header-photo

Mengapa mereka ketawa...

Saya menerima beberapa emel dan "sms" yang menyatakan betapa mereka sedih melihat Pak Samad ketawa dalam membincangkan isu PSSMI dengan Pak Menteri.

Jangan terpengaruh dengan gambar dan berita di akhbar...

"Apabila ditanya, apakah yang menyebabkan semua Datuk dalam gambar ini ketawa, maka penjelasan Datuk A Samad Said adalah seperti berikut:

Pada masa itu kami terlihat karya lukisan Datuk Hishammuddin di dinding, dan juga ada sebuah puisi yang ditulis oleh Almarhum SN Usman Awang di dinding yang sama. Ada sesuatu yang lucu menyebabkan kami semua ketawa. Tidak ada kaitannya dengan PPSMI!"

PPBM Gesa Kembalikan Martabat Bahasa Melayu

PPBM Gesa Kembalikan Martabat Bahasa Melayu.

Mengapa baru sekarang?

Sekarang itu bila? Mungkin kita lupa...

Petikan...

Suara dari Dinding Dewan

"Bahasamu suara resah dan batin rimba
berkali diyakinkan wira bangsa.
Kebingungan empat dekad merdeka."


"Empat dekad bahtera bangga
anak cucu wajar menduga
mereka khusyuk atas sejadah
depan al-Quran mereka bertanya:
Buah ranum pada tangkai
bahasa gugur dari hati -
sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?"


A. Samad Said
23-25 Mei, 20-22 Jun 1996.

Julai 1997 - Dewan Sastera

2003 - Suara dari Dinding Dewan.

*Dengan ini , beberapa tulisan dan komen mengenai mengapa baru kini Pak Samad bersuara dan tidak pada 2003 adalah tidak benar.

Sekian,

terima kasih.

Kajian: Hanya 4% kuasai BI melalui PPSMI

Dapatkan berita tentang kajian ini di Malaysiakini.

Laporan penuh kajian Pembina dengan kerjasama:

Universiti Putra Malaysia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Universiti Sains Malaysia
Universiti Utara Malaysia
Universiti Teknologi Mara
Malaysia Universiti Teknologi Mara Sarawak
Universiti Malaysia Sabah
Universiti Teknologi Malaysia

Dapatkan di sini: Dapatan kajian Pembina

Oh lupa...

Oh saya lupa! Wajah baru blog ini hasil kreatif Emila Yusof. Dia menggunakan rekabentuk oleh Styleshout, Blogger template by Blog and Web.


Terima kasih!

Bola...

Arghhhhhh...

Bisik Warna

Qalbu yang berbisik,
lidah yang berkata;
hajat yang tercantik
luluh sufi tercinta.

*****

Yang bulat mengalir sendiri;
yang digerak hanya persegi.


A. Samad Said
Bisik Warna

Saya sokong, kalau...


Kalau saya dituduh "bodoh" atau mahu meranapkan bangsa sendiri kerana membantah PPSMI, biarlah. Saya terima. Lagipun saya hanya seorang insan yang lemah dan tidak sempurna. Saya ada nafsu dan saya boleh emosional.

Anak-anak (yang membesar dengan persekitaran bahasa ibundanya sendiri) yang kini terhalang menimba ilmu, mempersenda perlembagaan, manipulasi markah kelulusan, kajian-kajian yang telah dilakukan semuanya tidak penting asalkan:

"...mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita."

"Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang". - (Walaupun kita terpaksa memperjudikan masa depan segolongan anak-anak orang yang "lain"?.)

Mungkin...oh, jadinya semua ini hanya mungkin dan judi? Mengapa tidak saja beri jaminan ia akan berjaya dan tiada "anak-anak" orang yang akan teraniaya? Kalau jamin, saya sokong!

Khianat...

Saya sempat berbual (ym) dengan seorang guru yang mengajar BI (12 tahun) di sebuah sekolah di Lembah Kelang...

Cik A: kalau betul nak improve kan budak punya english
Cik A: maths and science in english is not the answer
Cik A: sebab bahasa dia cuma technical sahaja
Cik A: dan juga you tak akan pandai bahasa inggeris dengan belajar maths and science
Cik A: markah lulus maths and science sgt rendah
Cik A: because dia nak bagi nampak benda ni it's a good thing
Cik A: markah peperiksaan sentiasa dimanipulasikan
Cik A: tak kira maths and science pun
Cik A: sebab itu lembaga peperiksaan tidak pernah bagitau cikgu2 apa dia orang punya grading system
Cik A: even exam markers pun tak tahu
Cik A: kita org cuma mark sahaja
Cik A: grading system is an official secret
Cik A: let me tell you one thing
Cik A: kalau budak tu hari2 u ngajar dia
Cik A: u tahu dia macam mana
Cik A: dan u tau dia ni memang bukan A student
Cik A: tiba2 dia dapat A
Cik A: memang la u akan kata there's something wrong with the grading system
Cik A: even the marking is very lenient
Cik A: they ensure high grades by being very lenient in the marks and also by lowering down the grading system
Cik A: i have taught in a kampung school pakcik
Cik A: i know how the students are like
Cik A: like i said before
Cik A: you can't improve your english by studying it in maths and science.

