sememangnya anak di usia begini agak ligat dan kreatif pemikirannya. Dia mula berfikir...

Harinya tiba bila dia ke sekolah dan kawan-kawannya menyapa bertanya minyak wangi apakah yang diguna? Dia hanya tersenyum hari itu. Hatinya girang. Puas. Harinya sungguh cerah hari itu.

Dia mula tergaru-garu tengkuknya. Tidurnya petang itu sebaik kembali dari sekolah terganggu. Dia terasa sesuatu seakan menggigit-gigit tengkuk dan tepi telinganya. Tersedar dia melihat pada jemarinya. Semut! Dia menjerit lari keluar dan disambut ibunya yang terkejut melihat semut-semut hitam yang agak banyak pada anaknya itu.

Malam itu dia malu. Dia terajar sedikit. Esen vanila adalah esen vanila dan tidak boleh digunakan sebagai pewangi...

Curang...

Saya ditanya, "Mengapa wanita curang?" Jawapan spontan saya, "Sebab utama wanita curang adalah kerana lelaki tidak jalankan tanggungjawabnya dengan berkesan."

Dia senyum. Lalu bertanya lagi, "Mengapa lelaki curang?"

Jawapan spontan lagi dari saya, "Itu kena tanya KIS."

"Hahaha," orang meja sebelah ketawa.

Tengok? Bukan saya seorang yang pasang telinga bila di kafe ya :)

Cinta Abadi...

Ada seorang insan. Dia kehilangan cintanya. Hidupnya berubah. Sekelilingnya gelap dan sepi. Sepi dunia dalamnya. Gelap dunia luarnya. Dia cuba mencari cintanya yang hilang itu, tetapi mata hatinya tidak terbuka pada pencarian cintanya yang hilang itu. Malang fikirnya. Duka rasanya. Dalam kesiksaan yang dilaluinya, dia ternampak samar-samar cahaya. Mata hatinya terbuka ke arah itu. Hatinya dicium setitik harapan. Dia mula bertenaga. Dia mula cuba hidup kembali. Dia mula mahu mengenali cahaya itu.

Cinta...apa yang difikirkannya hilang itu sebenarnya bukan cinta. Namun Tuan empunya cinta itu ada ceritaNya sendiri. CaraNya sendiri. Akhirnya insan itu mengenali milik siapakah cintanya itu. Sungguh ajaib, dalam derita dan kegelapan, insan itu akhirnya jumpa cinta yang sebenar. Cintanya yang hilang sebaik dia mula jinak dengan duniawi...SubhanAllah...

Kesan Efek...Asing!

Baru-baru ini saya alami satu pengalaman yang baru. Dalam sebuah panggung di sebuah kompleks membeli-belah, kesan efek istimewanya sesuatu yang sebelum ini tidak pernah saya alami. Sedang menonton sebuah filem, dalam  suasana yang agak bingit oleh kerana sistem bunyi canggih, tiba-tiba saya terkesan satu bunyi yang agak berlainan sekali. Adengan di skrin adalah aksi-aksi pertempuran, tetapi mengapa ada bunyi wanita mengeluh dan mengerang di belakang saya? Selepas itu "mamat" sebelah saya kerap langgar kaki saya. Saya toleh, dia sedang hampir terbaring. Hmmm...tetapi kesan efek yang paling istimewa sekali adalah...

"Ringgggggg"...ya hello...ah no. Yes, I see you later. No, no, now I busy. I see u later? Hah? No la where can...bla bla bla.

Rupanya dalam panggung masih ada adengan-adengan begini ya...apa? Mereka ini tak ada rasa malu atau hormat lagi? Panggung wayang tempat menontong wayang, bukan buat wayang ya.

Romi & Juli 5.0...

Juli: Jom menonton!
Romi: Jom!

