header-photo

Rutin mingguan.

Hampir setiap minggu saya ke Perlis. Perjalanan lebih 1,000km (pergi dan balik) itu memenatkan.

Ali yang lena sebelah malam hingga terpaksa dikejutkan untuk menyusu berjaga pula semasa saya ada. Jadi bayangkan, memandu hampir lima jam, berjaga malam dan dua hari kemudian memandu kembali ke KL.

Tidak, saya tak kisah. Saya suka berjaga malam dengan Ali - dapat saya bisikkan "rahsia-rahsia" lelaki padanya. Cuma, memandu balik ke KL itu satu perjalanan yang amat susah saya lakukan. Isteri dan Ali dalam ingatan...

Dan bila sampai KL, saya seakan "Zombie" (Kg. Pisang?) untuk sehari dua dan dalam kepala tidak henti menghitung hari untuk ke Perlis semula.

Rasa hendak naik kapalterbang. Saya mula mengira...

1. Dari rumah ke KLIA 45 minit - teksi RM65.00
2. Harus berada di KLIA sejam sebelum penerbangan - tiket RM70-RM129
3. Sejam lagi untuk tiba di Alor Setar.
4. 15-30 minit tunggu bag.
5. Teksi dari Alor Setar ke Kangar 45 minit RM60.00

Jumlah masa - 4 jam lebih...hampir sama jika memandu...dan kos pergi dan balik antara RM400-500.

Jika memandu minyak pergi dan balik hampir RM200.00. Tol dalam RM130.00 pergi dan balik.

Akhirnya saya naik bas. Tambang pergi dan balik RM66.00 (bas eksekutif). Tambang teksi dari Kota Damansara - Terminal Putra - Kota Damansara RM50.00...senang dan murah. Saya dapat tidur. Saya rasa "ringan" sikit - di kepala dan poket.

Oh ya, saya masih tahu salin lampin, mendodoi dan sediakan susu...ini perkara-perkara yang saya "suka" dan tidak sabar lakukan sebenarnya, walaupun berkali "ditembak" Ali...hahaha.

2 reaksi:

ulasbuku said...

Cute sungguh cucu Pak Samad...

Orked said...

Betul la kiraan mathematik tu, naik bas. Kalau ramai cukup satu keluarga naik kereta ok lah.

Bas zaman sekarang ni dah elok,canggih bagai² kemudahan...lagi laju dari dulu..hiks!

Suami saya berulang alik dari Johor tiap hujung minggu juga dengan bas.