Mengapa sampai sanggup memanipulasi markah? Bukankah itu satu pengkhianatan kepada bangsa?

*Jadi cerita-cerita tentang manipulasi markah ini semakin menjadi kenyataan...Ahli-ahli parlimen harus tanya tentang perkara ini dan tuntut untuk meneliti sendiri kertas-kertas peperiksaan yang lalu...

luluh hatiku...

Kelas tambahan...

Yang masih boleh menguasai BM (tahap faham baca kajian dan laporan) harap dapat baca ini...

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/PDF/Math-Science%20Report

atau

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Rencana/20090303223151/Article

Terdesak..

Selepas peristiwa hari ini, terdapat beberapa reaksi dari beberapa blog yang "mengutuk" Pak Samad.

Itu semua adat. Saya terima walaupun mereka tidak mengenali Pak Samad sebagaimana saya mengenalinya.

Pak Samad ikhlas dalam perjuangannya. Itu sesuatu yang mahu dia lakukan dengan rela hati. Dan dia konsisten dalam menyatakan bantahannya tentang perkara ini.

Kita telah lihat Pak Samad berhenti dari NST dua tahun sebelum pencen dan melepaskan segala yang bakal diterimanya bila bersara hanya kerana tidak mahu tunduk pada orang politik - mampukah anda lakukan itu? - Baca "Wira Bukit" yang teaternya dihentikan oleh pihak berkuasa setelah beberapa hari pementasannya.

Kita telah lihat bagaimana Pak Samad mahu hidup dengan hanya menulis sepenuh masa. Kita lihat dia mogok seni hanya kerana menuntut haknya (royalti) yang disekat-sekat atau lambat diproses dalam dunia birokrasi. Mampukah anda lakukannya?

Pak Samad tiada almari yang penuh pakaian. Dia dengan beg gantungnya yang lusuh dan terkadang ahli keluarganya perlu membelikan pakaian dan kasut baru hanya kerana resah melihat dia.

Tahukah anda berapa ramai anak-anak yang ditanggung pelajaran dan kehidupan mereka? Saya hilang kiraan. Ramai yang berjaya kini dan sedikit pun dia tidak minta balasan.

Saya kenal bapa saya. Dia tidak "material" seperti kita. Pernah ke rumah Pak Samad?

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah kebanyakkan anda tidak kenal, tidak mahu kenal atau saja buta hati kerana nafsu.

Ingin saya bertanya kepada pejuang PSSMI, berhujahlah dengan berhemah - tidak perlu terdesak hingga menyerang peribadi seseorang.

*Dan Pak Samad tidak diperalatkan oleh pembangkang. Dia tidak setuju dengan dasar kerajaan dan tentunya dia tidak diberi ruang dalam pentas kerajaan dalam menyatakan protesnya - bukankah ramai bloggers lahir atas sebab ini juga? Baca juga "Suara Dari Dinding Dewan". Pak Samad sudah memprotes dari 2003 lagi. Jadi janganlah fitnah kata baru kini Pak Samad protes.


p/s: Ustaz Azhar, saya doakan kesejahteraan bagi anda sekeluarga. Ini ikhlas dan bukan perli ataupun ada niat jahat.

Mengapa bangsa sendiri sanggup khianat?

... it is important that every effort should be made to provide education in the mother tongue. ...

On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.

(UNESCO 1951:691)

Mengapa mereka hendak "bodohkan" dan "menyekat" peluang belajar anak-anak bangsa kita?

Saya ingat semasa kami (anak-anak Melayu) dipanggil pihak sekolah seminggu dua sebelum SRP. Kami diberi penerangan tentang Sekolah Vokasional. Kehidupan di sekolah tidak lagi sama. Kami seakan "disusahkan" dengan pelbagai perkara. Ramai diantara kami mula "benci". Sebaik selepas mendapat keputusan SRP, kami sekali lagi dipanggil dan diberi borang permohonan ke Sekolah Vokasional. Ramai yang memohon - walaupun ramai di antara kami mendapat "A".

Kehidupan di Sekolah Vokasional...tidak payahlah saya beritahu. Kita tahu Sekolah Vokasional untuk mereka yang gagal...

Kini anak-anak bangsa kita "ditekan" lagi...mengapa?

*Sekolah saya dahulu, La Salle PJ.