Seorang sahabat menelefon DBP tanya tentang novel Salina. Jawapan yang diterimanya, itu buku lama dan tidak laku lagi (tiada permintaan) - jadi tidak dicetak semula - sila rujuk dengan sdr. Shahrul Rock.
Ini sudah banyak kali berlaku. Pak Samad dan saya sering dihubungi. Ramai bertanya tentang Salina, Hujan Pagi dan al-Amin. Suruh ke kedai buku mereka kata tak ada. Suruh ke DBP pun sama. Kalau ikut usia, sepatutnya DBP sudah menjadi "sifu" dalam perniagaan buku. Mereka sepatutnya dominan. Tetapi, ini tidak berlaku. Dalam bidang pemasaran buku nampaknya mereka langsung tiada ilmu. Malah banyak juga buku karya-karya besar di Ali Babakan kepada sebuah syarikat di utara beberapa tahun dahulu. Ini termasuklah Salina dan Hujan Pagi. Apa sudah jadi? Mengapa boleh terjadi?
Persoalan, jika tidak laku dan tidak dicetak semula, mengapa DBP tidak "memulangkan" kembali hak penerbitan kepada Pak Samad? Bukankah sudah berkali diminta?
Jawapan yang diterima (ini dari Pengarahnya semasa duduk semeja dengan Pak Samad dan saya di Ramadan lalu, minum kopi di Dome Bangsar selepas terawih) adalah kerana jika mereka berbuat demikian - memulangkan kembali hak penerbitan kepada Pak Samad - maka penulis-penulis lain - mungkin - akan berbuat demikian juga.
Itu jawapan Pengarah.
Bagaimana pula dengan buku Dosa Pejuang? Buku ini telah dicetak tanpa kebenaran. Dicetak, dijual dan bila ditanya baru sampai surat perjanjian. Kita kini tahu siapa "lanun" bukan? Pak Samad akhirnya menandatangani surat perjanjian - yang diedit serta membawa perubahan yang besar berbanding surat perjanjian lama DBP - atas dasar setiakawan. Mereka juga menjanjikan beberapa perkara, tetapi besar kemungkinan mereka lupa janji kerana hingga saat ini tiada apa mengenai perkara ini kedengaran dari sebalik dinding Dewan.
Kemana arah tuju DBP? Apa sebenarnya perjuangan mereka? Mengapa mereka menyekat rezeki Pak Samad dengan tidak memulangkan hak penerbitan untuk karya seperti Salina, al-Amin, Hujan Pagi yang rata-rata pembesar-pembesarnya kata tidak laku?
Saya sudah "letih" dengan perkara ini...
Apa pandangan anda tentang perkara ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 reaksi:
Sdr. Helmy,
Kalau saya tulis apa yang terdetik di hati saya, kawan-kawan kita di DBP tentu marah....
Tulislah Ibu... :)
Bro,
Kalau wa tulis apa yang terdetik di hati wa ni - kawan2 kita kat DBP tu tentu marah kat wa...
Ha ha.
“Copycat!” Kata Puan Ainon.
Salam.
Niat saya baik.
1. Saya mahukan DBP cemerlang, gemilang dan terbilang.
2. Saya mahukan apa yang dipunyai Pak Samad. Bukannya nak "merompak" yang bukan hak kita.
DBP harus belajar untuk bersaing. DBP ada peruntukan tiap-tiap tahun. Ini patut digunakan untuk berkembang...bukan menguncup.
Salam,
Ya, suka kenyataan Helmy. DBP harus disedarkan dari lamunan yang panjang kerana mereka tidak susah nak dapatkan peruntukan untuk buat aktiviti2. Selalunya, mereka lebih mengutamakan kerabat sendiri dalam banyak aktiviti tanpa memikirkan perasaan orang lain yang berada di sekeliling mereka. Hmmmm....entah sampai bila agaknya ya Helmy?
Salam Brader.
Kalau Johan Jaafar tak boleh tolong… dan Firdaus pun tak boleh, minta tolonglah kepada Rais Yatim, menteri yang bertanggungjawab kepada DBP. Kalau Yang Berkhidmat ini pun tak boleh, ada lagi Yang Berkhidmat yang lain – Noh Omar atau Hishammuddin Hussein, atau yang gemilang… Pak Lah. (Yang ni kira ikut saluranlah, meskipun sakitnya hati memang tak boleh nak cakap, sebab mengemis hak sendiri!)
