header-photo

Peace...

Saya ada seorang sahabat. Saya mengenalinya sudah lebih 20 tahun. Saya lihat bagaimana dia melalui kehidupannya selama itu. Dan, saya kira dia juga begitu terhadap saya.

Selama itu dia tidak pernah mengecewakan saya. Dia selalu di "situ" bila saya memerlukan seorang sahabat. Dan, saya juga cuba begitu terhadapnya.

Baru-baru ini sesuatu terjadi...

Sahabat: Aku dah berhenti minum dude...aku dah "tobat".
Aku: Alhamdullillah. Kau taubat bagaimana?
Sahabat: Kau kan tahu aku ni sembahyang pun tak tahu, jadi aku pergilah masjid.
Aku: Alhamdullillah...
Sahabat: Tapi kau tahu apa jadi? Aku jumpa imam, beritahunya niat aku dan dia...

Ini sering terjadi dalam masyarakat kita. Sahabat saya itu diperlekeh. Seorang imam boleh begitu terhadap seseorang yang sedang berada dalam jaluran keinsafan.

Sahabat saya ini dahulu diperlekeh ramai "sahabat" kerana sifat buruknya itu. Dia "minum", dia berjudi dan dia pengamal hidup bebas. Ramai yang kutuk dia. Ramai yang "mengelak" darinya. Saya juga dilabelkan satu kelab dengannya kerana selalu bersamanya.

Lihat tangan saya. "Sahabat" sejati saya boleh dikira sebelah tangan saja. Dan saya seorang yang setia pada sahabat. Saya tidak kira dia sekular atau atheis atau seorang yang kuat pegangan agamanya. Saya akan cuba pastikan saya "berada di situ" apabila diperlukan.

Dan dalam situasi sahabat saya ini, saya bersyukur dia sedar, dia insaf dan tidak dipengaruh seorang imam yang memperlekehnya.

Itu hampir setahun yang lalu. Minggu lalu kami bertemu. Wajahnya bercahaya! Kami duduk minum kopi mengimbas silam. Dia banyak berpesan padaku.

Dua hari lalu dia pergi (serangan jantung)...alfatihah buatmu wahai sahabat.

Jariku kini berlambangkan "peace" bila mengira "sahabat".

9 reaksi:

emilayusof said...

Alfatihah...sedih rasanya. Semoga roh sahabat anda dicucuri rahmat.

:-) said...

Salam,

Inna lillah wa inna ilaihi raaji'un...

Ana turut simpati. Sahabat ana tak boleh dibilang dengan mana-mana tangan pun, tapi nasib baik, bekas anak-didik yang mesra masih ramai...

Ana selalu ke sini, sdr.Helmy, kerana selain blogheader yang amat menenangkan mata, ana suka membaca perkembangan terkini mengenai Ali (macammana boleh amik gambar dia tengah menguap tu!)...

Kelmarin, ana beli copy terakhir "Dari Salina ke Langit Petang" di rak-rak MPH... Ana sangat tertarik dengan kulit buku yang lain dari lain tu!!!
Mencari "Cinta Fansuri" tak jumpa :(
[Cinta Fansuri di pergunungan tu memang tinggi nak digenggam agaknya...] Begitu juga dengan "Keledang"... Mungkin akan order mana yang ada di Ujana Ilmu bila gaji kelak =D

Mudah-mudahan WBSB terus maju jaya! InshaAllah :)

Salam Ukhuwwah,
~Sofwah~

Jong said...

Salam,
Imam keji masjid mana tu?
Inilah masalah sekolah pemikiran kita, kita bahagi dunia dengan kafir/Islam dan bahagi akhirat dengan syurga dan neraka.
Cara pandang Tuhan pun diwarwarkan marilah kita takutkan Tuhan (seolah-olah Tuhan tu macam entiti dalam filem Jangan Pandang Ke Belakang).
Patutnya kita cintai Tuhan, jadi kita nak dekati dia, sahabat abang Helmy itu sudah dilanda Cinta, malang ada pak imam macam tu. Ini salah sekolah pemikrian kita yang menyebabkan imam, ulama dan mufti pun dilanda kekejian yang sama.
Saya anti dan benci imam serupa ni.
Beritahulah, imam masjid mana tu?
Wassalam

Orked said...

Alfatihah... syukurlah sahabat saudara masih sempat untuk sedar daripada kita yang tak pernah sedar²...semoga rohnya dicucuri rahmat

Anonymous said...

Sungguh menyedihkan sikap imam yg begini. Sudah terlalu banyak cerita seperti ini sampai ke pendengaran saya. Orang2 yg merasakan diri mereka alim lagi beriman, memandang orang lain lekeh2 belaka.

Puan Ainon Mohd. said...

al-Fatihah. Kita akan menyusuli...

Amiene Rev said...

PEMERGIANNYA dalam keadaan sayu, namun tetap diiringi dengan kegembiraan...

Unknown said...

Salam.

sofwah: terima kasih singgah sini. Saya bersedia dengan kamera...menanti...menanti...menanti...hinggalah sesuatu berlaku.

Terima kasih atas sokongan anda. Harap dapat emel saya. Ada sesuatu yang perlu disampaikan.

Faisal: sesetengah perkara biarlah rahsia.

:-) said...

Salam,

errr... ada buat salah ke? :|
*panik*
Sekejap lagi, ye...

FT, apa susah, pilih je masjid mane-mane, kemungkinan imam masjid tu pernah buat bende tu sangat besar... :|
(ape kate, kumpulkan mereka semua dan buat kursus kaunseling, topik: bagaimana menghadapi/memimpin segenap lapisan masyarakat dengan penuh hikmah...)

Wassalam.