header-photo

Rindu Ibu - Edisi Santai

Alhamdullillah akhirnya selamat dicetak.
Saiz: 5.5' x 8.5'
Kulit: Lembut
117 Halaman
Harga: RM10.00
Boleh dapatkannya di Ujana Ilmu atau rangkaian kedai buku MPH sebelum Hari Raya insyaAllah.

27 reaksi:

Jiwa Rasa said...

Murahnya! Sepuluh ringgit tu belanja sekali pergi ke pasar ramadan pun tak lepas!

Helmy said...

Ya, bukankah itu satu respon positif dari keluhan sekeping not biru itu?

Kini Jiwa boleh beli 5 dah hadiahkan pada rakan-rakan...:D

mxypltk said...

Saudara Helmy,

Bagaimana dengan buku lain?
Tolonglah cetak Edisi Santai utk karya seperti:
Lantai T. Pinkie,
Adik Datang,
Fatehpur Sikri,
Salina.

Saya percaya kalau cover design menarik, tambah pula ini karya SN A. Samad Said, tentu lebih ramai yang beli.
Saya minat sastera, tapi kalau harga mahal sangat pun, tak mampu den nak beli.

Helmy said...

Salam.

InsyaAllah, kecuali Salina yang masih dalam tangan DBP.

sinaganaga said...

Aku perasan. Logo WIRA BUKIT dah berlain.

Nazhatulshima Nolan said...

Sdr Helmy,
Alhamdulilah murahnya! Saya dah pun membeli yang berkulit keras daripada Nisah Haron, tetapi mungkin juga akan membeli yang berkulit lembut untuk anak-anak saya. Buku ini sekarang menjadi bacaan sebelum tidur anak lelaki saya yang sangat suka membaca buku ini.

Adakah Sdr Helmy akan datang ke UiTM Johor pada 18 Okt bersama-sama Pak Samad? Boleh bawakan buku ini sekali. Selamat datang! Saya AJK program ini.

Saya tak sempat nak balas komen saudara dalam blog Sitinur dan nampaknya entri itu sudah dipadam. Saya pun tak berapa ingat apa yang dituliskan cuma saya ingat ia adalah kata-kata yang baik tentang saya,terima kasih.

Satu lagi, baguslah ada blog ni. Senang sikit saya nak komen. Blog sebelum ni saya perlu jadi ahli friendster.

Akhir sekali, ingin saya menyampaikan salam kepada 'Nur Daliza Dohat'(nampak namanya yang uruskan penerbitan). Kalau tak silap orang,rasanya dia rakan sekursus TESL saya.

P/S: Tak sabar rasanya nak bertemu Pak Samad.Boleh sampaikan salam kepadanya juga? Terima kasih.

Helmy said...

Salam.

sinaganaga - penjenamaan semula

nazhatulshima - Saya tidak dapat hadir kerana terikat dengan kerja, tapi saya akan pastikan Pak Samad bawa buku Rindu Ibu untuk diedarkan di sana. Daliza kirim salam juga.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam

Bila pula nak keluarkan versi Kanak-kanak? Tak perlu semua puisi dalam satu buku. Buat jilid 1 - 10 ke. Ada lukisan/lakaran menarik dan berwarna. Sesuai untuk disampaikan kepada anak-anak kecil sebelum tidur.

-Andura-

Helmy said...

Salam.

Satu ide yang baik...akan difikirkan. "Rindu Ibu" sedang diusahakan versi jawi kini...insyaAllah awal tahun 07 terbit...

Pok Teh Mamat said...

belum jual lagi ke..? dah jenguk2 kat ujana ilmu.. tapi x jumpe..

Helmy said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Helmy said...

Salam Azam.

InsyaAllah awal minggu hadapan ada di Ujana.

Faisal Tehrani said...

salam,
abang helmy - cinta fansuri! cinta fansuri! cinta fansuri!

Helmy said...

Salam.