Kalau “diaorang” (gaya mamat Singapura) ini pun tak boleh, nah ini ada pandangan yang praktikal dengan kesan yang brutal. Terbitkan saja novel-novel Pak Samad itu semula. Tapi dengan kulit yang lain, kertas yang lain, font yang lain, saiz novel yang lain, dan apa-apa saja yang berbeza daripada versi terbitan DBP. (Salina jadi Saliha??)
Amacam brader, ok? Saya serius tau!
Salam.
Saya pasti akan ada yang sedar. Tak tahulah siapa waktu ini. Mungkin saja dibawa ke muka pengadilan jika tidak diselesaikan suku tahun ke 2 tahun ini.
Lain-lain cadangan ada difikirkan seperti menukar tajuk. Tapi sedia maklum betapa "degil"nya Pak Samad ;)
Saya fikir masalah DBP ini bukan saja dari segi pengurusan penerbitan. Promosi pun satu hal juga.
Ada banyak kedai buku DBP yang saya jengah tak sistematik. Semua macam tongkang berlanggar batu karang. Kelam kabut dan tak ada sistem katalog yang bagus.
Sepatutnya setiap kedai buku DBP mesti mewujudkan ruang khas untuk sasterawan-sasterawan negara. Semua karya diarkibkan satu tempat. Senanglah dicari.
Saya fikir Wirabukit sudah dapat hak penerbitan Salina. Masih belum? Saya suka dengan gaya penjenamaan semula Wirabukit. Sebagai novel klasik Pak Samad, 'Salina' sepatutnya novel yang perlu Wirabukit dapatkan semula hak penerbitan. Diterbitkan semula dengan rupa baru dan (mungkin?) ada sedikit tambahan tentang proses kreatif Salina (atau sejarah kontraversinya?). Saya fikir itu akan menambah nilai -- kerana Salina bukan saja novel Melayu yang boleh dianggap klasik untuk mewakili eranya; tapi ia juga dianggap oleh ramai sarjana (luar dan dalam) sebagai salah satu mercu tanda signifikan perkembangan kesusasteraan Malaysia pasca-kolonial.
Saya tidak fikir DBP ada komitmen dan keinginan yang begitu. Jadi, harap-harap Wirabukit akan dapat semula hak penerbitan tersebut. Supaya anak-anak generasi baru tidak dinafikan haknya untuk menikmati Salina sebagai sebuah novel kreatif, sambil mengetahui nilai signifikannya dalam konteks kesusasteraan Melayu Malaysia.
PS: Saya ada edisi kulit keras(dengan warna merah tanpa sebarang grafik), yang saya fikir adalah edisi cetakan terakhir DBP.
mmg di anaktirikan dan di alibabakan. Mcmana novelis @ karyawan yg bagus2 nak maju? mcmana pembaca2 muda yg sepatutnya di isi ilmuan mcm nih nak berkembang?
kekdg letih mata memandang asik buku CINTA...
CINTA...
CINTA...
je di pasaran. walaupun org ramai kata buku mcm nih mmg dapat byk sambutan, kadang2 kita x sedar, anak muda sekarang ni pun tahu ttg pembaharuan. Dorang pun ada yg jelak dengan buku cinta cinti ni, dorang pun nak memperkembangkan ilmu, kalau x bagi anakmuda peluang utk membeli, xde peluang jugak kita nak ubah sesuatu yg baru.
ps: mungkin ada yg x sedar anakmuda sekarang ni sudah ke arah kepada "lebih membaca" dari "membuang masa", tapi pilihan mereka lebih kepada buku jenis berbahasa ingeris sbb mungkin drng bosan dgn buku cinta bahasa melayu yg kisahnya "memenatkan".
Saya rasa kecewa dengan sikap org kerja gomen yang takde sikap menghargai ilmuwan kita dan ilmu itu sendiri. Mereka tak tahu ke Pak Samad amat dihargai di peringkat nusantara /antarabangsa? He was one of the recipients of the Magsaysay Award (Asian Nobel Prize).
Oh ye, terlupa pula..these people don't read. Ruginya...
Post a Comment