Ini hari ketiga. Sudah hampir tiga hari aku hampir 100% duduk dalam bilik dan tidak keluar kecuali malam semalam. Itupun kawan ajak saya keluar makan...
Kedai makan William's Corner ( http://www.facebook.com/pages/Williams-Corner/168348781746 ) ini memang terkenal. Terletak di Taman Mayang Petaling Jaya, kedai makan ini tidak perlu papan tanda. Sekali dia buka 100 meja - penuh! Namun, apa yang tak larat adalah porsi makanannya. Dinasihatkan satu porsi itu dimakan dua orang. Jangan lupa cuba Nasi Goreng Ketam bila ke sini.
Semalam empat (4) orang makan tiga (3) porsi - Lamb Ribs, Seafood Pasta dan Meat Platter dan lima (5) minuman Jus Nenas Rambutan, Avocado Strawberry, Soda Herb Dengan Rambutan, Mango Peach dan Tembikai Rambutan (semua gelas gergasi) dikenakan bayaran RM187. Walaupun ini kedai macam "mamak", tetapi jika makan satu porsi harganya sekitar RM40-50 bagi kebanyakkan hidangan. Jadi sediakan wang secukupnya. Lagipun tiada menu di sini. Pelayannya akan beritahu apa yang ada.
Maaf gambar tidak terang sebab orang yang rakamnya tidak mahir. Gambar-gambar lain yang terang sila ke laman Facebooknya.
Bengkel Membedah Manuskrip Cerpen
14 hours ago
1 reaksi:
mcm best . teringin nak pergi
Post a Comment