Baru-baru ini saya alami satu pengalaman yang baru. Dalam sebuah panggung di sebuah kompleks membeli-belah, kesan efek istimewanya sesuatu yang sebelum ini tidak pernah saya alami. Sedang menonton sebuah filem, dalam suasana yang agak bingit oleh kerana sistem bunyi canggih, tiba-tiba saya terkesan satu bunyi yang agak berlainan sekali. Adengan di skrin adalah aksi-aksi pertempuran, tetapi mengapa ada bunyi wanita mengeluh dan mengerang di belakang saya? Selepas itu "mamat" sebelah saya kerap langgar kaki saya. Saya toleh, dia sedang hampir terbaring. Hmmm...tetapi kesan efek yang paling istimewa sekali adalah...
"Ringgggggg"...ya hello...ah no. Yes, I see you later. No, no, now I busy. I see u later? Hah? No la where can...bla bla bla.
Rupanya dalam panggung masih ada adengan-adengan begini ya...apa? Mereka ini tak ada rasa malu atau hormat lagi? Panggung wayang tempat menontong wayang, bukan buat wayang ya.
Bengkel Membedah Manuskrip Cerpen
14 hours ago
3 reaksi:
Masih wujud lagi manusia seperti ini diatas tanah ini.
geli btol
mende2 ni la yg jadi malas nak g tgk wayang.. grrr....
Post a Comment