header-photo

Sendirian...

Bersendirian pada malam raya bukanlah sesuatu yang mahu saya ulangi dalam kehidupan ini. Dengan takbir bergema, saya benar rasa rumah ini terlalu sunyi. Isteri dan Ali sudah balik kampung. Firdaus di rumah neneknya...

1. Firdaus (anak sulung saya) benar menguji saya tadi. Duduk bersebelahan dalam kereta, jantung saya berdegup pantas dan saya rasa cemas. Mulut saya tidak henti menasihati. Dia nampak selamba saja memandu. Rasa macam tidak jadi meminjamkan kereta kepadanya...tapi saya perlu memberi kepercayaan kepadanya...Ya Allah lindungilah dia...

2. Saya keluar mencari kedai mamak sebentar tadi (1.30 pagi) - lapar! Hampir satu Kota Damansara saya pusing. Semua tutup. Akhirnya terjumpa - di Damansara Perdana. Kedai hampir penuh. Sedang saya menikmati roti "banjir", saya sedar, saya seorang saja yang berbangsa Melayu. Mana yang lain?

Tak sabar menanti esok...sekurangnya kali ini dapat juga saya berhari raya dengan keluarga saya dan isteri pada hari raya pertama.

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!

1 reaksi:

Heartless Devilish said...

Semalam saya pegi area ampang poen utk makan juge.. kedian gi men bowling.. hihihi..langsung takder melayu..pelik..dan sungguh besh sekali rasanye... then baru gi jejalan kat masjed india..aduh...kol 2pagi still penoh ngan orang melayu yg wat last minit shopping..
selamat hari raya singa.. berhati hati memandu di jalan raya..