header-photo

Pesta Buku - 12/4

Saya senyum hari ini - walaupun letih...

1. Tandatangan untuk petisyen kepada DBP sudah lebih 700 - mula 9 April!
2. Jualan buku yang mengejutkan! (Errr siapa kata buku sastera Bahasa Melayu tak laku?) - 68 Soneta Ginkgo terjual hampir 400 naskhah!
3. Dapat bertemu ramai sahabat - bloggers dan sahabat yang lebih 20 tahun tak jumpa! Terima kasih atas sokongan anda semua.

Selepas KLIBF, saya hendak isi borang LHDN dan pergi Zoo bersama Ali!

5 reaksi:

Nisah Haji Haron said...

Bang Helmy,

Ketua Satu GAPENA kata : "buku sastera tiada nilai komersil. Justeru, isu hak cipta tidak timbul. Lagipun, penulis sastera yang baik karyanya diterbitkan oleh DBP. Lantas hak ciptanya terjaga."

Saya sakit perut menahan perasaan pada ketika ucapan ringkasnya tempoh hari.

Kalaulah Pak Samad ada dalam majlis itu...

Unknown said...

Salam.

Nisah, saya tak mahu komen (bukan sebab dia pakcik saya), tetapi sebab dunia ini terlalu seliuh. Keselesaan bisa mengkhayalkan.

Anonymous said...

Salam,

Bro, pertama-tamanya: tak moh balek semalam!
dua-duanya: sangat puashati WB di dewan 2... itu pun sudah buat saya sekejap diri, sekejap duduk, diri, duduk, diri, duduk sebab nak beri laluan untuk pembaca lain bergambar dengan Pak Samad...
tiga-tiganya dan ini yang terpenting...
SAYA MAU IKOT PEGI ZOO SAMA ALI!!!!!

Almaklum, tak dapat bertemu pujaan hatiku itu... haha...
Sampaikan salamku padanya! lol!

Wassalam...
Khalah S.K ;D
(ps: ada kayu-kayu yang terapung jadi pelampung dari tongkang, walau sudah punah ranah tenggelam! Dunia sangat aneh, bukan? Kesaktian dari IraadahNya! :D )

Korakora said...

kak nisah, pagi itu, saya bagai mendengar rakaman kaset saya balik. sama saja.

Anonymous said...

siapa kata sastera melayu tidak laku? jawabnya, orang yang pekak telinga dan buta mata hatinya.

walaupun saya kini jarang membaca tulisan penulis Malaysia (atas alasan, tidak sanggup membaca cerita cinta tidak bermakna yang hanya mengagungkan golongan kaya raya) tapi saya masih lagi tercari-cari karya sasterawan negara yang kini sudah tidak lagi dicetak DBP kerana sikap pening lalatnya yang masih ada.

Saya tidak tahu di mana mahu mencari karya Arenawati, Shahnon, Kris Mas dan beberapa lagi. Nasib baik la karya Pak Samad kini sudah semakin ada di kedai2 buku besar seperti MPH, kalau tidak mahu pening lah saya mencari di Jalan TAR di kedai-kedai buku lama.

Sedih juga, kerana sebagai seorang yang membesar dengan Salina, Sungai Mengalir Lesu dan Ranjau Sepanjang Jalan, karya sasterawan negara kita yang sudah menang pelbagai anugerah di luar negara terpinggir di bumi sendiri.

Anak2 muda lebih gemar membaca karya yang tidak memberi makna daripada melihat dan menilai karya yang lebih berisi dan memberi maksud kepada kehidupan.

Jangan sebut karya dari negara jiran, seperti mana sukarnya saya mencari karya sasterawan tempatan karya Pramoedya Ananta Toer juga sukar untuk dicari. Yang ada dalam simpanan cuma Bumi Manusia itu pun atas ikhsan sahabat yang berkunjung ke Blok M.

Bezanya, karya itu tidak ada di kebanyakn kedai buku di Indonesia kerana lakunya bagaikan goreng pisang panas.