Di panggung...
Romi: Kita tengok Green Lantern ya?
Juli: Awak, saya nak tengok 321 Cinta.
Romi: Alaaa tak bagus. Green Lantern ya?
Juli: Cinta...
Romi: Green Lantern la...

Cinta, GL, Cinta, GL...akhirnya...
Juli: Baiklah. Lain kali tengok Cinta ya?
Romi: Ok...errr awak, ada 20?
Juli: *@#$%^&*

Ali Hendak Ke Sekolah!

Pengaruh tv sangat berkesan terhadap kanak-kanak.
Lihat saja anak saya Ali - 4 tahun.
Berbaju sekolah rendah...
Hingga tidur - jangan berani ganti pakaiannya!
*Ali peminat setia Astro Ceria (611)

Wanita...

Wanita buat dunia ini pusing...

Gendang Kacip 2004

Lakaran Pak Samad
video

Ingatlah...

"Tiada jaminan dalam kehidupan ini kecuali mati."

Lihat...Yassin!

Saya tertarik dengan lukisan-lukisannya. Sekali imbas memanglah nampak biasa saja. Tetapi, kita perlu lihat betul-betul. Yassin (7 tahun) sangat kreatif dan tidak memeranjatkan kerana ibunya juga begitu. Saya sangat suka bila dia bercerita dengan lukisan-lukisannya.

Klik Yassin Zaim dan lihat sendiri :)

Ikut suka hati...

"Mengapa teman saya jawab panggilan, balas sms atau buat panggilan dan bersms mengikut masanya sendiri?"

Jawabnya wahai teman yang bertanya adalah dia belum lagi hargai anda sepertimana anda hargainya. Sama ada anda usaha lebih untuknya hargai anda atau mula langkah ke landasan lain ;)

Janji & Hutang...

Boleh katakan banyak juga janji-janji yang saya terima suatu waktu dahulu. Banyak juga yang tidak ditunaikan. Saya pernah kata pada diri saya sendiri, "Jika aku tunggu janji-janji itu, pasti aku sudah mati kini."

Benar, manusia banyak menabur janji terutama dalam bab kewangan. Hutang nak, bayar liat atau lebih buruk disenaraikan sebagai perkara terakhir yang mahu mereka lakukan. Ambil contoh satu kejadian ini. Saya dengan berat hati meminta seseorang membayar kembali hutangnya. Hutangnya sudah kira lapuk sebenarnya dan saya tidak akan meminta jika tidak tersepit. Saya sangat sempit waktu itu. Makan pun sekali sehari. Dia berkata beri sedikit masa. Ok. Kini sudah bulan Jun. Saya minta sekitar Februari. Dalam FBnya saya lihat dia beli itu dan ini, bercuti makan angin sana dan sini dan beritahu dunia. Bagaimana rasa saya? Tentunya tiada rasa sebenarnya di sebelahnya.

Saya kini tidak harapkan apa-apa lagi dari mereka ini. Saya sudah kira "halalkan" saja. Sebenarnya hidup ini terlalu singkat untuk menagih hutang, tetapi saya tidak lupa kepada mereka yang saya hutang. Sering saya beri mesej bahawa saya perlu lebih masa dan terkadang bila ada sedikit wang, saya bayar mana yang mampu. Alhamdullillah mereka faham. Pada saya, hutang saya perlu saya langsaikan sebelum saya pergi. Saya adalah saya dan bukan mereka yang senang mahu berhutang, tetapi liat untuk membayar. Itu juga saya bersyukur.

Nasihat saya, elakkan berhutang jika tidak terdesak dan pembayaran hutang itu perlu berada di atas dalam senarai apa yang perlu kita lakukan dalam kehidupan. Bukan apa, kita sudah berjanji hendak bayar. Bayangkan senario kita pergi sebelum membayar hutang-hutang kita...

Wanita & Arah...

Saya hairan, mengapa wanita-wanita yang saya kenali,

1. Jika meletak kereta di pusat beli belah atau kompleks, mereka tak ingat di mana mereka letak kereta.
2. Mereka ingat tempat yang mereka mahu pergi, tapi tak ingat jalan untuk ke sana.

