header-photo

Bolasepak...

Malam Sabtu lalu saya duduk minum kopi sebelum pulang ke rumah. Restoran mamak ini tidaklah penuh sangat. Di tv sedang tayangkan Chelsea lwn Everton. Sedang santai minum kopi sambil balas emel dan tonton tv...

"Haaa pass pass...kiri kosong tu...pass pass! Lembab betul la Drogba ni! Hah hah tendang tendang... Alaaaa bodoh betul! Hah! Apalah kau main ni?"

Begitulah hingga separuh masa pertama tamat. Mamat ini duduk depan saya seorang. Saya kira dia seorang jurulatih bolasepak...tidak, mungkin komentator...hmmm mungkin dia sedang bosan sangat. Entahlah sesetengah manusia memang 'loud' walaupun keseorangan, namun saya tak kisah. Dia menikmati perlawanan bolasepak itu...saya menikmati aksinya itu :)

1 reaksi:

Dida mumin♥ said...

hahaha...
mungkin dia ingat dia ada kt stadium tu, dia lupa yg dia tu sebenarnya sdg duduk di kedai mamak