Hidup tidak semudah yang disangka. Berikan saya contoh seorang yang jalannya selurus mungkin hingga akhir hayatnya - jika boleh. Sambil anda berfikir, biar saya beri contoh saya dulu...
Ada yang kata kesilapan-kesilapan itu tidak besar. Lihat, saya masih di sini! Bebas bergerak ke mana sahaja, buat apa saja...jika mahu dan mampu. Jangan sulitkan hidup! Mudahkannya! Senang saja bicaranya, tetapi hari itu saya lewat temujanji. Dalam menguji keberkesanan kamera sistem perangkap laju dan perangkap langgar lampu isyarat yang kini - mungkin - beroperasi sekitar kotaraya, saya harus terpandang kepada sebuah kereta di bahu jalan. Mana mungkin saya buat tidak tahu kepada seorang wanita yang berdiri mencekak pinggang melihat tayar depannya pancit? Dia perlu tahu, melihat dengan mencekak pinggang tidak akan mengisi semula angin pada tayar itu. Saya perlu berhenti.
Saya ambil masa limabelas minit melaksanakan tanggungjawab sivik saya. Dia senyum dan ucap terima kasih. Saya angguk senang hati.
Dalam meneruskan semula ujian keberkesanan kamera perangkap apa saja di kotaraya, saya tersedar. Betapa bijak dan hebatnya wanita! Dia hanya perlu lihat tayarnya yang pancit sambil mencekak pinggang dan masalahnya selesai!
Ah lelaki. Kau perlu lebih bijak. Hidup memang tidak mudah buat lelaki.
Bengkel Membedah Manuskrip Cerpen
15 hours ago
4 reaksi:
Depends actually. Kalau yg becekak pinggang tu ghupe mesin rumput je ramai la berenti. Tapi kalau mcm I yg ghupe mesin padi ni, 3 jam cekak pinggang, lepas tu dah becekak dada pun tak gerenti ada yg berenti.
Mommy
lelaki kan penyelamat hehe
Tuan,
Perlu ingat juga. Mungkin wanita itu suka membantu org lain. Justeru itu Allah menurunkan bantuanNya melalui tuan. Tidak timbul soal wanita atau lelaki. Tak gitu? :)
-cik dewi-
Setuju dengan cik dewi!
Budak Kuale
Post a Comment