Inilah yang membingungkan saya...mmmm...

Sarkas..."Reload".

Jika berita ini benar RM1.8mil ... for a Facebook page? memang ada sesuatu yang tak kena atau sarkas "the IN thing" sekarang di Malaysia?

Ah sekurangnya pemerintah ada "sense of humor" kan kan kan :p

*Juga baca ini Tourism Ministry: RM1.8 million spent on Facebook pages

Terbaru 15hb Jun 2011 Kenyataan Akhbar Dari Kementerian Pelancongan

1. Mentaliti mereka ini jika kami persoal kami ini pembangkang? Lihat saja pos-pos para penyokong projek ini. Kebanyakan kita soal kerana kita sayangkan negara. Bukan "bodoh-bodoh" soal. Kata hendak rakyat pandai? Bukan jika malu bertanya sesat jalan?
2. Juga menurut mereka apalah sangat RM1.8 itu. Hendak yang terbaik perlulah bayar untuk terbaik. Ta'kanlah hendak suruh bebudak universiti buat bukan? Ini mentaliti merendahkan kebolehan kita sendiri. Ini juga menunjukkan betapa wang hampir RM1.8 juta itu apalah sangat bagi mereka.
3. "Breakdown" tak ada ke? Cubalah letak misalnya spanar RM300 ke buku "Dummy" RM200 ke. Ini letak macam:

1. Baju koboi 1
2. Pistol 2
3. Kuda 8

Jumlah RM1.7juta. Boleh?

Akhirnya, sekali lagi komunikasi di pihak bertanggungjawab gagal. Kata perlu belanja besar, tetapi mengapa pula ada kegagalan komunikasi antara Kerajaan dan rakyat? Jika dari awal dirancang dan diterangkan secara terperinci tentunya hujan renyai tak jadi ribut.

Masih...Sarkas :p

Ahli-ahli Parti Politik...

Saya benar tidak faham kenapa ahli-ahli parti-parti politik sibuk hentam dan kritik antara satu sama lain sedangkan parti-parti mereka sendiri tidak betul.

Mungkin mereka bukan ahli atau mungkin ahli pada definisi politik ialah mereka yang perasan diri mereka sempurna?

Tapi parti Tupperware memang kewl haha...

Ali Mekanik...




Dia sedang naik basikal di taman bila tayar pengimbangnya tercabut. Terjatuh, dia merengek sedikit.
Waktu itu saya tiba.
Selepas saya baiki, dia capai spanar dan mulakan kerjanya.
Inilah saat-saat indah yang diabadikan.

Kung Fu Panda 2 & Super 8...

Antara dua filem ini saya pilih Kung Fu Panda 2.  Walau bagaimanapun, kedua-dua filem ini ada titik pertemuan. Kedua-duanya seakan meraikan Hari Bapa - mengangkat kasih anak dengan bapa.

Saya "lekat" kerusi dan tidak kering gusi nonton Kung Fu Panda 2, tapi agak resah dengan Super 8 kerana jalan ceritanya agak lembab pada pertengahan cerita - teman saya pun sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, sekejap ke depan gerakan duduknya. Saya ingat ada pepijat di keusi panggung di Putrajaya, tetapi sedar memang agak lembab jalan cerita di pertengahan filem. Namun pada awal dan akhir filem baik. Juga, jika tonton filem ini sila jangan bangun dari bangku sebaik filem berakhir kerana ada  "penyudahan" filem lain ;)

Kepada adik-adik dan guru, selamat kembali ke sekolah esok ya :)

Putrajaya...

Saya harap Ahad hujan lebat dan kalau boleh ribut di Putrajaya.

Putrajaya memerlukan kepimpinan yang baik, bukan hiburan.

Jantan...

Lelaki perlu jadi jantan - memimpin ke arah kesejahteraan.

