header-photo

Pesta Buku 5 April...

Hari ini agak sibuk! Tetapi, yang menarik perhatian saya ada dua perkara...kebetulan kedua-dua perkara itu melibatkan DBP...

Perkara pertama - Hari ini terdapat 13 pengunjung yang bertanyakan tentang novel "Salina"...tanya DBP, DBP suruh pergi Rhythm. Pergi Rhythm, mereka kata tak ada stok. Datang ke WBSB, kami kata DBP "penindas". Benar, saya benar-benar menceritakan tentang bagaimana Pengarah DBP menjelaskan tentang mengapa DBP tidak melepaskan hak penerbitan karya-karya Pak Samad yang masih di tangan DBP - jika melepaskan, penulis lain akan menuruti. Saya benar merasakan pembesar-pembesar DBP hanya mementingkan diri mereka. Lihat saja kenyataan Pengerusinya beberapa tahun yang lalu (kepada Lina Usman Awang & isteri Pak Samad) yang menyatakan karya-karya sastera Pak Samad dan Allahyarham Usman Awang tak laku. Dan juga saranannya kepada Ibu Ainon agar menerbitkan buku-buku BI kerana buku-buku BM bagai matahari terbenam. Persoalan, bagaimana boleh mereka ini menerajui DBP? Bukankah DBP harus memelihara dan menyuburkan bahasa dan sastera? Mengapa meletakkan mereka untuk memimpin jika mereka sendiri tidak ada kepercayaan? I know for a fact that both of you are selfish. If you want a fight, then let's fight...

Perkara kedua - Ini yang membuat saya ketawa...saya terbaca tentang Bengkel Hak Cipta pada 12hb April ini... menarik hingga saya melihat penganjurnya...DBP! Hahahahaha...memang kelakar!

2 reaksi:

Nisah Haji Haron said...

Bang Helmy,
Ura-ura memanggil saya sebagai penceramah untuk bengkel hak cipta itu memang sudah lama sampai ke telinga saya. Anehnya, surat rasmi baru difaks kepada saya semalam. Saya harap akan dapat menggunakan ruang ini untuk memberi kesedaran kepada pihak pengajur tentang hak cipta.

p/s : kalaulah kedua-dua pembesar DBP tu sanggup turun jadi peserta, tentu bengkel itu akan jadi lebih meriah, kan?

Unknown said...

Salam Nisah,

saya sedang menimbang membuat satu petisyen meminta DBP pulangkan kembali hak penerbitan karya-karya Pak Samad.

Telinga saya sakit mendengar pengunjung yang datang ke gerai WBSB dan bertanyakan tentang Salina, Hujang Pagi dan al-Amin...