Ada seorang insan. Dia kehilangan cintanya. Hidupnya berubah. Sekelilingnya gelap dan sepi. Sepi dunia dalamnya. Gelap dunia luarnya. Dia cuba mencari cintanya yang hilang itu, tetapi mata hatinya tidak terbuka pada pencarian cintanya yang hilang itu. Malang fikirnya. Duka rasanya. Dalam kesiksaan yang dilaluinya, dia ternampak samar-samar cahaya. Mata hatinya terbuka ke arah itu. Hatinya dicium setitik harapan. Dia mula bertenaga. Dia mula cuba hidup kembali. Dia mula mahu mengenali cahaya itu.
Cinta...apa yang difikirkannya hilang itu sebenarnya bukan cinta. Namun Tuan empunya cinta itu ada ceritaNya sendiri. CaraNya sendiri. Akhirnya insan itu mengenali milik siapakah cintanya itu. Sungguh ajaib, dalam derita dan kegelapan, insan itu akhirnya jumpa cinta yang sebenar. Cintanya yang hilang sebaik dia mula jinak dengan duniawi...SubhanAllah...
Bengkel Membedah Manuskrip Cerpen
14 hours ago
7 reaksi:
Subhanallah!
Salam Tuan,
mohon link ke blog saya.
Hana
Indah!
Semakin dekat kita dengan dunia, semakin jauh kita dengan cinta. :')
aku pernah mengalami nya. dan skrg baru aku sedar cinta pada maha esa kekal selamnya :) amin
Tuan,
Cinta sesama insan itu juga Cinta. Cuma ianya cinta yang sementara dan tak setanding Cinta Abadi. Cinta sesama insan membawa ke syurga jika disemai hanya kerana Allah Yang Esa.
Pssttt... Jgn takut untuk bercinta lagi ya! ;)
-dewi cinta-
Ahh. Teringin sekali untuk menjadi pencinta yang setia. Tapi makin banyak pula Dia cuba uji aku.
Post a Comment