Selamat Hari Bapa :)

Rasa hati...

Rasa hati, milik tuannya sendiri selagi tidak diluahkan.

Keindahan...

Hanya cinta maksud sebenar keindahan.

Ratu...

Baiklah, ini nampaknya sudah macam minggu wanita, jadi saya teruskan...

Memandu:
Mengapa pemandu wanita harapkan kita memberikannya laluan, tetapi sangat agresif menafikan laluan kepada pemandu lain (termasuk pemandu wanita sendiri)?

Airmata:
Mengapa wanita menitiskan airmatanya bila menonton AF atau "opera sabun", tetapi mentertawakan suaminya apabila pasukan bolasepak yang suaminya atau temannya sokong kalah?

Kasut:
Mengapa wanita perlu banyak kasut?

Beg:
Mengapa beg wanita macam stor simpanan barangan?

Persatuan/NGO:
Mengapa ada banyak persatuan/NGO  untuk melindungi/perjuangkan hak wanita sedangkan lelaki (di Malaysia) hanya diwakili Pak Bung...? haha :p

*Minggu depan kita bercakap tentang lelaki pula ya.

Seksi & seksa...

Kenapa wanita bersolek, pakai pakaian seksi, tayangkan pada dunia (seperti model buat jalan kucing) dan selepas itu kata lelaki gatal jika dapat reaksi?

Saya kira mereka (fikir) dicipta untuk sengaja menyiksa batin lelaki...

*Hanya wanita seksi dan lelaki tersiksa perlu jawab...

Berat...

Sedar atau tidak, mengapa orang perempuan rahsiakan berat badannya dari pengetahuan orang lelaki?

Adakah berat badan itu satu sumpahan? Mungkin KIS (Kelab Isteri Setia daaa) boleh jelaskan...

Aku...

Mulanya aku tiada.
Dilahirkan, ada.
Setiap malam bila tidur, aku tiada.
Esoknya terjaga, ada.
Bila tiba masanya, pasti aku tiada.

Adakah kau juga rasa begitu?

Anak...

Hanya cinta mengubat rinduku ini...

Sepi...

Terjerat dalam penantian - sepi tiada bertepi.

Prolog: Kau & Aku...

Suasananya waktu itu tenang dan santai, tapi dunia ada rancangannya sendiri. Serahsia-rahsianya, berdikit terlerai. Diri ini tergetar. Aku pasti dia juga begitu...

Antara kau dan aku, suasana tenang dan santai ini semakin terkocak dan hangat...

Epilog Bisik & Cinta...

Apa yang kau lihat dan fikir tidak sama dengan apa yang aku rasa.
Manakan mungkin kau tahu, kerana bisikan dan kata-kata cintaku ini hanya untukNya...

YM...

Tersebutlah kisah di Yahoo Messenger...

BUZZ!!!
HS: buzz gaks
HßD: ko watper hah?
HS: sedang siap-siap
HßÐ: nak ke mana? meeting?
HS: nak gi mandi laaa
HßÐ: giler lar ko nie
HßÐ: pesal ko sker saiko aku hah?????

Madu & Anak Jantan...

Buat Brader Salih, saya salut.

Berita Brader Salih Yaccob klik ini.

Kahwin empat pun biarlah. Mengapa ada yang bising? Salahkah? 

*Kelab Isteri Setia ambil perhatian ya.

Cinta II...

Hanya cinta membawa harapan dalam segala duka.

Salina...

Salina dalam kepala akhir ini.

Urusan dan kerjanya mengingatkan saya waktu penerbitan Adik Datang dan Rindu Ibu. Kini semuanya kembali ke asas. Cuma pengalaman memudahkanya.

Proses edit sedang berjalan. InsyaAllah rekabentuknya akan siap tidak lama lagi.

Kelab Isteri Setia & Seks...

Berita paling menarik hari ini di akhbar...

