Ada seorang budak perempuan. Umurnya sekitar 12 tahun. Dia berada dalam dunia peralihan. Jadi apa di dunia dewasa itu mula meresapi dunianya berdikit. Salah satunya adalah bau-bauan - minyak wangi yang selalu dibaunya bila bersama ibu, kakak atau bila berada dalam kalangan dewasa. Antara semua bau, dia tertarik dengan bau "Vanilla" kakaknya itu. Namun, setiap kali dia ingin mencuba, kakaknya marah. Setiap kali dia minta dari ibunya, permintaannya ditolak kerana umurnya. Sememangnya anak di usia begini agak ligat dan kreatif pemikirannya. Dia mula berfikir...
Harinya tiba bila dia ke sekolah dan kawan-kawannya menyapa bertanya minyak wangi apakah yang diguna? Dia hanya tersenyum hari itu. Hatinya girang. Puas. Harinya sungguh cerah hari itu.
Dia mula tergaru-garu tengkuknya. Tidurnya petang itu sebaik kembali dari sekolah terganggu. Dia terasa sesuatu seakan menggigit-gigit tengkuk dan tepi telinganya. Tersedar dia melihat pada jemarinya. Semut! Dia menjerit lari keluar dan disambut ibunya yang terkejut melihat semut-semut hitam yang agak banyak pada anaknya itu.
Malam itu dia malu. Dia terajar sedikit. Esen vanila adalah esen vanila dan tidak boleh digunakan sebagai pewangi...
Bengkel Membedah Manuskrip Cerpen
14 hours ago
2 reaksi:
esen vanila pon boleh. hahah ;p
keh..keh..keh...kreatif sungguh ini adek
Post a Comment