header-photo

Omar

Ini Omar.
Kacukan Parsi + "Tabby". Berumur hampir 3 bulan. Isteri saya ternampaknya di sebuah kedai peliharaan haiwan di Kota Damansara dan terus membelinya...matanya biru dan juling air. Saya tidak mampu membantah...isteri saya hamil, mana mungkin saya menolak?

Omar dalam sangkar semasa kami tidur atau tiada di rumah - terpaksa kerana dia masih kecil dan harus membiasakan diri dengan persekitaran dan tentu saja, Velvet & Chloe pada mulanya membantah.
Kini sudah 2 minggu dia bersama kami. Tak lama lagi kami harus berpindahlah...

6 reaksi:

embun said...

Comelnya Omar..

Puan Ainon Mohd. said...

Anak kucing orang buang yang terbaru saya kutip saya beri nama 'Lombok', sempena pada hari itu saya beri makan tengah hari 3 orang tukang potong rumput yang berasal dari Pulau Lombok. Badannya kurus akibat tak cukup makan... kutu pun banyak! Sekarang dia sudah sihat tapi badannya bantut.

Helmy said...

Salam.

Wah Puan Ainon, Lombok ini pasti jadi Lombok Api atau Padi...heheheh...

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Helmy,

Jangan bisa lupa, ya, laporan dari Melaka!

Helmy said...

Hehehe...tak berjaya juga saya...

Puan Ainon Mohd. said...

Macam tidak ada mood sahaja sdr hendak menulis laporan Melaka...