Faisal,

Cinta Fansuri dijadualkan untuk penerbitan tahun hadapan...

Jiwa Rasa said...

Yes! Yes Cinta Fansuri!

Tahun depan tu, Januari kan? :)

Helmy said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Helmy said...

Hehehe...saya kira sebelum Mei...kena beri laluan kepada penerbitan 3 Buku Edisi Seni Warisan Melaka - "Dari Salina Ke Langit Petang", "Rumah Rahsia" dan "Daerah Zeni".

Oh ya, saya kira buku Rindu Ibu Edisi Santai sudah boleh dipesan di Ujana Ilmu.

Jiwa Rasa said...

Helmy,

Saya nak bagi cadangan. Apa kata kalau dijual buku Pak Samad yang sudah bertandatangan dalam jumlah edisi terhad. Harganya mungkin boleh dinaikkan sedikit.

Mungkin boleh juga ditambah petikan dialog di dalam novel ataupun petikan puisi dengan tulisan tangan Pak Samad, dan ditulis di buku.

Peminat Pak Samd tentu suka dan sanggup belanja lebih..







karan ada yang

Helmy said...

Salam.

Noted - memang untuk penerbitan tahun hadapan kesemua buku Pak Samad akan disertakan dengan tandatangan yang dicetak. Untuk tandatangan sebenar, bolehlah mendapatkannya jika berjumpa dengannya. Saya tidak selesa dengan mengenakan harga yang lebih tinggi untuk buku yang ditandatangan - rasa macam...entahlah - saya fikir saya bukan seorang ahli perniagaan yang baik...

Perjuangan saya adalah untuk menyuburkan serta memelihara karya-karya Pak Samad dan menyumbang dalam pertumbuhan sihat sastera Melayu.

Walaubagaimanapun saya senang dengan cadangan menyelitkan puisi atau kata hikmat itu...

Saya akan menulis sedikit mengenai perkara ini nanti.

Terima kasih JR!

Kayrill Muhammad said...

assalamualaikum..
tumpang tanya..

Rindu Ibu edisi santai tu dah kluar ker..??

hari tu ada pegi MPH..tp tak nampak lagi..
tak sabar nak beli..
minat..

terima kasih..

Rebecca Ilham said...

Salam.

Sdr Helmy,
saya belum ketemukan Rindu Ibu Edisi Santai di Ujana Ilmu.
Haih. Tak sabar menanti kemunculannya!

Helmy said...

Salam.

Beri sedikit masa...Nisah sudah ambil buku itu dari saya. Tak lama lagi adalah dipamirkan.

Sabar ya...:D

ufukhati said...

sdr. helmy,

Tinta terus bertitisa. Perjuangan masih panjang. Syabas dan syabas.

Maaf Zahir dan Batin.

Faisal Tehrani said...

Salam,
Bang saya terdera sekali. saya paling suka Cinta Fansuri, kawan saya pinjam dan hilangkan. Saya sangat sukakan Cinta Fansuri. Cepatlah sikit :)
JR pun dah meronta2 tu.

Helmy said...

Salam.

Pak Darma: Terima kasih singgah!

Faisal: Tidak mengapa terdera sebegini - kelak bila digenggaman terasa nikmat pula.

JR tu bercakap tentang buku saja (tidak kira apa) pastinya meronta...:D

Jiwa Rasa said...

Salam.

Patutlah tersedak-sedak sahur tadi, ada orang sebut nama saya di sini..:D

Betul tu Faisal & Helmy, dah jenuh mencari di kedai-kedai buku baru dan terpakai, DBP dan bukan DBP, belum bertemu Cinta dengan Fansuri...

Bulan Januari kan Abang Helmy? kan..kan? ;)

p/s Faisal, saya dah jumpa Al- Syiqaq di kedai buku terpakai di Ipoh!!

Helmy said...

Salam.

Mmmmm macam ada pakatan saja ni...