Saya sokong, kalau...
Kalau saya dituduh "bodoh" atau mahu meranapkan bangsa sendiri kerana membantah PPSMI, biarlah. Saya terima. Lagipun saya hanya seorang insan yang lemah dan tidak sempurna. Saya ada nafsu dan saya boleh emosional.
Anak-anak (yang membesar dengan persekitaran bahasa ibundanya sendiri) yang kini terhalang menimba ilmu, mempersenda perlembagaan, manipulasi markah kelulusan, kajian-kajian yang telah dilakukan semuanya tidak penting asalkan:
"...mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita."
"Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang". - (Walaupun kita terpaksa memperjudikan masa depan segolongan anak-anak orang yang "lain"?.)
Mungkin...oh, jadinya semua ini hanya mungkin dan judi? Mengapa tidak saja beri jaminan ia akan berjaya dan tiada "anak-anak" orang yang akan teraniaya? Kalau jamin, saya sokong!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 reaksi:
Salam,
Setelah menyerap segala hujah dan debat kedua-dua belah pihak, saya tetap tidak akan sokong walau ada "kalau"...
(Ma'af, lambat sikit nak cerna dan cerakin maklumat...)
Malah semakin baca (saya baca hujah kedua-dua belah pihak), saya semakin yakin dengan apa yang dilakukan oleh GMP.
Masalahnya, saya lihat, blog-blog penyokong PPSMI tidak ada yang mencerahkan mereka dengan kebenaran. Yakni, mereka banyak syok sendiri dengan pengalaman di sekitar mereka sahaja. Mereka tidak membaca blog-blog atau penulisan yang membantah PPSMI. Mereka tak tahu kenapa ianya dibantah. Jadi, mana penyokong GMP? Jangan setakat membantah di blog sendiri. Berkomunikasi lah dengan penyokong PPSMI dengan baik di blog mereka, dengan penuh kesabaran. Menangi lah perjuangan di alam siber...
Wallahu'alam...
Mudah-mudahan berjaya, kerana suatu masa nanti, tak ada orang yang akan mahu baca puisi dan novel saya :`(
Novel yang entah bila siapnya itu... adakah, pada waktu itu, tiada siapa yang akan berminat membaca buku dalam BM? Mudah-mudahan, tidaklah begitu!
Wassalam.
Post a Comment