Antara dua filem ini saya pilih Kung Fu Panda 2. Walau bagaimanapun, kedua-dua filem ini ada titik pertemuan. Kedua-duanya seakan meraikan Hari Bapa - mengangkat kasih anak dengan bapa.
Saya "lekat" kerusi dan tidak kering gusi nonton Kung Fu Panda 2, tapi agak resah dengan Super 8 kerana jalan ceritanya agak lembab pada pertengahan cerita - teman saya pun sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, sekejap ke depan gerakan duduknya. Saya ingat ada pepijat di keusi panggung di Putrajaya, tetapi sedar memang agak lembab jalan cerita di pertengahan filem. Namun pada awal dan akhir filem baik. Juga, jika tonton filem ini sila jangan bangun dari bangku sebaik filem berakhir kerana ada "penyudahan" filem lain ;)
Kepada adik-adik dan guru, selamat kembali ke sekolah esok ya :)
Bengkel Membedah Manuskrip Cerpen
14 hours ago
1 reaksi:
emak bapa juga...selamat menjadi 'driver bas sekolah'
Post a Comment