Obedient Wives Club to offer sex lessons

Diterjemah: Kelab Isteri Yang Setia Tawarkan Pengajaran Seks.

Selama ini saya ingat kesetiaan itu terletak pada keimanan dan dalamnya cinta...

Mungkinkah selepas ini ada Kelab Lelaki Yang Setia? Yang Menawarkan pengajaran sama? Atau lelaki akan sentiasa jadi lelaki?

Ini buat saya terfikir...apa sebenarnya yang mereka belajar dalam kelas seks itu? Hmmmm...hmmmm....dan hmmmm

Cinta...

Hanya cinta setia hadir dalam segala sepi.

Bisik III...

Rasamu tinggal begitu dalam
pertama kali kita bertemu.

Adakah kau rasa getaran yang aku rasakan ini?

Buah...

Suatu masa dahulu kita pernah hargai perhubungan sesama insan secara langsung - zaman itu "apples" dan "blackberries" masih 100% buah.

Perlis...

Saya kira negeri Perlis walaupun kecil tetapi kini mula terkenal dengan negeri di mana papan-papan tanda dan kain rentang terdapat di merata-rata pelusuk negerinya. Mungkin sebab ia kecil (negerinya) maka mungkin saya rasa begitu.

Mungkin juga pilihanraya sudah hampir?

Apapun Perlis tetap "cool" walaupun cuacanya panas...terutama wanita-wanitanya...harum manisnya...laksa kolanya...

Saya akan merinduinya...

Titik...

Terbentang cakerawala. 
Dan bintang-bintang berkelipan itu bagai titik-titik kebahagiaan yang memberi harapan.
Itu kehidupanku kini.
 Semoga aku ditakdirkan berlabuh pada salah satu titik-titik harapan itu.

X-Men First Class...

Menonton X-Men First Class menerangkan tentang latar belakang watak-watak seperti Charles Xavier Prof X, Erik Lensherr (Magneto), Raven dan Beast. Kisahnya bermula sekitar 1944 di kem tahanan (yahudi) Poland. Selepas itu ia melompat ke era perang dingin Soviet dan Amerika Syarikat. Watak Sebastian Shaw (ketua Hellfire Club yang mahu menakluki dunia) yang dipegang Kevin Bacon bertepatan.

Namun dalam filem yang agak baik ini, satu babak menarik perhatian saya. Ia masa Prof Charles & Magneto bertemu dengan Logan (Wolverine) di sebuah bar. Satu baris ayat saja yang keluar dari mulut Wolverine dan ia mencukupi!

Yang lainnya, dalam filem inilah Prof Charles dan Magneto berpecah dan menubuhkan kumpulan masing-masing. Juga bagaimana Prof Charles lumpuh dan berkerusi roda.

Mesti tonton bagi peminat X-Men!

Spam...

Akhir ini semakin menjadi-jadi spam di peti emel saya. Kadang saya buka juga untuk membaca. Bukan apa, untuk menceriakan sikit hari saya dengan "cerita-cerita" dalam spam itu. Ambil contoh ini...

YOUR EMAIL ADDRESS HAS WON THE SUM OF Ј1,000,000.00 GBP IN THE MONDAY NATIONAL LOTTERY UK. SECRET NUMBER:1/5/1. CONTACT EMAIL:mnlb999@9.cn, tel: +447031848641

atau

Hi,I just came back from oversea trip to Scotland.I am Miss.A.Hayley,I work with Avocet Mining PLC in UK as assistant senior supervisor.We may not know ourselves for now but it is my heart desire to take vacation leave from our company to visit Indonesia for the first time because my  father originally came from Surabaya in  Indonesia .It is no longer a news that Asia is developing so fast and catching up with developed countries with a lot of tourist attraction  centers,it gives me so much joy because I want to witness it and be part of it.
I do not mean to inconvenience you,I want to build a close relationship with you.I will appreciate it if you can spare your little  time to welcome and accompany me,never mind I will take care of the expenses.If you are interested   please  let me know the nearest airport to you that will be easier for you to come and fetch me on arrival?
I await for your reply

My Regards
Miss.A.Hayley


atau 

Dear Sir / Madam,
Assalamu`Alaikum Friend,
My Name is Dr.Hassan Aboubaka.I am a banker by profession.I hail from Ouagadougou,Burkina Faso ,West Africa.My reason for contacting you is to transfer an abandoned $10, 300,000.00 (Ten Million Three Hundred Thousand Dollars) to your account.
The owner of this fund died since 1997 with his Next Of Kin. I want to present you to the bank as the Next of Kin/beneficiary of this fund.
Further details of the transaction shall be forwarded to you as soon as I receive your return mail indicating your interest.
Best Regards,
Dr.Hassan Aboubaka


Saya rasa perkara ini berleluasa kerana masih ada yang percaya dan terjerat. Manusia memang senang dipengaruhi dengan wang dan cinta. Hmmm saya ingat saya pun hendak cuba...manalah tahu haha :p

*Apapun jangan BALAS atau KLIK link yang diberi ;)
**Spam juga sejenis makanan daging yang diproses. Selalunya dagingnya khinzir.

Amnesty kata Malaysia...

Amnesty International kata gadis-gadis dan wanita luar yang sendirian di pusat tahanan Malaysia tidak selamat. Mereka terdedah kepada ancaman kumpulan-kumpulan dan pegawai-pegawai...


Amnesty International has said unaccompanied women and girls in Malaysian detention centres are prey to gangs and unscrupulous officials.

"On top of the well-documented human rights abuses faced by all asylum seekers in Malaysia, unaccompanied women and girls face extraordinary levels of sexual violence and sexual harassment," Amnesty spokesman Graham Thom said.

Berita ini dari http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-pacific-13637307

"Malaysia Truly Asia" huh?

Rindu...

Kerinduan aku malam ini milik kau...

Romi & Juli 4.0...

Romi: Awak...saya cinta pada awak...
Juli: Cinta?
Romi: Ya...saya cinta pada awak...
Juli: Kata-kata...murah saja.
Romi: Saya sanggup lakukan apa saja yang awak mahu...saya ikhlas. Saya serious...
Juli: Betul?
Romi: Katakan apa saja. Saya sanggup lakukan untuk awak...
Juli: Betul?
Romi: Ya. Katakan saja. Saya akan buktikan!
Juli: Baiklah...saya nak awak belikan saya iPad II...
Romi: Oh Juli...*pitam*
Juli: Huh cakap je pitam!

Kata-kata Cinta...

Untuk cintamu...
Kata-kata cinta ini hanya untuk halwa telingamu
Dunia pasti terhenti
Kerana mahu curi mendengar...

Ceria...

Ali di Zoo Negara Mei 2011
video

Karak...

Saya tonton filem ini petang tadi.

Filem ini penuh dengan efek istimewa. Hantunya "cool". Heronya tidak. Kilafairy "hot". Jalan ceritanya sejuk. Erti lain, hantunya dan efek istimewanya seperti hantu-hantu yang biasa kita nonton di filem-filem Korea atau Thailand atau Indonesia atau Hollywood. Jadi tiada apa yang menakutkan sebenarnya selain dari efek bunyi - yang akan mengejutkan. Heronya sebenarnya bukan hero langsung. Hero sebenar Sheera Aiyob. Jalan ceritanya membuatkan saya tidak sabar...resah...untuk keluar panggung. Nasiblah Kilafairy ada...hehe.

Mungkin kitaran filem seram sudah hampir dibawah...

*Ada "trailer" filem Toyol Nakal tadi. Tertanya, masih ada buat filem seakan tahun 80'an di masa ini? Maaflah, "trailer"nya tidak menarik langsung!
**Tetapi, "trailer" Gangster KL menarik. Pasti saya tonton!